Tuesday, September 20, 2011

perbezaan botol PC, PP dan PES

ok.ini pengetahuan am yg mesti anda tahu sekiranya anda seorang ibu yang ada baby minum susu guna botol. like me. maira now 2 years old. n minum susu guna Botol AVENT BPA Free PES material. rasanya masih ramai yg xsure ape tu botol POLYCARBONATE(PC), POLYETHER SULPHONE (PES) dan PLOPROPYLENE (PP)dan perbezaan antara kesemua jenis botol ni.so today nad kasi story skit ye.....


BOTOL PC 2 APE nad??
PC adalah polycarbonate, dimana kebanyakan botol diperbuat drpd PC, especially botol2 yg dijual murah. bundle2 kat Tesco RM10/3botol. dan tak ketinggalan botol minuman kanak2/org dewasa yg dijual di semua pusat membeli belah. Rasanya kita semua membesar dengan menggunakan botol PC...mungkin ade segelintir sj dari kita yg penah guna botol kaca.that one is  special case.


baru2 ni je penggunaan botol PC tidak begitu digalakkan disebabkan kewujudan BPA. BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk 'mengeraskan' plastik. dimana kajian mendapati BPA ni boleh meresap masuk kedalam susu bayi atau air dlm botol yg bersuhu 100 degree celcius. boleh rujuk artikel ini: US FDA Issues Warning about BPA Exposure


namun tak bermakna botol PC tidak boleh digunakan langsung. botol PC boleh digunakan untuk menyimpan air sejuk dlm aisbox anda. tp ingat JANGAN GUNA BOTOL PC UNTUK SIMPAN AIR TEH/KOPI PANAS. dan JANGAN SIMPAN BOTOL PC DALAM KERETA.


ciri2 botol PC
a) clear ataupon transparent
b) diperbuat dr plastik keras
dan kalau botol PC ni jatuh ke lantai bunyinye bising klank! klonk! klank! lebih kurang cam2 la bunyi nye..


BOTOL PP 2 APE nad??
PP ataupon polypropylene adalah sejenis plastik, yg mana secara semula jadinya BPA-free. ciri2 botol ini tidak begitu transparent.antara jenama botol jenis PP yang popular adalah MAM dan Tommee tippee.sekiranya botol jenis PP jatuh ke lantai ia tidak akan retak dan juga tidak mengeluarkan bunyi yg bising.
kita juga begitu familiar dgn PP sebab kebanyakan jug air berwarna-warni dipasaran dan juga bekas makanan diperbuat dr PP. 


AVENT juga ada mengeluarkan produk botol PP, dimana harga botol PP lebih murah berbanding PES. dan untuk mereka yg mempunyai anak yg aktif, sering menggunakan botol sbg permainan baling2,sepak2 memang sgt sesuai bg anda memilih botol PP.


BOTOL PES 2 APE nad??
semakin hari semakin ramai ibu yg prihatin terhadap isu BPA dan ingin untuk mendapatkan botol BPA-free untuk yg tersayang. mengikut AVENT, PES ataupon polyether Sulphone adalah material yang BPA-free dan secara semulajadinya berwarna keperang-perangan @ honey tinted.


botol PES adalah lebih mahal berbanding PC dan PES. ini mungkin disebabkan kerana botol PES adalah lebih tahan lasak dan tahan lama. just like maira's botol :)


walaubagaimanapon. kesemua jenis botol berikut boleh digunakan untuk anak-anak anda. make sure budget anda, keperluan anakanda.dan jgn lupa untuk meminta pendapat kawan2 sebelum bershoping!!!


if u love to have ur own AVENT product.. u also can shop here > My AVENT PRODUCT

happy shopping!!!


love,
Nad :)

No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...