Friday, August 28, 2015

TRAVEL ITENARY : 4 hari 3 malam ke kota kinabalu

Bismillahirrahmanirrahim...... post yang tertunggak dah nak masuk tahun baru 2016 pon. hahaha enjoyzzz ye

Alhamdulillah.. settle dah percutian kami 6 beranak ke KK. 25 Januari 2015 - 28 januari 2015. Startup holiday for 2015 katanye. Hehe seperi biasa kami ni penumpang tegar Air Asia. Kos tiket kapal terbang untuk trip kali hanya  120 *6 = RM720. Dua hala ye. to KKIA2 dan pulang semula ke KLIA2. trip kali ni bawak Mak, Mak Mertua, Abah Mertua, Suami n anak. sebelum share itenary holiday kali ni. tataplah dlu wajah kegembiraan kami sekeluarga di KK :P



gambo depan homestay.. sojuk gile pagi tuuu

ok sambung dengan cerita.. flight dari KLIA2 masa hari bertolak tu adalah pkul 7.40pagi. tapi mcm biasa sebab bawak org tua jadi mereka terkena panic attck takut tertinggal kapal terbang. seawal jam 3.30pagi kami bertolak dari Tangkak. so sampai dekat KLIA2 dalam jam 5.30. nasib baik ade adik kerja kat airport. so kereta adik bawak balik ke rumah dia, tumpang parking. hehehe jimat dah kat situ :P

DAY 1
Rumah Terbalik
lunch @ kundasang
Cek-in Homestay kundasang
dinner @ kundasang

Sampai je dekat KKIA2 dalam lebih kurang pkul 10.30, kami terus ambil kereta. Alhamdulillah selesala naik avanza untuk 6 beranak. 

kami sewa daripada En. Raziman (012-9600702) RM480 untuk 4 hari (RM120/sehari) 

baik sungguh orangnya. avanza tu pon well maintained. sblm guna kereta kami siap bagi tau yg kami nak jelajah banyak tempat dgn kereta ni. cik raziman gelak je. dan dia kata.. mmg saya tau.. semua penyewa pon akan bawa kereta ni ke pelusuk sabah. hehe

malam ni kami akan bermalam di kundasang. so 1st pitstop kami adalah rumah terbalik. kalau dari KKIA2 xsampai 30minit dah sampai ke rumah terbalik. terletak disebelah kiri jalan dari KK ke kundasang. korang bolehla posing2 sekitar rumah terbalik. but no camera dlm rumah terbalik ni. seronokla maira bila masuk dlm tu. kagum semua benda terbalik.

tiket masuk rumah terbalik adalah RM10/seorang
                                           
maira muke tak puas hati sbb daddy kunun2 nak posing hensem2 pulak

 sampai sabah pon kereta pakai no.plat Johor... hahaha


 kebun pon terbalik ye..

 maira kagum.. toilet terbalik mcm mana nak shinshin (buang air kecil) hahaha

selepas dari rumah terbalik kami teruskan perjalanan ke kundasang. mengambil masa lebih kurang 3 jam juga. perut dah kriuk2. sampai di pekan kundasang kami makan tghari. cuaca mmg lembap. hujan gerimis. menambahkan kepekatan kabus dan sejuuuuukkk sampai ke tulang rasanya. 

kami menikmati makan tengahari disini. PUNCAK RESTAURAN

berhadapan dengan tempat org menjual buah-buahan dan sayuran di pekan kundasang. not so bad. yang penting HALAL.selepas menikmati makan tengahri merangkap minum petang. kami terus cekin homestay. sebelum tu kami siap2 beli sayuran untuk masak2. tp bila sampai homestay semua flat. mak pon xlarat nak masak. so kami decide makan diluar sj malam ni.

homestay yang kami sewa ni senang je nak cari. kalau dari KK sebelah kanan jalan. lokasi dekat dgn pekan kundasang. anyway kami ambil 2 bilik sahaja. RM120 + RM100 = RM220. 2 bilik with queen bed n private bathroom.

