Monday, July 8, 2013

Segala puji bagi Allah

Hari ni seperti minggu2 yang lain. Aku bertolak seawal jam 3pagi dr kampung. Aku suka perjalanan waktu pagi2 mcm ni. Sbb aku rs segar. Trafic kurang sesak.dan masa perjalanan lebih cepat. 5 minit sebelum sampai ke susur keluar tangjung malim, aku dh bukak seat belt. Mengerak2 badan. Senyum sbb dah dekat smpai susur keluar destinasi. Tiba-tiba... Bang! 2 biji kereta bertembung. Sebuah kereta langgar sebuah lagi kereta dan terus ke arah divider. Kereta terperosok tinggal seat belakang sahaja.
Astagfirullahalazim...........

Satu peringatan yg sgt jelas dr Allah untuk aku. After a longgggg weekend that i have this week. Allahuakbar. 

Perjalanan Hidup kita telah diaturkan oleh Allah. Hanya dgn memohon dr Allah, meyerah diri kepadaNya kita mampu untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri kita. tapi...sebelum menyerahkan segalanya pada Allah, kita jua perlu berusaha. Berusaha untuk mengelakkan kecelakaan, berusaha untuk mendapatkan yang baik berlandaskan syiar islam. Sentiasa amalkan solat taubat dan solat istikharah mohon pertunjuk dr Allah.

Kehidupan mmg satu ujian bagi Allah untuk kita.Allah uji kita setara mana ketahanan hambaNya. Bila Allah uji kita, maknanya Allah nak kita makin dekat dgnNya. Allah nak dgr kita merayu,merintih kepadanya. Di saat musibah menimpa diri kita. Hanya Allah tempat yg sebenar2nya untuk kita merujuk dan mohon petunjuk. 

Sayu rasa hati bila berdepan dengan situasi tadi. Kalau lah Allah takdirkan aku turut sama terlibat dalam kemalangan tu. macam mana? 

Hidup ini terlalu singkat untuk bermusuhan,
Hidup ini terlalu singkat untuk berdendam,
Hidup ini terlalu singkat untuk bersuka ria,
Hidup ini terlalu singkat untuk sekadar mengejar dunia,
Ya Allah aku insan yg lalai...

Semoga Allah sentiasa memberi peringatan kepada ku dan seluruh ahli keluarga ku. Jadikan kami hamba mu yg soleh dan solehah. Tunjukkan kami jalan ke arah syurga mu ya Allah.



No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...