Thursday, November 16, 2017

PENGALAMAN BERCUTI KE HO CHI MINH VIETNAM - ITINERARY 4 HARI 3 MALAM

Masa yang sesuai dah tiba.. apa lagi nak update blog ni la. hehe so hari ni aku nak share pengalaman bercuti sendiri tanpa agent tanpa pakej ke vietnam. seriusly korang pon boleh. jangan bazir2 duit amek tour pakej. jimat. duit balance boleh buat shoping. barang mughah2 kome kat vietnam ni. trip kami ni pada 6 - 9 Mei 2017.

#tips1 : beli tiket sahaja waktu promo. kemudian baru add in lugage dan inflight meal
ok macam biasa. aku mmg pengguna tegar AirAsia. tak pernah tak tergoda kalau ade deal Free Seat air asia. hahaha ok harga tiket sahaja KL-SGN-KL RM382.16 untuk 2 adult. (RM191.08/person) biasa kalau nak rebut tiket free memang aku booked kosong je dulu. tgu dah nak dekat2 baru aku beli lugage (biasanya utk trip balik) dan in-flight meal. Kos tambahan untuk luggage 25kg (SGN-KL) + inflight meal (2 meal pergi & 2 meal balik) adalah RM104.00. so total tiket sahaja untuk seorang all in RM243.08. good deal kan? 

#tips2 : tukar RM to vietnam dong
dah settle ticket jangan lupe tukar duit ye. urm masa aku pegi ni 5000 vietnam dong bersamaan dengan RM1. dan aku dapati tukar duit di vietnam lebih murah berbanding di Malaysia. terpulang. korang boeh tukar duit sikit dulu di Malaysia. untuk pembelian simkad dan tambang public transport. dan kemudain tukar lagi di vietnam.

Day1: 
arrival to Ho Chi minh, vietnam
cadangan untuk korang : pasar ben thanth, vietnam post office

belakang tu ye pasar ben thanth 

since kami pergi tanpa agent. jadi itinerary agak carca marba. hahaha 1st day plan lain. tp disebabkan xpuas hati dengan hotel. makanaya xde mode nak berjalan. ok berkaitan penginapan. untuk rakyat malaysia, carilah hotel di DISTRICT 1. tp district 1 ni besar juga. jangan mudah tertipu dengan promo2 kat web. nti nad akan sharekan senarai hotel paling strategik untuk rakyat malaysia dan kenapa kene pilih hotel di district 1. korang scroll kat bawah nuuuuu pasal entry hotel ye. 

#tips3 : beli simcard untuk data - VINAPHONE
kami tiba di vietnam sekitar jam 12 tengahhari. sesampai aje kat airport. perkara pertama yang kami buat adalah cari simkad untuk data!! sekarang jalan mana2 pakai data je. xpayah guna line phone. guna whatsapp.boleh call n mesej kan. ok kat mana nak beli simcard vietnam? korang boleh cari di kawasan airport. keluar drpd arrival hall. di sebelah kiri.. korang pilih kedai paling hujung berwarna biru (VINAPHONE) murah je data kat sana rm20(VND100,000)/10GB. macam aku hari tu beli 1 sim je. then buat tethering. hehehe jimat kome. share2 jela internet tu dgn husband. 

hotel kami dekat district 1. Eden garden hotel. district one ni famous sebab dekat dengan pasar Ben thanh dan banyak kedai makan halal. dari airport kami naik bas nombor 152 dan ckp je dkt driver nak ke pasar Ben thanh. tambang VND5000 je. mugah je kan. jimat dah daripada korang amek teksi. say no to teksi. takut korang kene tipu nanti. 