Greenhill homestay Kundasang (011-19576164)


owner homestay ni ade bela beruk. namanya PEEWETT. haha mesra btol beruk ni. 

homestay ni homestay org melayu. dan dr 5 bintang aku bg 3 bintang. biliknya takla mewah. tp banyak bantal, selimut n ada extra bed. since kami menyewa bersama dgn sekumpulan anak dara. tp anak dara tu xbrapa lekat kt bilik pon.. hahaha so kami conquer dapur. bolehla masak air panas. minum2 malam. 

malam tu pula kami makan disini (ni gmbr ambil masa 2nd day lunch. kami repeat makan disini)



nama kedai lupa. tp kedai ni dari pekan kundasang sebelah kanan. dan ada signboard walai toko homestay. Alhamdulillah mcm2 menu ada. western pon ade. sedap juga dan harga berpatutan. dan paling penting HALAL.

DAY 2
breakfast @homestay
Desa Cattle Dairy Farm
lunch @ kundasang
Poring hot spring
Sabah Tea
fish spa @ Sg. Moroli, Kg. Luanti
Kinabalu Park
Cek-in homestay KK
Dinner @homestay

seperti biasa aku adalah juru navigator yang sgt berjaya hahaha. guna google maps je sodahhh.. so 2nd day kami breakfast dkt homestay aje. abah mertua masak hokay!! sayur campur n roti n air teh o panas. sedap juga makan panas2 ni. kami cdg nak minum pagi di ladang lembu. jadi seawal jam 8 (xla awal sgt sbb sabah cerah awal. hehe) kami bergerak naik ke Desa Cattle Dairy Farm. xjauh pon dari homestay kami dlm 15 minit je.

memang tak ada signboard utk ke ladang lembu ni. bagi memudahkan korang. ada 1 round about sbelum sampai ke pekan kundasang kalau dari KK. so korang terus belok kiri @ jam 9 bila sampai roundabout ni. dan teruskan mendaki naik kebukit tersebut. dalam perjalanan naik tu baru ade signboard. haaa ni aku share video aku ambil masa nak sampai di ladang lembu. berkabuih bak anq!


tiket masuk ke ladang lembu ni RM4/seorang. 


ye masa amek gambo ni akak xsedia lagi.. br berlari tekan timer. huwaa

apa yang best kat sini? PEMANDANGAN WIN! dengan rumput hijau. background kaki gunung kinabalu dan lembu topok hitam putih. fefilin new zealand sgttt... xpercaya?? tgok niiiii
 tgok senyuman cikgu pencen ni.. senyum puas hati dapat berholiday.hehe

sayangnya kabus tebal tutup view kaki gunung kinabalu. but still nice view!

selain daripada menikmati pemandangan yg cantik. korang boleh juga bagi makan anak2 lembu dan kambing. dan juga selepas itu menikmati kudap-kudapan yg lazat. mcm susu lembu. ais krim. wafel. dan mcm2 lagi

 masa ni aku xperasan lidah lembu tu mcm tu. lepas ternampak terus melompat. xjadi nak bagi makan dah.. geli mak!!!


haaa yang ni aktiviti wajib bawak anak2. tgok lembu yg dah sekolah. baguih sungguh. ada 1 mesin menggaru disediakan dkt kandang lembu ni. bila lembu menghampiri mesin tu automatik mesin tu bergerak dan menggaru badan lembu. korang tgokla lembu dah sekolah ni. ikut giliran nak garu badan. hahahha

tgok video ni :P sila abaikan suara kami :P

selepas dah isi perut dgn susu lembu fresh perisa cekelat dan pastry yg lazat nyum..nyum... kami turun semula dan makan tengahari dkt kedai semalam. dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

next pit stop adalah poring hot spring. kat sini kolam air panasla. dan ada juga canopy walk ala yg jalan atas jambatan gantung. dan disini juga ada bunga raflesia. malangnya ahli rombongan xlarat nak jalan. jadi kami cuma merendam kaki dalam kolam air panas sahaja. pelancong2 lain sakan. siap mandi dlm kolam air panas ni ha..

