Pages

Wednesday, May 15, 2013

Malbatt 5 dah 7 bulan!

Bermula dari 22/10/2012
Pejam celik pejam celik
7 bulan dah berlalu. Alhamdulillah, tidak sukar dan tidak juga semudah yang disangka.
Dalam tempoh 7 bulan ni mcm2 jadi. Dr proses renovation rumah,perpindahan rumah, mengurus maira, mengurus kenderaan yg 2 ketoi tu dan lain2. Nasib baik ade kawan2 yang baik hati. Ringan tulang selalu membantu kalau diperlukan. Alhamdulilah.

Baru2 ni aku demam. Agak teruk juga. Sblm ni aku selalu doa supaya Allah bagi kesihatan pada maira dan kuatkan semangat dia.,xmaula dia terlalu rindukan daddy.xmau kesihatan dia terganggu. Fokus sgt pada anak sampai terlupa pd diri sendri. Rupanya bila aku yg demam lagi PARAH.

Satu malam tu aku Xboleh bangun, makanya maira tak makan. Sedih bila sedar2 je maira dah terlelap smbil pgg botol kosong kat tangan. Bila aku jengah dapur, nmpak dia dah buka kabinet dapur n keluarkan biskut, aduhaiii bersalah betul rasa. Semenjak wan xde, aku mmg jarang beli stok makanan. Sbb risau expired mcm tu je.. Xtermakan. So mlm tu maira makan biskut kering. Udah rupe rancangan bersamamu pulak.

Tp alhamdulillah maira anak yg baik.tak ada pulak dia menangis,merengek bila ibu dia demam. Pandai bawak diri. Good girl maira.

Teringat masa mula2 habis pantang maira. Terpaksa balik ke tanjung malim dgn maira berdua. Waktu tu wan bertugas di kem terendak melaka. Minggu pertama di rumah tanjung malim. Maira tak mau tidur. Berjaga dr jam 10malam sampai ke jam 5 pagi. Tak mau diletak, tak mau dibuai. Nak tido dalam pelukan je.. Waktu tu Allah je yg tau. Letih. Sampaikan datang ofis pon terpaksa mintak kebenaran bos untuk tidur sekejap di surau. Erm.. Pengalaman.

Sepanjang hampir 4 tahun usia maira. Baru tahun lepas 2012 kami dpt tinggal sebumbung bertiga. Itu pun sekejap. Bila wan mula training untuk malbatt bulan 6, kamilah yg rajin kene turun ke PD. POrt Dickson dah mmg mcm our second home.

Apa-apa pun Alhamdulillah dengan ujian Allah. Allah uji kami dgn jarak. Bukan dengan ujian lain. Nauzubillah.

Lebih kurang 2bulan lagi untuk kami bertahan.insyaAllah. In the middle of ramadhan, we gonna meet daddy! Sabar..sabar.. :)

12 mei 2013. Birthday wan yang ke-28. Sambut birthday dekat lubnan makan nasi ayam katanya.

Selamat hari lahir abi. Semoga sentiasa dilindungi Allah. Amin.
Ibu maira love daddy.


Monday, May 13, 2013

Orang tak profesional tak perlu berMESYUARAT

Mesyuarat adlh aktiviti dimana 2 orang atau lebih berkumpul disesuatu tempat bertujuan untuk berbincang, menerangkan dan membuat keputusan.

Itu bukan rujukan dr dewan bahasa. Itu dr kefahaman aku sendiri.

Dari kefahaman aku tu, mudah je. Tujuan bermesyuarat xlain xbukan adalah untuk membuat perbincangan, memberi ruang ahli untuk memberikan penerangan dan juga untuk bersama-sama membuat keputusan dan mempersetujui keputusan. Mudah kan nak paham.

So sekarang kau paham, kenapa PENTING nya benda2 penting dibincangkan dan dibahaskan dalam mesyuarat.

Adalah sangat-sangat tidak profesional bila mana dalam mesyuarat berpeluk tubuh, tapi bila diluar bilik mesyuarat mengadu domba, menyuarakan ketidak puas hatian anda. Perangai ni kita panggil perangai sembang kedai kopi. Sbb Apa?? Tak akan ada penyelesaian, cuma sesi luahan, mengumpat dan kadang2 boleh mebawa kepada fitnah. Lebih teruk lagi ianya hanya akan membangkitkan kekeliruan, salah faham dan kemarahan sesuatu pihak.

Lebih dasyat lagi, bila mana aktiviti mengadu domba ini dilakukan kepada pengerusi mesyuarat. Dan pengerusi mesyuarat yg berada dalam kekeliruan terusan menghentam pegawai yang disalahfahamkan niatnye. Haaa faham ke dak ayat aku ni??

Secara profesional. Rakan sekerja walaupon mgkin berlainan pangkat perlu membuat perbincangan sesama sendri, sebelum menyalurkan maklumat yg kurang tepat kepada bos, yg mana atas tindakanya itu bakal membuka pekung dada jabatan sendri dn bakal membangkitkan kemarahan jabatan lain.

Sikap tidak profesional ini sekali lagi membuatkan rakan sekerja yg lain rasa seperti dihiris sembilu, tertusuk selumba di jari, bagai diperah air limau di luka. In english we call it as backstabbing!

This is no good for ur organization.

Kesan dari sikap tidak profesional ini akan mewujudkan kronism, ketidaksefahaman, sukar mendapatkan kerjasama, sikap tidak hormat menghormati.

Phieww... Bertapa aku cuba menulis dgn berhemah ni. Padahal hati panas ni.. Rasa dikhianati, rasa disalaherti, kredabiliti tergugat.

Pada insan yg suka mengadu domba, aku harap kamu puas hati. Banyak lagi cara lain nak mengekalkan kedudukan dan kontrak kamu. Bukan dgn cara memburukkan org atau memburukkan cara kerja org. Teknik begini akan luntur. Lama kelamaan tidak ada lagi modal untuk kamu memburukkan org.

Insaflah, sebelum terlambat.

Aku malas nak berdendam, aku maafkan kamu. Aku akan counterback kata2 kamu. Till we meet again in next MESYUARAT! Adios

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...