Showing posts with label zalim syaitan. Show all posts
Showing posts with label zalim syaitan. Show all posts

Monday, April 12, 2010

buang bayi di sungai choh!


gambar dari blog : http://ondscene.blogspot.com/

manusia kejam...puas hati kau? kau perlakukan bayi ini dengan begitu zalim.. kau balut dgn surat khabar dan kau letak dlm tong sampah.. ya Allah.. cukup sifat, bertali pusat dan itu dia...kantung / urinya kau buang bersama.. difahamkan bayi ini berbangsa melayu. lokasi di hulu selangor.. kalau aku jumpa manusia yang hina ni.. aku nak suh dia tido seminggu kat tong sampah 2... rasakan!!

kesiannyaa.......................... Al-fatihah untuk baby lelaki malang ni.. dan untuk mak ayah dia yg buat benda ni, bertaubatlah..........

Monday, March 1, 2010

Al- fatihah untuk Syafia Humairah

ai nak luahkan perasaan bengang pada lelaki durjana yg p belasah safiyah umairah.(nama mcm my maira). bodoh giler jantan 2. ntah ape perasaan dia buat mcm 2. pagi ni baca paper n entry yg berlambak online psl kes ni. read this:
KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.

Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.

“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.

“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.

“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.

“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.

“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.

Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.

“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.

Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.
“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.

“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.

 
Allahyarham Adik Syafia Humairah Sahari
 
P/s: such a stupid man.. pelik juga masyarakat setempat xbertindak apa-apa ketika kejadian. mungkin juga kejadian ni biasa terjadi. so masyarakat pon ingat biasa je n xmo masuk campur. in my opinion both mak n jantan ni harus dihukum. as mother you should really protect your child, nak2 dari jantan yang xde kene mengena dgn anak dan juga diri sendri.. some more..dah ada ank luar nikah lagi... nusyuz dgn suami.. MasyaAllah..ape nak jadi. benda mcm ni masyarakat bleh tutup mata aje.. hish!!!

Thursday, February 11, 2010

LAknAtLaH mereKa ya ALLAH!!!

waktu minum pagi ni aku nampak muka depan paper utusan (kalau xsilap). aku nmpak ada gambar baby saiz 4A kat sudut paper.. tersentak hati aku.. zalimnya manusia.. aku mintak kawan aku ambilkan paper 2. perlahan2 aku tatap wajah anak kecil ni..aku dekatkan dengan mata.. yaAllah!! dihurung semut.. aku angkat paper.. bergenang air mata aku.. nasib baik kat tmpt public..terpaksa aku control.

balik ni..aku terus buka newspaper online.. memang muka hadapan.. aku nmpak gambar baby ni, terus air mata aku menitik.. bukan mainan, ni mmg perasaan sebenar.. Geram! marah! bengang! pelik! kenapa ada manusia seZALIM ini.. kenapa bayi xbersalah 2 harus dibuang mcm 2.. cuba bayangkan diri kamu dihurung semut tp kamu sendri xmampu nak halau semut 2 dari menjamah tubuh badan kamu..macam mane? perit, sakit bukan?? tp kenapa kau zalim sgt!!! dah la kau berzina, kau tambah lagi dosa dgn membuang nyawa yang xberdosa dan mendera zahirnya sebegitu rupa..

Ya Allah.. aku sbg ibu. yang dah merasai keadaan mengandung 9 bulan dan perit melahirkan...aku xdpt terima andaikata ada bayi yang dibuang sebegini rupa! pada aku mereka bukan manusia!! mereka binatang! syaitan!!!...tolonglah penzina semua...kamu memnag menjijikkan, tp atas dasar kemanusiaan berfikirlah secara waras..jgn bertindak seakan binatang.walhal binatang pon tahu melindungi dan menyayangi anakya.. janganlah ada org lagi yang membuang bayi sebegini.. kesiankanlah anak itu... dia xberdosa, naif, suci, bersih...

Ya Allah..kau balaslah tindakan manusia2 zalim ini.. kau berilah pengajaran yang setimpal dengan perbuatan mereka.. susahkanlah mereka sesusahnya, bebankan mereka sebebannya, di akhirat kelak tempatkan mereka di neraka mu yang paling panass...aku benci kamu penzalim, penzina, pembuang bayi!!!

buatmu bayi yang xberdosa, ibu doakan moga kamu pergi dengan mudah. moga segala kesakitan yg ibu nampak dr luaran itu, xdapat kamu rasai walau sedikit pon, tempat mu pasti di syurga firdausi..amin....

 
al-fatihah......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...