Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Friday, July 1, 2011

aku susah, org lain lagi susah rupanya..

waktu rehat solat jumaat ari ni,aku blk rumah.sidai baju yg dah siap dicuci subuh td.kemudian bergegas ke bank. waktu aku tiba di bank.org ramai sama mcm waktu lunch hari biasa. ok. aku tertipu.aku ingat hari jumaat kurang org sbb kaum Adam tunaikan solat jumaat. ternyata sangkaan aku silap belaka.

waktu aku tunggu giliran, sempat aku labuhkan punggung di kerusi besi keras di maybank tanjung malim ni. dlm hati sempat lagi ckp 'kedekut punye bank..ada 12 buah kerusi aje...' aku tgok nombor giliran aku.ade 6 org lagi sebelum tiba giliran aku.

sedang aku syok2 berangan, pandang sini pandang sana..tiba2 sorang lelaki duduk sebelah aku. aku nampak dia bawa buku ASB.'baru keluarkan duit rupenye'..dari ketebalan duit dia aku jangka lebih kurang rm 500-1000 yg dia keluarkan. aku xde niat nak pandang amaun wang dia mahupon nak curi dengar panggilan telefon dia. tp dah dia dudu sebelah aku.surelah aku dgr. 'Asssalammualaikum mak, along ade duit lagi 800 ni..dpt duit OT..nti along bankin bg mak.mak gunalah untuk angah....tenggelam timbul perbualan dia.........Alhamdulillah....cepat pulak kilang bagi duit bulan ni mak..xperla mmg rezeki adik2...kejap lagi along masukkan ye.Assalammualaikum' selesai dia ckp telefon dgn mak dia.. aku nampak dia buka beg duit dia untuk masukkan kad pengenalan... sedey aku waktu ni..bila aku nmpak dlm beg duit dia ade rm5 dan beberapa keping rm1. tiba2 je aku rasa touching....giler... aku nampak takde sekeping pon rm50 dia masukkan dlm beg duit dia..pergh...lagi aku touching.

budak lelaki yg aku cakap ni kerja kilang proton.dr uniform dia, aku dah bleh kenal. tgok muka mmg nampak mcm lelaki baik.dan mmg baikla kan..selepas budak ni beredar pergi.aku rasa mcm ............xtaula nak ckp ape. tersedar kot dr mimpi. betapa selama hari ni.diwaktu kita rasa kita susah,xckup duit,gaji kecik..ade org lagi susah dari kita...ade org lagi memerlukan dari kita. sedangkan hakikatnya kita xla sesusah mana.. kita xlah begitu terbeban dengan pelbagai kenaikan berbanding dgn org2 yg mcm ni. yg lebih susah.. bila dapat gaji kita masih mampu beli apa yg kita INGINKAN..berbanding dgn org2 yg mcm ni.hanya beli apa yg PERLU sahaja..

yang sebenarnye kita ni masih dlm golongan yg bernasib baik..cuma...2la... ada sesetengah org yg xpernah puas dgn apa yg dia ada. yg rasa dia dpt xckup.yg rasa org lain dpt lebih.yg sentiasa xpuas hati dgn org lain. aku sedey sbnanye bila melihat org2 mcm ni. cuba letakkan diri kau di tempat mereka.. kau rasa kau ade waktu untuk memikirkan org lain selain dr diri kau dan keluarga kau?? tentu xde.. baik kau kerja banting tulang supaya dpt pastikan tiap hari anak bini kau dpt makan...

so....untuk kebaikan bersama..aku sarankan la..kekalkan keamanan yg kita ada sekarang ni...semoga semua org boleh kekal bekerja..kekal mencari rezeki yg halal. kita semua terus sama2 berdoa..semoga yg benar akan muncul. yg baik akan mendahului yg jahat. yakin dengan Allah.jangan pernah berputus asa..permusuhan, hasad dengki, fitnah hanya melemahkan kita...

aku sayang Allah, sayang nabi, sayang malaysia,sayang family...aku sayang semua......

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0 budak 5 tahun pon pandai buat kesimpulan

BERSIH.. ye aku akan join bersih on 9 julai ni.. tp ade skit perubahan utk program bersih aku. aku nak bersihkan kawasan rumah aku supaya bebas nyamuk aedes. tiada aedes tiada denggi. ni cara aku nak ajar anak aku.bersihkan diri,rohani,peribadi.baru sibuk2 nak bersihkan hal2 lain. lebih baik kita lenturkan rebung2 muda.dr kita cuba nak bentukkan buluh2 tua. bukan ke mereka ni semua bakal pemimpim negara.

kau tunjuk pada mereka peribadi yg mulia baru kau boleh yakin masa depan mereka lebih terjamin.kau xkan ada sepanjang masa dia membesar. ntah bila ajal kau akan tiba, xde sapa yg tau.sementara ada masa lebih baik kau didik dia. bukan kau sibuk didik sistem negara.didik org tua2 sekeliling kau.akhirnya bila kau dah xde. anak2 zuriat kau memerintah lebih zalim dari apa yg kau nafikan. sedih mmg sedih.

nasib baik anak aku baru pandai nyanyi lagu '1,1 saya syg ibu' saja. kalau dia dah pandai ckp.pasti banyak persoalan yg dia akan ajukan pada aku. letih pulak aku nak menjawab. cukupla teringatkan peristiwa semalam.sewaktu bersantap selepas mendengar ceramah israk mikraj;

alif berkata  "'kita pelikla time ade makanankan ramainye org lelaki kat surau...time solat hari2 biasa xramai camni...mungkin diorang lapar agaknye kan"
haikal menjawab 'iyelakan'..maksudnya mengiyakan kata2 alif tadi.


kanak2 mudah memahami situasi sekeliling melalui penglihatan dan kemudian membuat kesimpulan mengikut kefahamannya sendiri.aku sendri terdiam bila alif tanya pada aku 'kenapa ye cik'.. pantas aku membidas.. mungkin sbb nak dgr ceramah kot..td ustaz 2 cerita best kan?? nasib baik point aku kene pada tempatnye..


bayangkan kalau anak2 kau lihat demonstrasi jalanan sebagai satu norma hidup. xpuas hati demonstrasi.apa2 hal saja demonstrasi. sbb mak ayah dia pon bleh buat demonstrasi..so bila anak kau buat demo di Universiti nti..kau jgn marah2 ye... diorang just nak suarakan pendapat sja...demonstrasi pon aman2 ja bah...

aku? aku xnak didik anak aku cara tu. kalau kau rasa cr kau 2 betul silakanlah. aku masih ada rasa kasian kpd org lain yg bakal dpt tempias -ve drpd perarakan aman ni. aku xkan buat sesuatu yg bakal hanya memuaskan hati aku tanpa memikirkan nasib org lain.org awam yg punya hak bersuara juga.dan yg punya hak untuk hadapi hari2 normal dan aman.

so utk korang yg BERSIH 2.0. selamatla berarak.selamatla didik anak dgn berarak..harap2 maulidur rasul, sambutan kemerdekaan jangan lupa pulak untuk join perarakan ye!!!

jgn marah2..ni namanya juga kebebasan bersuara..[artikel 10 perlembagaan persekutuan]





aku bukan nak emphazise yg demonstrasi ni haram..just nak tekankan kesan -ve yg akan terjadi based on past experience...banyak -ve kan...

ciri2 demonstrasi aman dan harus dalam islam
- objektif yg jelas dan tidak bertentangan dgn islam
- berlangsung di kawasan yg bersesuaian.
- berlaku dlm keadaan terkawal,tiada makian..tiada fitnah
- tidak bercampur gaul antara lelaki dan wanita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...