Tiket masuk poring hot spring RM3/dewasa, RM1/kanak2

 omak mertua and abah mertua pon nak posing

alahai anok dara den. posing dgn nenek dia

setelah mengembangkan kaki dalam air panas. kami meneruskan perjalanan ke ladang teh dan spa ikan. tempatnya sebelah2 je. tpkan xrekomendedla g ladang tehnye. sebab xde ape pon. daun teh pon idop segan mati xmau. lebih baik korang pegi cameron. cuma kalau nak juga tgok..bolehlaa naik. ada kilang buat teh sabah, tp tak boleh masuk.

perjalanan dari poring hot spring ke ladang teh dalam 20 minit gitu. perjalanan naik ke atas ladang teh ni pon mencabar. lalu jambatan kayu lepas tu kene drive bukit yg curam. mak dan mertua dah istighfar..seram katanye

jadilah cek in! i was here!!


 hujan gerimis.. bagi can la posing depan pintu masuk sabah tea.

kemudian kami pergi kesebelah je dari ladang teh sabah ni. kalau keluar dr ladang teh ni belok kiri. dah sampai fish spa Sg. Moroli, Kg. Luanti. ikan besaq2 baq ang!! aku xberani nak masuk kaki dlm air. setakat bermanja2 dengan ikan2 kecik di tepian sungai aje. 

Tiket masuk nak jamu kaki kat ikan RM3/seorang

suami aku malas nak diri dia duduk je dalam air. ha makan la daki2 kaki aku.haha


kami beli makanan khas untuk ikan RM1/peket bolehla buat bagi makan ikan pakai tangan.. tgok tu ikan mesra2


pak mertua geram sgt tgok ikan tu. Rasa nak tangkap buat masak lemak. ikan kelah kan. sedap kot masak lemak

anyway sedikit info ilmiah. tagal tu brmaksud tidak boleh menagkap sebarang ikan atau hidupan di dalam sungai. sebab tu juga tempat ni dikenali sebagai Tagal Sg. Muroli, Kg. Luanti. ok sekian pengajian.

Sebelum balik kami sempat memanjat dan cuba untuk menyeberangi jambatan gantung. kat sini pon ade. tp xberani sebab kecik beno jambatan gantungnya dan goyang kuat sgt. maira pon tkot. belanja selpie je satu wokeh!


Tamatlah eksplorasi kami di kundansang, kami akan berpindah untuk tido 1 malam di Kota Kinabalu. on dway ke KK kami berenti di pasar pekan kundasang unutk beli beras, beras bario, sayur - sayuran, buah - buahan untuk buat makan - makan mlm.

Dari kundasang ke Kota Kinabalu, kami berenti lagi sekali ke Kinabalu Park. 

tiket masuk Kinabalu park RM3/seorang

 view jalan masuk ke kinabalu park. boleh park bawah. atau kami park naik ke atas.


 ada peta untuk orang yang nak hiking

Kami drive sampai naik ke atas sekali. sampai ke 1st checkpoint org yg nak hike naik atas gunung.bak kata mak, alang2 nak naik bawak kereta. naikla sampai penghujungnya. so akhirnya kami stop dkt 1 pit stop yg boleh nampak pemandangan gunung kinabalu. angin kat atas ni sejuk yg amat..
   
mak, mak mertua dan bapak mertua posing selepas puas menjampi awan supaya beralih dr puncak gunug kinabalu.. jadila nmpk skit tu kan.. hehehe

perjalanan seterusnya ke Kota Kinabalu. ke homestay yg kami dah tempah dgn En.Raziman juga. sebuah apartment di tingkat 1. 3 bilik, 2 bilik air. lengkap dengan peralatan rumah. termasuk dapur gas dan mesin basuh. so lastday ni bolehla basuh baju. bawak balik baju dah kering aje.. homestay ni RM 160/semalam. jaraknya dlm 15 - 20 minit dari kota kinabalu. agak susah juga nak cari tp okla. keadaan xsesak. parking mudah. dan ada kedai2 berhampiran. maafla homestay xteringat nak ambil gambar :P

DAY 3
island hoping
pasar Philipine
sekitar bandar kota kinabalu

ikut perancangan sebenarnye mmg nak island hoping ke 3 pulau. iaitu manukan, mamutik dan pulau sapi. tapi apakan daya. org tua kami dah sakit - sakit kaki. dan mak pon mcm tak berani nak naik bot laju. Jadi niat tersebut telah dibatalkan begitu saja. dan kami meneruskan dengan rancangan shoping di pasar besar kota kinabalu dan pasar filipin.

seawal pagi kami dah keluar sebab nak ke pasar besar kota kinabalu. sebelah belakangnya menjual pelbagai hidupan laut yang murah2!! udang, ketam, lobster, kupang macam2la. semua murah2.. selalunya kalau pegi sendiri aku akan tapau ikan untuk dibawa balik ke semenanjung. jgn risau ade tapau expert kat sini. caj membungkus ikut saiz kotak yg kita ambil antara RM15- RM25. kompem sampai semenanjung segar bugar lg ikannnya. so untuk hari ni kami membeli lauk untuk dimasak untuk makan tengahari.