 bas 152 kaler hijau yeee

ok... cerita pasal hotel. kami assume Eden Garden hotel ni lokasinye di district 1. dekat dengan pasar ben than dan dilokasi yang kami idam-idamkan iaitu lorong kampung melayu' gelarannya. rupenyeee hotel ni agak jauh dalam 1.5km dari lokasi yang kami nak. n aku tak recomend hotel ni sebab disebelah malam, ramai mat saleh mabuk.sbb kawasan sekitar hotel ni adalah pub. jadi selepas checkin di hotel. kami survey2 hotel dikawasan 'kampung melayu' dan alhamdulillah. berjaya jumpa hotel baru. esok la gamaknye kami checkin kesana. jadi petang tu kami just lepak2 di hotel. di sebelah malam kami berjalan kaki ke pasar malam di district 1 untuk menikmati kopi vietnam yang pemes tu.
kopi vietnam idaman kalbu

 sebelah kiri tu kopi.. mmg kaw. sebelah kanan tu milo. so~so je

Day 2:
Mekong river trip 
Water Puppet show

untuk hari kedua. seharian kami berada di mekong river. untuk trip ni kami just booked dgn bismillah tour. bismillah tour ni berada di district 1 area 'kampung melayu'. kenapa aku rekomen bismillah tour. sbb tour guide dia pandai cakap melayu. hahaha untuk trip kami kali ni. nama tourist guide kami adalah Rahmat. sebab mukenye mmg seakan-akan Rahmat Mega. untuk mekong trip ni kami hanya bayar VND300,000/1 orang (RM55). trip ni include mineral water, air kelapa on boat, buah-buahan dan lunch.  1st pit stop kami berhenti ke kedai surveniour. ade la jual baju2, keychain, beg dan macam2 lagi. harga ok je. kalau nak beli tshirt disini ok juga. sebab banyak pilihan. 2nd pit stop kami ke sungai mekong. dan kami dikehendaki menaiki bot bagi menyulusuri sungai mekong. kebetulan waktu kami tiba di tepi sungai mekong, hujan renyai2. maka kami pon dibekalkan dengan baju hujan. sepanjang perjalanan rahmat akan bercerita mengenai sungai mekong. tp aku xfokus pon sebab asyik menikmati keindahan alam. hahaha @ ngantuk ZzzzZZzz

tudiaaa bot panjangg... muke nak serius jeee konon2


air kelapa pree

3rd pit stop kami ke kilang membuat gula - gula kelapa. kilang ni guna cara tradisional. guna alat dan tenaga manusia untuk beroperasi. rasa gula - gula ni sedap. bukan macam candy kelapa di malaysia. so aku recemond korang belila skit untuk kawan2 dan sedara mara kat malaysia. aku hari tu pilih untuk beli gula - gula kelapa perisa original, perisa kacang dan durian.
 kilang gula-gula ditepian sungai mekong.. industri kampung la giteww
potong gula-gula dan bungkus gula-gula manual je kome

kemudian kami dikehendaki menaiki kereta kuda. kuda yang digunakan adalah kuda padi. alahai comel je rupenye. kami akan dibawa ke 4th pit stop ladang lebah kelulut. disini kami dapatla rasa madu kelulut dan royal jelly madu kelulut yang diminum bersama teh vietnam.
posing dalam kereta kuda
royal jelly madu kelulut dengan teh

seterusnya kami dikehendak menaiki sampan kecil. muat2 punggung aku je weh sampan ni. hahaha. mula2 takut juga nak naik.tp bila fikir2. kalau tak naik sekarang bila lagi kan.. so belasah jela. untuk makluman life jacket memang tak disediakan ye. yang disediakan topi vietnam aje. pinjam bukan bagi pree. tukang bawa sampan ni terdiri daripada penduduk-penduduk sekitar kawasan mekong river. diorang idup daif. kakak yang mendayung sampan aku ni tunjk rumah dia. alahai.. kalau kat malaysia rasanya kita panggil bangsal aje. setibanya di kebun buah-buahan jangan lupe bagi TIPS skit untuk deme. letakkan pada topi vietnam. depa ni suke je kalo kita bagi duit malaysia RM5 ke syukur sangat. tq..tq je katanye...

 sampan kecik xde life jacket ye. tawakal ajeee


posing skit dengan topi vietnam pinjam

pit stop 5, kami menuju ke kebun buah-buahan pulak dan kami dijamu dengan buah-buahan fresh serta air teh vietnam. kami jugak dihiburkan oleh makcik-makcik vietnam yang dah beranak 3, 4 tapi badan masih slim **jeles aku weh. hahaha so korang boleh enjoy free show makcik-makcik ni.

