Monday, December 16, 2013

we are GAMBLE!

one thing that i love about my relationship with my husband is that kami sgt2 gamble!
we are married in an early age at 22yold. without any financial secure. aku sendiri tak bekerja msa tu. kami gamble je nikah. lepas kawin mmg sgt2 tough. but then syukur we survive. 

actually bukan nak share cite psl tu. just nak share psl sabtu lepas. masa berbengkel di port dickson. bila teringat balik rs mcm kelakar,sengal,ntah pape.. but then we really enjoyyy that moment. hihi

disebabkan malam minggu + cuti sekolah kat PD sgt pack. so kami decide malam tu nak jalan kaki cari makan. pada asalnya berangan nak ke batu 4. dekat area2 petronas port dickson. sbb malam sabtu dekat situ ada pasar malam. dan khabarnya dekat situ jugak ade burger bakar yang mabeles..

masa dlm perjalanan pergi tu.. seronokla berjalan. ikut bahu jalan raya. nasib baik jugak ada lorong pejalan kaki. tp mencabar jugakla sbb lalu celah-celah pokok. perjalanan dr corus paradise nak ke batu.4 nampak mcm samar2 so kami decide makan steamboat ajela..dekat kawasan pantai tepi hotel mayangsari. perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit. sbb berjalan ala2 org bercinta kan. hihii

masa on dway balik tu... suami cadang untuk menambahkan keromantikan perjalanan ni ape kata ikut jalan pantai. at first aku agak ragu2 dgn cdgn tersebut. tapi memandangkan suami kata 'abgkan askar...pakar bab jalan2 ni' aku pon akur.

so lepas settle makan, perut pon penuh. kami startla jalan. mula2 ok lagi.. tibe kawasan berhampiran hotel mayangsari. lampu pon xde. waktu tu seram sejuk dah.. tibe2..ntah dr mana dtg pulak anjing sekor.. en.suami kontrol macho..dia kata pandang je anjing tu.confirm anjing tu tak kejar kita. phieww nasib baik fakta dia betul. sampai je dekat area hotel taming sari. kami terpaksa melalui dicelahan aktiviti family day org. hahaha mmg lawak.org tu tgh sibuk2 bergumbira. tiba2 ade dua entiti tumpang lalu. kami mcm biasa buat muke tak bersalah.
sampai dipenghujung hotel mayangsari. kegelapan bertambah dikawasan pantai. mmg xnmpak apa. kalau ikut laki aku dia nak redah je. ala2 combat katanye. banyakla combat..aku dgn handbag bagai ni nak redah air laut tu.. yela walau xdalam.. tp ntah apa2 yang ade kat persisir pantai tu..ntah2 buaya??? buaya laut kannnn...

so kami tukar plan. nak patah balik ke jalan tadi. tp bila pusing ke bahagian depan hotel. rupanya lorong pejalan kaki agak jauh dr tempat kami berdiri. memandangkan aku yg stamina kelaut ni. kiteorg decide ikut jalan potong. jalan potong tersebut melibatkan;
- lompat longkang 
-panjat tembok depan hotel mayangsari
- panjat bukit
-ikut celah2 pokok tepi hotel
serius dah macam penceroboh sgt rasa. kalo kene tangkap dengan pengawal keselamatan rasanya mmg kene bawak pegi balai dulu kot. hahaha aku yg dr tadi control cun. udah lencun, berpeluh. mmg macam buat ekspedisi daki bukit!!! mmg penat xhingat.. tapi laki aku. mantain... tu yg lagi bengkek tu..hihihihi

begitulah kisah malam sabtu yg lalu. bila dok teringat balik rasa menyesal pulak. semata-mata tak nak hilang parking lot. sanggup jalan kaki.. ahaha balik tu masing2 dok urut kaki dgn minyak panas....

pengajaranya.. kat PD mmg xmesra pejalan kaki deknun. baik ko layan jela jem.. xde parking.. dr berjalan.. udah mcm pendatang asing dah aku rasa..

hihihihi

till then,
xoxo
nad :)


No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...