macam2 ikan pelik ade kt sini. dkt semenanjung xjumpa. sbg contoh ni haa ikan buntal. nak?

sayur, bawang, kentang segala mcm pon kami borong. nak buat kenduri dkt homestay

selepas selesai memborong barang2 basah. kami berpindah ke pasar Filipin. tujuan nak beli bahan2 kering pulak untuk dibawa balik. mak memborong ikan bilis, udang kering (serius murah disini), sotong kering. keropok ikan dan mcm2 la..


mak mertua kagum dekat sini semua tailor lelaki. haha

 abah mertua memborong untuk kawan2 dia. untung jadi kwn abah dpt sorang satu tali pinggang oiii

haaa ni bukti memborongnya.. penuh dalam kotak tu tau.. kami memborong dkt area pasar filipin ni je. tp kalau korang nak lagi murah boleh beli pd waktu malam di bahagian belakang pasar filipin. dkt situ lg murah. cuma rasanya di situ takd servis bungkus mcm ni.

so the whole day kami jalan2 je dkt KK. tunjuk2kan mak mana tempat yg aku biasa jalan kalau dtg kerja di KK. sebelah malam pulak kami sambung shoping hahaha tp sebelum tu kami singgah ke KK waterfront. walaupon xdpt pegi pulau.. harusla amek mood jgak



KK waterfront mu tunggu aku mai lg sekali nti. nak p island hoping

2 beranak posing sedey sbb xdpt naik bot. hahaha

yang ni lagi over.. posing konon2 nak panjat panggar jugak walaupon xdpt naik bot. hahaa
next kami ke pasar malam sinsuran. haaaaaa pasar ni wajib pegi ye. diingatkan korang semua kalau nak beli mutiara, brooch. gelang dan segala mala aksesori, tshirt. sila beli di pasar malam sinsuran ni. jauuuuuuuh lagi murah dari pasar filipin. SERIUS!

pasar ni terletak sebelah hotel Le'Meridian Kota kinabalu. which is berdepan ajela dgn pasar filipin. pasar ni buka malam aje ye. serius berbaloi kalau korang nak beli barang untuk kwn2.. belilah disini. so settle hari ke-3 yg serba sederhana.

DAY4
Flying back to KLIA2

hari keempat, kami breakfast di homestay. maklumlah dah beli lauk banyak sgt semalam kan. dan semalam jugak aku ada tapau lobster seekor belah 2. sebelah masak sweet sour. sebelah masak butter milk. ya Allah sedap giler!!! must try ok. RM80 sekor tu. since dh mmg teringin beli jela. tp mmg puas hati. kalau kt semenanjung pon xdpt RM80 tu besar okay!!!


flight kami jam 2.15pm jadi seawal jam 12 kami dah cekout. terus ke airport KKIA2. kereta pon pulangkan di Airport.



tengaok maira dpt gitar kecik (RM12) aje.. seronokla dia. posing kemain.
Alhamdulillah, tercapai hajat nak bawak mak n mertua jalan jauh2 skit. Ada rezeki lebih nti plan nak g Sarawak or Brunei pulak InsyaAllah... :) korang must visit Sabah ok! seronok. bawak sendiri je kereta xperlu ikut pakej, jadi kita ade kebebasan masa dan boleh teroka banyak tempat.

Alhamdulillah jugak...berupdate dah blog ni.. kalau tidak sawang penuh! 

hahha k bye!

8 comments:

  1. terima kasih.
    good review.
    saya pon baru bercadang utk pergi ke kundasang. hehe..mcm best je..

    ReplyDelete
  2. Bagus review ni..semangat nak p kundasang..urmm..tq

    ReplyDelete
  3. Bagus review ni..semangat nak p kundasang..urmm..tq

    ReplyDelete
  4. Tq bg itinerary..saya bercadang gak nak gi kundasang ujung tahun ni.. -huda-

    ReplyDelete
  5. Wah,baca sis punya blog macam skrg gak nak gi kk.tq sis bg itineri yg best camni -rina

    ReplyDelete
  6. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete
  7. tq puan..good sharing...this early March..insyallah

    ReplyDelete
  8. Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
    Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan

    ReplyDelete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...