engkau yang manis engkau yg cantik...

pit stop 6. lepas dah penat berjalan, naik kereta kuda, turun naik sampan dan boat. makanya kami pon stop untuk makan lunch di kedai makan sanizah nawiyah. kami solat jamak juga disini kerana surau disesiakan. lunch pon memang dah masuk dalam pakej so no worries. so lets eat!
lauk lunch..puas hati..


tak sangka org vietnam pandai masak kari oii.. 
sedap mcm org penangpunya kari kapla ikan.. hahaha

last pit stop/pit stop 7. kami dibawa ke kilang. kilang ni memang boleh buat korang gile. korang boleh beli tudung, telekung, kain cotton, lace, baju siap dengan harga kilang yang memang mughah. kelebihan kat sini adalah semua warna yang korang nak ade. kalau korang nak beli di pasar ben thanth atau pasar malam district 1 mungkin warna yg korang idam-idamkan tu tak ada. korang nak ape? neelofa? duck scarft? ariani? telekung siti khadijah. semua ade. and gred A oi..
nah belanja gambo stock tudung

selepas settle memborong 'sedikit' barang tadi. maka berakhirlah trip kami ke mekong. kami dihantar pulang ke hotel. dan ye kami tukar hotel dah hari ni hotel pilihan kami adalah Thanth Thu hotel. usai berehat-rehat dan refresh badan di hotel. kami meneruskan lagi penerokaan dengan menonton water puppet theater. aku sebenarnya yang ngidam bebeno nak tgok water puppet theater ni. sbb baca review semua kata must watch la. jadi kami dengan bertenangnye berjalan kaki sahaja dari hotel ke goden dragon water puppet theater aku guna google maps je kome. ambil masa lebih kurang 20minit. harga tiket pon dalam VND250,000 (RM46) tapi memang berbaloi sangat laaa.. persembahan dalam 2 jam gitu. nah aku share skit water puppet theater ni
xfaham tapi seronok dan kagum wehh

posing2 dengan karakter water puppet

walaupon apa yang diceritakan tak berapa difahami sbb guna bahasa vietnam kan. tp pergerakan puppet. penceritaan amat menarik dan very recomended. bawakla anak - anak ke sini. mesti diorang excited. mak budak pon super excited! 2nd day done!

3rd day
Chu Chi tunnel
Vietnam war muzium
Pasor malam District 1
shoping till u drop

untuk 2nd day seawal jam 7pagi kami akan mulakan trip kami ke chi chi tunnel. trip ni requested by husband la. maklomlah askor. suka la nak belajar psl perang vietnam ni.trip ni pon kami ikut bismillah tour. harga trip xingat dah. tp lebih kurang mekong trip juga. cuma trip ni dapat free air mineral sahaja. no makanan provided. 1st pit stop. kami dibawa ke handicap handicraft centre. katanya semua pekerja di sini adalah goongan kurang berkeupayaan dan ada antaranya adalah mangsa - mangsa perang vietnam. disini kami just melihat2 kraftangan yang dihasilkan. nak beli xmampu. harganya agak mahal juga.
kagum kami tengok pakcik ni buat kaligrafi. pakcik ni bukan muslim tau..

seterusnya kami dibawa ke chu chi tunnel. perjalan mengambil masa lebih kurang 2jam. sepanjang perjalanan pelbagai gelagat manusia yang aku tgok. di vietnam petrol mmg mahal. majoriti penduduk HCM menaiki motor...motor super banyak di HCM. akhirnya yes dah sampai ke chu chi tunnel.
peta chu chi tunnel

di chu chi tunnel, tourist guide kami akan bercerita mengenai perang vietnam. kaedah penyamaran. jerangkap samar dan macam - macam lagila..so korang enjoy jela gambo2 dan meh nad share video pengalaman nad masuk dalam terowong sepanjang 20meter.

