Sunday, December 5, 2010

memang btol..susah nak senangkan hati org

macam mane nak buat pon xtau,sikit2 kecik hati,sikit2 nak marah
bukan semua benda aku boleh kawal,terutama sekali berkaitan hati dan perasaan dia
skrg kau marahkan aku,kau doakan yg buruk untuk aku
aku xkisah..aku terima tp aku musykil
kau sendri dah dewasa..
pnah kau fikir kenapa semua ni jadi mcm ni
kalau aku nak jadi jahat...aku boleh je bahasakan kau
tp aku hormatkan kau..dan aku sendri cuba lupakan apa yg telah kau lakukan
tp mungkin bukan semua org boleh buat mcm aku
boleh cuba untuk melupakan.
nak2 berkaitan perkara yg btol2 memedihkan hatinya
kau seperti memaksa semua org utk terima, utk lupa..
apa buat kau fikir semua org boleh buat begitu?
ya..mungkin aku berada di zon selesa..mungkin kau berdoa agar aku berada di tempat kau untuk aku faham keadaan kau.. tp untuk ape?
izinkan aku untuk luahkan perasaan aku skrg....
pernah kau fikir apa yg kau lakukan dimasa itu?
pernah kau fikirkan apa yg dia akan rasa jika dia tau perbuatan mu?
pernah kau tahu dia menangisi perbuatan mu berhari2, tanpa selera makan...
aku..aku yg bantu kau waktu itu..memikul dosa kering..membohongi dia..melihat kau bergelumang disitu
kau fikir aku suka? kau fikir aku redha? atas dasar tali persaudaraanla aku tolak tepi rasa benci itu...
tp kenapa sekarang kau mcm ni??
seolah kau mahu semua org utk mengutamakan kau?
seolah semua org perlu memberi perhatian pada kau?
dulu? waktu kau bersuka ria, waktu kau menyakiti dia..pernah kau fikirkan kami?? pernah? pernah??
ala..yg dah lepas jangan lah kau ungkit... ye pada mu mudah..tp pd dia susah..ok..susah.. aku faham dia lebih dari kamu.. separuh usia ku aku habiskan dengan dia.. hinga kini dia masih sebahagian hidup ku..apa jua yg aku lakukan selama ini..dia sentiasa ada dlm lipatan kisah2 hidup ku... kau? kau bagamana?
dimana kau waktu dia merindui mu?? dimana kau waktu dia mencarimu?? buat ikut suka hati bukan?
sudahla.. aku muak dengan perbalahan ini..muak memujuk, muak bermuka2.. jika kau rasa aku yg bersalah..jika kau rasa aku yg memaksa dia,,menghasut dia.. teruskanlah.. sbb aku xlarat dah nak membantah dan menjernihkan suasana... apa yg aku pinta.. muhasabah dirimu.. kau sememangya xboleh paksa dia.. dia juga ada hati, perasaan dan keinginanya sendri...setelah separuh usianya dia habiskan untuk kita.... biarla dia..redhalah dengan tindakanya... or in good way i would like to say "get use to it" accept it as your fate / or as your punishment from what you've done..

akhir kata..maaf kalau aku sakiti hatimu.. sesungguhnya aku xde niat..tp aku xtau mcm mane care utk aku katakan lagi..mungkin cr yg terbaik kalau kau nyatakan perasaan kau pada dia..biar dia jelaskan semunya...

No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...