Monday, May 13, 2013

Orang tak profesional tak perlu berMESYUARAT

Mesyuarat adlh aktiviti dimana 2 orang atau lebih berkumpul disesuatu tempat bertujuan untuk berbincang, menerangkan dan membuat keputusan.

Itu bukan rujukan dr dewan bahasa. Itu dr kefahaman aku sendiri.

Dari kefahaman aku tu, mudah je. Tujuan bermesyuarat xlain xbukan adalah untuk membuat perbincangan, memberi ruang ahli untuk memberikan penerangan dan juga untuk bersama-sama membuat keputusan dan mempersetujui keputusan. Mudah kan nak paham.

So sekarang kau paham, kenapa PENTING nya benda2 penting dibincangkan dan dibahaskan dalam mesyuarat.

Adalah sangat-sangat tidak profesional bila mana dalam mesyuarat berpeluk tubuh, tapi bila diluar bilik mesyuarat mengadu domba, menyuarakan ketidak puas hatian anda. Perangai ni kita panggil perangai sembang kedai kopi. Sbb Apa?? Tak akan ada penyelesaian, cuma sesi luahan, mengumpat dan kadang2 boleh mebawa kepada fitnah. Lebih teruk lagi ianya hanya akan membangkitkan kekeliruan, salah faham dan kemarahan sesuatu pihak.

Lebih dasyat lagi, bila mana aktiviti mengadu domba ini dilakukan kepada pengerusi mesyuarat. Dan pengerusi mesyuarat yg berada dalam kekeliruan terusan menghentam pegawai yang disalahfahamkan niatnye. Haaa faham ke dak ayat aku ni??

Secara profesional. Rakan sekerja walaupon mgkin berlainan pangkat perlu membuat perbincangan sesama sendri, sebelum menyalurkan maklumat yg kurang tepat kepada bos, yg mana atas tindakanya itu bakal membuka pekung dada jabatan sendri dn bakal membangkitkan kemarahan jabatan lain.

Sikap tidak profesional ini sekali lagi membuatkan rakan sekerja yg lain rasa seperti dihiris sembilu, tertusuk selumba di jari, bagai diperah air limau di luka. In english we call it as backstabbing!

This is no good for ur organization.

Kesan dari sikap tidak profesional ini akan mewujudkan kronism, ketidaksefahaman, sukar mendapatkan kerjasama, sikap tidak hormat menghormati.

Phieww... Bertapa aku cuba menulis dgn berhemah ni. Padahal hati panas ni.. Rasa dikhianati, rasa disalaherti, kredabiliti tergugat.

Pada insan yg suka mengadu domba, aku harap kamu puas hati. Banyak lagi cara lain nak mengekalkan kedudukan dan kontrak kamu. Bukan dgn cara memburukkan org atau memburukkan cara kerja org. Teknik begini akan luntur. Lama kelamaan tidak ada lagi modal untuk kamu memburukkan org.

Insaflah, sebelum terlambat.

Aku malas nak berdendam, aku maafkan kamu. Aku akan counterback kata2 kamu. Till we meet again in next MESYUARAT! Adios

No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...