Monday, June 28, 2010

oh! cukuplaaa~talak 3?

sorry sume... previous shcedule entry, sangatlaaa... menyedihkan n touching.. i pon xingat bila i tulis sume 2.. heheee.. but i really miss him so much!!!

ok... nak cerita sikit apa yang saya baru baca TADI dalam surat khabar.. si polan diceraikan TALAK 3 oleh suaminya.. erm... ape kes ni? cerai talak 3 lak dah tu si polan tengah mengandung lak 2.. zalim al firaun btol!!!
wahai kaum Adam dan Hawa ketahuilah bahawa TALAK itu adalah PERKARA HALAL YANG PALING DIBENCI ALLAH. Ayat al-Qur'an yang menyebut kata cerai berjumlah 13
hal talak @ cerai ni perkara serius.. xbley dibuat main2.. salah guna atau ketidakfahaman boleh bawa kepada kemurkaan Allah.. silap2 boleh sabitkan perkahwinan tersebut terbatal dan seterusnya hubungan intim boleh dihukumkan sebagai zina.. hari ni..banyak sgt kes penceraian kita dengar kan? xkiralah artis ke..kadang2 kawan2 kita pon ade jugak..saya sendiri sentiasa berdoa agar dijauhkan dari cerai berai ni... dan saya doakan semua kwan2 juga dirahmati Allah sentiasa...

em... pelikkan kenapa mudah sgt nak lafazkan cerai dan mudah sgt mintak diceraikan?? saya selalu berpegang pada satu falsafah yg sy dpt masa pegi kursus kahwin dulu iaitu


"Perkahwinan merupakan satu komitmen yang serius di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama sepanjang hayat
Tujuan berumah tangga ialah untuk “mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup” : (ar-Rumayat 21)"
perkahwinan ibarat maruah diri malahan maruah kedua belah keluarga.. jadi sebaik mungkin cubalah untuk mempertahankan apa yg dah kita sama2 bangunkan.. kalau 5 tahun kahwin anak boleh ada 3..masakan gaduh sikit dah goyah..terus nak cerai... cubalah fikirkan kebaikan pasangan, bukan sekadar fikirkan keburukan.. mungkin sekadar bercakap nampak senang.. saya pon xpernah dan mintak dijauhkan dari mengalami masalah rumah tangga.. InsyaAllah....

sebelum belajar untuk berumah tangga.. saya harap sgt semua org cubalah belajar tentang instistusi perkahwinan itu sendiri. apa hak anda sebagai suami dan isteri.. apa does and Don't dlm rumah tangga... sama mcm nak bawak kereta..kene tau undang2 jalan raya... ada org kata "buat ape nak belajar mcm2 psl hal rumah tangga.. belajar psl hukum nikah sudahla... dah kawin 2.. layan ajee....." 2 lah kesilapan utama.. mcm blaja bawak motor.. kene angkat tangan bila nak belok.. tp realitinya kita guna signal aje... kenapa? supaya kita faham..dalam keadaan kecemasan kalau signal rosak..kita boleh guna tangan sebagai alternatif..  sama juga mcm nak kawin... belajar selok belok munakahad dlu.. supaya kelak xsemudah itu untuk melafaz dan meminta cerai... saya rasa agak bersyukur jugak..sbb di johor ade sekolah agama intensif... dan kta belajar lebih mendalam psl munakahad... bukan setakat kawin aje.. malahan cerai..undang2 islam, rujuk, eddah, nusyuz, dan macam2 lagi....

tp.. bukan nak riak.. saya pon masih lagi belajar dan mencari2 ilmu nak mantapkan diri dlm soal agama... saya pon xlah perfect... tp sementara ada masa..apa salah kalau kita saling ingat mengingati.. bak kata prof izi "renung-renungkan dan selamat beramal!!!" hehehe   peace iVi

6 comments:

  1. betul tu...
    sgt2 setuju. pelik la mrk2 tu...nak kawen punyala susah, kena kumpul duit banyak2, keluarga...last2 dah elok2 kawen, cerai. alasan, dah tak de jodoh. sepatutnya, kalau small matter tu, bawalah bincang suami isteri. jgn la aci taram jadah je. bukan nak kata besar, seelok2nya fikir dulu sblm bertindak...

    ReplyDelete
  2. btol2...
    setiap org mempunyai pemikiran yang berbeza.. pada kita pkahwinan ni suci.. mungkin pada MEREKA perkahwinan ni skdr norma hidup n untuk buktikan yg they are not gay,lesbian or xlaku... who knows??

    ReplyDelete
  3. kalau boleh tak nak pikir langsung pasal talak ke cerai ke etc kan... moga Allah panjangkan jodoh hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  4. amin..amin ya rabbal alamin lady...
    moga jodoh kita sume berkekalan hingga hujung nyawa...

    ReplyDelete
  5. tp kan..mcm mane kalau pergolakn berlaku dh sekian lama.. kalau dia dah berubah hati.. tanggungjwb pun dah terabai.. hanya kita yg membetulkan keadaan.. hanya kita yg berusaha utk membaiki.. khidmat nasihat org tua juga dia endah kan.. adakah jln penyelesaian nya ialah perpisahan?

    ReplyDelete
  6. mrs aleya...
    sebagai mana kita berusaha semasa sama2 nak mulakan hidup...mcm 2 juga lah kita kene usaha untuk betulkan keadaan..
    tp kalau perpisahan yg dipersetujui..biarlah berpisah dlm keadaan baik dan mengikut hukum islam.. talak itu bukan haram, namun perlu kene pada tempatnya...
    banyak lagi yg kita perlu belajar dan muhasabah diri.....

    ReplyDelete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...