Tuesday, December 21, 2010

#My Respond 2>> sekolah untuk remaja mengandung

pandangan ini aku dapat setelah selesai menghadiri satu persidangan berkaitan kekeluargaan dan islam.

mengenai sekolah remaja mengandung. at 1st masa aku dgr idea negeri Melaka ni. aku pon mcm org2 lain.melenting!! 1st word yg terbit dr mulut adalah "nak galakkan budak2 mengandung la ni?" beleive it or not. slpas balik dr conference ari 2 n selepas dgr pembentangan kertas research dr several countries aku rasa aku faham tujuan asal penubuhan sekolah ni.

it's a typical malaysian or should i say "malay" untuk terus menghukum seseorang atas kesalahannya.namun tidak berusaha untuk membantu org tersebut... terutama dlm isu anak luar nikah. kita lebih fikir pandangan org lain, takut dihina,  dan terlalu merasa jijik terhadap pelaku salah ini.. ye lah org dah buat dosa besar..dosa besar dlm agama  kita..berzina.. tahukah kita kalau kita bantu budak ni..kita dpt elakkan dia drpd melakukan dosa besar yg kedua iaitu membunuh???

ok..cuba fikir..apa tindakan seorang ayah atau ibu bila tau anak dia mengandung luar nikah. yes! 1st n for most,..marah..marah..n marah..then what? kebayakannya akan memulaukan anak tersebut dan membiarkan mereka tanpa hala tuju. itu adlah salah satu kesalahan yg obvious. salah laku seorang anak itu sememangya wajar ditanggung oleh keluarganya.. keluarga adalah satu-satunya institusi yg sepatutnya mendidik serta memantau kegiatan anak2. mmg kita tahu mereka salah tetapi adakah dengan tindakan kita, memarah atau memulaukan anak tersebut akan memulihkan keadaan? maka....oleh itulah makin banyak kes pembuangan bayi yg berlaku.. malahan yg amat menyedihkan mereka dgn niat membunuh bayi tersebut.. masakan mereka meninggalkan bayi dlm tong sampah sekiranya mereka mahu bayi itu untuk ditemui dlm keadaan bernyawa...betul?

dengan kewujudan sekolah ini..sekurang2nya dapat membendung masalah pembuangan bayi yg berleluasa, disamping masalah berulang.  dimana dlm kebanyakan kes.disebabkan pemulaun dr pihak keluarga menyebabkan remaja ini tegar untuk mengulangi perbuatan keji mereka.malahan hasil kajian mendapati ade sebahagian mereka yg  bertindak secara profesional. profesional bagaimana? mereka kini menjadi kilang memproses bayi untuk diperdagangkan.. percaya atau tidak,inilah yg terjadi kini.

saya sendiri tidak begitu pasti tentang intipati atau silibus disekolah remaja mengandung.. tetapi pada dasarnya yg telah diberitahu kepada saya. mereka yg masuk ke sekolah ini, bukan saja diberi perlindungan, malahan diberi pendidikan mengenai hal2 agama, moral dan juga diberi kaunseling. ini satu pendekatan yg baik. kerana remaja ini dengan rela hati masuk ke sekolah ini.untuk mendapatkan khidmat dr saluran yg betul.disamping dpt menyelamatkjan nyawa bayi yg tidak bersalah itu, kita juga dapat mendidik dan mengubah remaja tersebut supaya menjadi insan yg lebih berguna..

fyi, kebanyakan kes berulang yg memberitahu.mereka menjadi bertambah teruk kerana dipulaukan oleh keluarga, rakan2 malahan masyarakat. oleh itu, mereka tidak ambil peduli tentang diri mereka.dan terus terjebak dlm kancah maksiat...memang pada dasarnya.dari segi agama mereka telah melakukan dosa yg amat besar. dan dlm hukum agama.mereka akan disula atau direjam hingga mati. undang2 di negara kita, tidak menggunapakai undang2 islam.sehubungan degan itu..tindakan memulaukan remaja terbabit..adalah bukan satu tindakan yg baik.. oleh sebab itulah sekolah ini dapat meringakan beban keluarga yg xmampu untuk menghadapi masalah ini secara bersendiri. tanggapan masyarakat yg perlu ditepis dpt dikurangkan dengan menghantar anak mereka ke sini.

satu teknik yg telah dijalankan di singapura yg saya rasa berkesan dan harus diadaptasi dimalaysia ialah dengan  membuat program akujanji di peringkat sekolah. di mana dlm program ini.,.,semua pelajar akan didedahkan dengan isu2 berkaitan seks bebas, sebab dan akibat. diakhir program mereka akan di minta untuk membuat aku janji secara beramai2 supaya tidak mengamalkan seks sebelum berkahwin.. saya rasa ia agak berkesan kerana pada dasarnya perbincangan dilakukan secara terbuka,dan kesemua murid sekolah mendengar dan memahami konsep sebenar tentang pendidikan seks. oleh kerana mereka mendapat maklumat yg sama , maka mereka cenderung untuk percaya dan tidak akan timbul fakta2 yg salah. dan disebabakan mereka telah berjanji bersama2, maka kuranglah pengaruh ke arah seks bebas dari rakan2.. ini berkesan di singapura. kerana kajian ulangan terhadap pelajar terbabit setelah mereka menghabiskan persekolahan mendapati 92% daripada mereka mengekalkan ikrar mereka.kerana mereka saling mempercayai ikrar yg telah dibuat bersama rakan2 mereka. rakan adalah pengarauh paling besar bagi remaja masa kini.. i think malaysia should do this..

oleh itu, dengan rela hati saya menyokong usaha yg dijalankan oleh kerajaan negeri melaka, dan juga datuk ali rustam.. thumbs up melaka!!!

No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...