Thursday, March 12, 2009

Tips hadapi temuduga SPA

sebagai seorang penjawat awam (jawtan yg skrg ni bkn SPA tau..badan berkanun) & seorang yang da lebih 5 X pegi interview SPA, nak kongsi ckit la pengalaman aku.. to kwn2 yg request tips ni...silalah baca dengan teliti n hayati nilai2 murni ni ye..hehehe

anyway, after grad aku pnah di panggil untuk interview SPA several times. Antaranya untuk jawatan Pen.Peg Penerangan, Pen.Peg. Penguatkuasa, Pen. Peg Tek Maklumat 2x, Pen Peg Siasatan lah yang terbaru skali.

1st experience.. memang xprepare langsung, interview kat SPA p'jaya. baca ckit2 jek maklumat mengenai Kementerian Penerangan. antara soklan yang ditanya:
* sistem pemerintahan Malaysia
* parlimen M'sia
* beza dewan rakyat, parlimen n etc..
* nama menteri dlm kabinet
* isu mengenai pencemaran sungai..
* isu mcm mane nak pastikan sultan n raja M'sia dikenali n dihormati
kbanyakan soklan xpat jwb.. mmg awal2 da tau xkan dpt post nih.. pasal xprepare. so let go jela

2nd call 4 interview Pen.Peg. Penguatkuasa, aku xpegi pon.. psl masa ni hubby tgok surat panggilan 2. ada ujian fizikal. antaranya, tekan tubi. lari 100m. so dia kata xpayah la.. lagi pun aku xde nafsu sgt nak pegi interview ni.hehehe.. bg chance kat org lain.

3rd interview PPTM kat Melaka. aku prepare habis2san psl aku budget post ni utk negeri melaka. skali last skali ms interview dia kata post ni utk SPA sem'sia.. so aku pon maklumkan lah... ber sepadan dengan status aku yang da berkerjaya ni.. beri laluan lah pada yang masih xkeje.. la ni pon gawat kan.. interview ni last year so sesape yg dpt post PPTM ni, bersyukurla pasal awal2 aku da men'fail'kan diri aku..hehehe

4rd interview di Muar. yang ni SPA Johor. kompem keje utk kerajaan negeri johor. yang ni aku kompem study giles2 nye..psl memang hope dpt blk keje kat johor.. perak ni jauhhhh benau.. so aku compile soklan masa kat mlaka n muar tok jawatan PPTM ye;
* 1st mcm biasa tanya skop tugas PPTM
* apa experties anda (networking ke programming ke multimedia??)
* sebutkan bahasa pengaturcaraan yang anda mahir.
* apa software yang anda biasa gunakan
* apa itu database..sebutkan database yang anda tahu
* apa faktor yang menyebabkan sesuatu komputer itu lembap?
* apakah kegunaan safe mode pada komputer
* apa jenis port yang terdapat pada komputer
* berapakah kelajuan bandwidth terkini
* nama menteri di kementerian teknologi n inovasi ` ala Datuk maximus ong kili 2...
* n kalu SPA Johor kompem ada soklan agama (baca fatihah, apa itu air mutlak, jumlah sifat wajib, harus n mustahil bagi Allah, solat jamak, doa iftitah,n sujud sahwi)

5th interview.. yang terbaru skali tahun 2009 ni aku pegi adalah untuk post Pen Peg Siasatan. antara soklan :
* skop tugas Pen Peg Siasatan
* apa beza BPR n SPRM
* kenapa nak sertai SPRM
* apa jawtan kuasa n biro dlm SPRM
* siapa anggota jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
* apa yang anda faham menganai suapan?
* Pernahkah anda mengalami masalah tekanan di tempat kerja?
* sebutkan 5 wilayah pembanguna di m'sia
* apakah ciri2 yang terdapat pada anda yang berpadanan dgn jawatan Pen Peg Siasatan
* banyak borak2 sbab mungkin dia nak tgok karektor kita n nak phsyco kita gak.. yela tanya soklan mcm > kalu dpt post ni kene g trainig.. so mcm mane u nak bsalin ni..pasni anak u.. xrindu ke? (seb bek aku ada idea.. aku ckpla. xkira kat mane pon keje kalu da di arahkan oleh pgawai atasan utk pegi kursus or outstation still kene g.. so xkirala i dpt keje ngan SPRM or still keje kat U ni..i still kene g gak.. so that person pn angguk..peh aku expert gak. ahaks!!)

2 jela pengalamn interview yang aku dpt.. tp memang rezeki melimpah pas nikah last year.. byk kali kene panggil interview.. 3 yang 1st 2 kompem da xpat. yang PPTM kat SPAJ 2 simpanan n yang Pen Peg Siasatan masih menunggu jawapan.

tp tips yang paling penting adalah
1. study mengenai jawtan n kementerian yang biasanya melibatkan jawtan 2.. hafal kalu bleh.
2. kenali diri anda, blaja berckap mengenai diri anda sbb 1st mesti dia akan mintak kita pekenalkan diri (biodata, pendidikan, pengalam kerja, aktivi2 sukan or koko yang korang sertai). make sure prepare in english coz sometime they would like u 2 speak in english.
3. yakin pada diri. datang awal, pakai kemas n jangan tergagap2 ketika menjawab soklan. kalu xpasti cuba jugak tok jwb tp pastikan jgn menjerat diri sendri.. xpasti2 btol2 confes jek kata xtau..ok
4. cuba utk menjawab dengan profesional n selitkan sedikit mengenai diri anda contoh kalu ada pengalamn dgn topik yg ditanya 2 slit2kanlah.. puji2 diri sendri..so dwang tahulah yang anda ni ada pengalaman n ada pengetahuan.

so Go Chayuk2!!!

No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...