Monday, November 12, 2018

HATI TISU

i need to write this,
hari ni call mak. dari seberang corong telefon terdengar mak batuk2.tak berenti. agak teruk juga. tp mulut macam biasala bila mak kata teruk. aku akan ckp "biasa je ni mak". entah aku ni yang hati tisu sangat ke meleleh2 air mata masa cakap kat phone dengan mak. tp sehabis baik aku cover. risau nti mak pon sama nangis. bila mak sebut je kene buat ujian saringan TB lagi. suara dia pon dah bergetar2. rasa sebak habis dada aku. terkenang balik kalau mak kene makan ubat berjenis2 mcm dulu. tak sanggup aku. masa2 macam nila aku rasa nak terbang balik. rasa sekarang jugak nak pindah balik Tangkak. atau at least melaka, muar. biar dekat. biar hari2 boleh tengok mak. 

tahun ni mak dah 63. macam mana pon anak2 rasa dan nampak mak sihat. hakikatnya kesihatan mak tak kan sama macam umur dia 40an dulu. sekarang ni la masa kita nak kene jaga mak. jaga sungguh2. walau mak sihat ke tak sihat ke. hari2 nak kene call dan tanya khabar mak.

dan sejenis aku kalau xde depan mata mmg susah hati. bukan yg lain2 tak jaga mak. alahamdulilah anak2 mak semua syg mak. cuma aku ni kalo boleh bior aku nmpak, biar aku buat, baru aku puas hati. aku doa. dan aku mintak semua org doakan aku dapat kerja yang dekat dengan kampung. supaya aku boleh balik selalu tengok mak. bior aku jaga mak. Allah permudahkanlah... 

 

1 comment:

  1. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ .thanks

    ReplyDelete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...