Wednesday, December 2, 2009

LaDAnG yuP SiNg

This is a story about yup sing farm. read if u feel like you want to read. stop reading if u feel that it is not logic.



Satu masa dahulu, tinggal seekor lembu yang kesunyian di sebuah ladang milik pak abdul. Setelah kematian pak abdul, lembu tersebut telah dijual kepada yup sing, penternak haiwan yang sukses. Lembu tersebut pon di pindahkan ke sebuah ladang yang sgt harmoni dan aman damai. Di dalam ladang tersebut terdapat pelbagai haiwan2 peliharaan lain seperti sekumpulan angsa yang sombong, sekumpulan ayam yg gila2,seekor kambing yg poyo, sekumpulan itik yang kepoh, dan beberapa ekor arnab yg blur2.. lembu ini berasa sgt risau kerana dia adalh haiwan yg paling besar di situ, namun dia tidak mempunyai kawan yg sejenis dgnnya.. walau bagai pun tanggapan sang lembu itu silap, kerana setibanya di ladang yup sing, semua haiwan menyambutnya dgn baik dan mesra…

Hari berganti hari, mereka hidup dgn aman damai..saling hormat-menghormati. Kini, tiba hari pilihanraya di ladang tersebut. Pilihanrya ini dijalankan bertujuan untuk menggantikan ketua ladang yg telah pun uzur.. setiap haiwan memikirkan siapa yang hendak dicalonkan untuk post tok ketua ladang.. walaubagaimanapon, yup sing, empunya ladang telah menggunakan kuasa vetonya untuk melantik sang lembu kesunyian tersebut untuk menjadi tok ketua ladang. Nak xnak kesemua haiwan perlu bersetuju..

Sejak dari hari perlantikan, keadaan di ladang mula berubah oelh kerana masing2 mempunyai calon idaman kalbu... Sume haiwan telah berpuak2.. masing2 xmo kwn dgn sepsis yg lain.. namun kumpulan angsa yg sombong mempunyai srategi tersendri. Mereka menjadi tulang belakang sang lembu, selain menjadi penghasut kepada sang lembu..

Satu hari datang seorang saudagar unta dr mesir, sekadar bertanya apakah rasia kejayaan yup sing menguruskan ladangnya yang penuh dgn haiwan peliharaan yg pelbagai jenis.. setelah berbual2 mesra, saudagar unta menawarkan sejumlah wang dinar kepada yup sing supaya memberikan baka ayam untuk di bawa pulang ke tanah airnya.. melihatkan jumlah wang dinar yg bling-bling banyaknya…yup sing berkira2 dan menelek ayam yang mana hendak diberi, kerana yup sing sayang semua ayamnya. Lalu yup sing bertanya kepada tok ketua ladang @ lembu kesunyian untuk mencalonkan ayam yang mana untuk diberikan. Sang lembu dgn hasutan sang angsa telah mencalonkan Ok dan Ik sepasang ayam untuk diberikan kepada saudagar unta. Maka bersetujulah yup sing dgn cdgn tok ketua ladang tersebut…pergilah si Ok dan Ik mengikut saudagar unta.

Alkisah… kumpulan angsa dgn kumpulan ayam memang kurang serasi sejak dulu lagi. Almaklumlah, bahsa pertuturan juga berbeza, sering kali berbahas, namum masing2 xfaham…berbalik kepada kisah ladang yup sing.. sejak pemergian Ok dan Ik.. ladang yup sing mula menjadi muram dan suram.. semua haiwan xberpuas hati dgn keputusan tok ketua ladang. Kasihan mereka terhadap Ok dan Ik, kerana kedua ekor ayam tersebut adlah penyeri ladang yup sing… maka bermulalah demonstrasi secara senyap dikalangan haiwan untuk menggulingkan tok ketua ladang.

Pada suatu ptg yg hening seekor ayam dtg berjumpa dgn tok ketua ladang untuk menyuarakan harapannya supaya rakan karibnya sang Ok dan Ik dapat pulang ke ladang yup sing.  Namun tok ketua dgn selamba memberitahu ayam bahawa keputusan tersebut telah dibuat oleh yup sing.. pulanglah ayam tersebut dgn kesedihan.. tahun br menjelang tiba, seperti kebiasaan, ladang yup sing bakal menerima pendatang baru. Jd ramailah pengusaha ladang, penternak yang dtg membawa haiwan masing2 untuk di jual kepada yup sing.

Tiba2, kelihatan cik mok bedah, yang mana telah pon menjualkan angsanya kepada yup sing 6 tahun lepas. Kali ini cik mok bedah datang lagi dgn membawa angsa juga. Yup sing merekodkan setiap detail haiwan yg bakal ditempatkan ke ladangnya.. setelah melihat cik mok bedah datang, Kumpulan angsa yg sombong tanpa menunggu lama meluru kepada tok ketua ladang dan mencadangkan agar angsa tersebut diambil sebagai ahli baru ladang mereka..

Setelah diracun dan di hasut, tok ketua ladang dgn segera memberitahu yup sing tentang pilihannya untuk ahli baru ladang iaitu seekor lembu dan seekor angsa yg cik mok bedah bawa. Jadi yup sing pon berkira2 amaun yg perlu dikeluarkan untuk mengambil 2 ekor binatang tersebut. Ternyata harganya sgt murah. Almaklumlah lembu kan spesis bodoh dan  angsa cik mok bedah memang blur.

Dalam hanya beberapa tahun  tempoh sang lembu menjadi tok ketua ladang maka penuhlah ladang dgn lembu dan angsa saja.. berjayalah hasrat sekumpulan angsa tersebut untuk memonopoli ladang yup sing. Dan untuk haiwan spesis yang lain di ladang tersebut terpaksa jua meneruskan kehidupan, walaupun  hari-hari yg mendatang amat memedihkan perasaan. Makanan terpaksa dicatu, pergerakan dipantau.. ladang yup sing yg dahulunya aman damai, kini telah diselubungi kegelapan……..

apa agaknya pengakhiran kisah ladang yup sing ni…kene tunggu tok ketua ladang diganti dgn spesis yg lain pulak lah ye??!! Hehee….

No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...