Wednesday, July 6, 2011

beli rumah dgn loan perbendaharaan malaysia

smlm ada taklimat dr perbendaharaan malaysia.sape blom beli rumah...ptutnye kene pegi taklimat ni. dapatkan sedikit sebanyak info. loan rmah bukan mcm financial loan. isi borang,bagi slip gaji..settle!! no..no..no.. it's more complicated.

ini adalah  syarat2 asas membolehkan anda meminjam untuk beli rumah.aku copy paste dr http://bpp.treasury.gov.my/
Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
 
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

ok! dah penuhi syarat asas?? so...silalah pilih jenis pinjaman perumahan mengikut kategori berikut yg mana berkenan dihati... ada 7 jenis pinjaman.
I. membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
II. membina rumah diatas tanah sendri
III. membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
IV. membeli tanah dengan tujuan membina rumah
V. menyelesaikan hutang pinjaman bank/institusi kewangan
VI. membina rumah diatas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan
VII. membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman
setiap jenis pinjaman ni..ada pra-syarat2 yg berbeza2.untuk aku,aku nak fokus pada jenis pertama. sbb aku mungkin akan beli rumah yg dah siap.. mungkinla.buat ms ni.....mcm 2 la aku nye plan. insyaAllah...

nak tau ape syarat2 untuk buat pinjaman jenis pertama..silalah KLIK SINI

sumenye bahasa lawyerkan?? kalo baca ni kompem xpaham..cuma aku nak bg taulakan..output2 yang aku dapat dari taklimat semalam.yg secara  xlangsung memberikan aku hidayah dan kefahaman psl loan rumah... kuang3..korang tau x..sebagai kakitangan kerajaan kita mmg bernasib baik sbb bleh dpat loan dengan kadar interest serendah 4% dan interest ini akan berkurangan setiap tahun tertakluk kepada baki pinjaman. silalh WOW! skrg..sbb  ia mmg owesome. yg lagi wow..kalau rumah terbengkalai atau ada maslah, kita bleh stopkan loan, xpayah byr ape2pon.wow! lagikan...

selain dari itu.. untuk pasangan suami isteri yg koje kerajaan.blehla buat pinjaman bersama. dimana anda bleh meningkatkan lagi kelayakan pinjaman anda.. silalah KLIK SINI kalau nak tau kelayakan pinjaman korang. kelayakan ni ikut gaji hakiki.xperlu tolak personal loan,hutang kete n hutang dgn along :P dokumen yg perlu disertakan untuk pinjaman bersama adalah salinan sijil nikah dan paling penting PASTIKAN permohonan dihantar SECARA SERENTAK.

bab2 nak buat loan rumah ni mmg komplikated. ade member yg dah buat loan rumah pon dtg taklimat ni semata2 nak tanya mslh psl loan dia. contoh..kenpa perlu hire peguam n byr sampai rm5K.. thenkenapa mesti kene panelti atau denda dr pemaju.. macam2la aku dgr. bahasa peguam bahasa melayu dan juga bahasa yg aku xfaham langsung..keh3..

papepon..1 thing kene ingat sblm buat loan rumah..adalah.. kaji dulu kekuatan kewangan kita.sbb loan rumah ni dia just luluskan ikut kelayakan. dia xtgok beban hutang kita yg lain. so depends pada diri masing2. kalau kata dah mampu nak beli, baru beli. jangn terikut2 org lain dan termakan ckp org lain. sbb loan rumah ni bukan sikit2 plaing tidak pon 100K. nak bayor paling lama 30 tahun.bayangkan ajelaa.... kalau xserius buat kira2.silap2 anak minum susu tin cap teko.mak ayah makan nasi putih ikan kering kerat 7 bahagian...hehehehe

anyway, post ini tidak ditaja oleh kerajaan BN mahupun perbendaharaan malaysia.. aku sj je tulis.kasi ingat diri sendri.n ye! aku ikhlas kerana Allah ta'ala...

7 comments:

  1. tengs nad...aku balik awl smlm sesi memerah da tibaa....hahaha...

    ReplyDelete
  2. tq laling!!!
    sdg berurusan gak ngan perbendaharaan ni..
    insyaAllah, nx week br nk submit form lengkap tuk 1st rumah..
    Harap2 Allah mempermudahkan segalanya!!, amin!!!

    ReplyDelete
  3. @NiKiHs@RuN
    welcome adinda..ada lagi info2 yg aku tau...tp aku xla pandai..aku byk tanye gak smlm especially psl tentera.sbb laki aku yg bakal berhutang rumah..hehehe

    ReplyDelete
  4. @♥Leily|Ummi Alya Husna♥
    Good luck dear!!! nti lehla ajak nad dtg umah bila buat house-warming nti ye... hehehhehee

    ReplyDelete
  5. nad nak tanya, aku ni ada buat loan dr perbendaharaan 7 tahun lepas tp rumah tu terbengkalai tak siap, kalu aku nak buat balik tapi nak ubah plan, nak buang aksesori melampau tp bukan saiz macamana aku nak buat,..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum nad nak tanya sikit, aku ada buat loan 7 tahun lepas buat rumah ditanah sendiri tp projek tu terbengkalai, sekrg ni aku nak buat balik tp aku nak ubah plan nak buang aksesori melampau tp bukan saiz macamana aku nak buat..t.kasih

    ReplyDelete
  7. alamak... untuk kes terbengkalai ni better rujuk dgn perbendaharaan xpasti pulak mcm mana.. sorry eh. xdpt nak bantu :)

    ReplyDelete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...