 
seronok tp macam panik sbb ruang kecik hehehe


lubang persembunyian

jerangkap samar

lama juga kami disini lebih kurang 4 jam gitu. tapi memang puas hati la husband. dia dpt banyak info. aku xminat sgt. so follow ajela....selepas berehat-rehat di hotel dan makan lunch yang agak light. sebab tak berapa lapo. kami meneruskan misi ke vietnam war museum. kali ni kami gunapak perkhidmatan GRAB. memang senang kome gune grab ni dan super murah. cuma korang kene bertahan jela dengan gaya pemanduan orang vietnam ni. di vietnam sistem lampu isyarat nye macam huru hara skit. kalo aku drive kat vietnam ade harapan melanggor anak orang. hahaha


so yeayyy kami disini

kami spend masa dalam 2jam sahaja disini. sbb kami tiba pon dah lewat. museum tutup sekitar jam 5 petang. dan agak malang skit sebab bateri phone pon mati. so xdptla amek gmbr dalam museum. #kenerepeattripvietnam hahaha so kami velanja laaa sekeping gambar2 kat luar muzium sahaja ye.

 pelancong bg briefing dkt pemandu pelancong.hahaha

malam tu kami all out shoping. perabihkan bagi vietnam dong. apa yang kamo borong? beg deuter, tudung nelopak, duck scarft, ariani, cenderahati semua kami beli kt kedai dalam lorong kg melayu ni je. memang mughah2 n puas hati dr beli dalam pasau ben thanth.

 pasar malam dekat district 1.. ni dkt sebelah luar pasar ben thanth tauu

4th day
wrapping up. n balik Malaysia ku terchinta.

pagi ni kami siap2 wrap beg. timbang beg. dan topup2 skit brg last minit shoping. hehehe.. so off we go.. nak balik malaysia dah.. maka berakhirlaaaaaa cuti 4H2M ke Ho Chi Minh, Vietnam. tgok ni bukti. pegi 4beg. balik beranak2 beg. hahaha
muke pueh hati komeee....

Pesanan : korang kene bawak
*international adapter, plug kat sana tak sama macam malaysia ye
*bawakla kudapan:biskut/roti sbb waktu berjalan2 susah nak dpt makanan halal. nak beli kt kedai pon was-was.

pesanan : korang kene berhati - hati
*penyeluk saku - memang expert depa ni
*teksi - vinasun cekik darah
*peniaga2 jalanan - kene betul2 kira duit.korang kene cekap convert duit.

dah janjikan... next entry hotel-hotel yg stategik dan must try food. rare kome!!

till then xoxo. 😘😘😘😘

13 comments:

  1. Aha nak tahu jugak... Kilang kat mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kilang gula2 tu dekat sungai mekong. kalau amek trip sungai mekong mesti dia akan bawa. boleh cuba cari Bismillah Tours.

      Delete
  2. Hi, Thank you very much for your comment on our services. We don't understand Malay but can see you mentioned about Bismillah Tours. We do hope that you got a great trip with us!!! if you have any feedback, we are welcome you to email or chat with us ok? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recommended! give credit to Rahmat, good tour leader!

      Delete
    2. Hai..im coming to ho chi minh this 2.4..can i know what is the price for sg meking tour for 4 adult n 1 kids age 12 years n 1 kid ages 15 years

      Delete
  3. Wahhh bestnyaa.. thnks sis.. info yg sgt bermanfaat utk saya

    ReplyDelete
  4. salam sis sori nak tanya sikit....yg simkad tu sis beli rm20 utk 10gb kan...kite boleh pkai utk brapa hari yea... insyaallah awal bln 3 ni saya nak kesane....tq

    ReplyDelete
  5. ada orang ckp better tukar duit USD sbb rata2 peniaga guna duit USD betul ke sis? apa pendapat sis

    ReplyDelete
  6. How can I contact Bismillah Tours?

    ReplyDelete
  7. sis kilang tudung telekung yang sis post tu nama apa ye

    ReplyDelete
  8. sis nama kilang tudung telekung tu apa ye

    ReplyDelete
  9. Kami baru balik 11.12.2019.. Jumpa Rahmat jugak... Haha...

    ReplyDelete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...