Friday, January 3, 2014

REVIEW FILEM : USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG


movie WAJIB TONTON
bagila anak2 tgok movie ni. mmg byk sgt pengajaran. teknik penceritaan pon menarik ada kelakar tp penuh dgn mesej.
antaranya mesej yg mungkin boleh dishare:
- bila kita diuji Allah sedangkan Allah tau kita susah, maknanya Allah syg kita, Allah nak kita ingat kat Dia, dan berdoa kpdNya
- Doa adalah senjata mukmin. kalau kita dalam kesusahan bukan mak ayah, bukan kawan-kawan, bukan wang ringgit, bukan kerajaan yg tolong kita tp Allah.
- rupa paras seseorang tidak menjamin keperibadiannya.
- musibah yang datang berkali-kali, bertimpa-timpa, jika kita yakin bahawa ia adalah ujian dari Allah untuk menjadikan kita lebih baik, lalu kita menyerahkan sepenuh jiwa raga kepada Allah, tak lupa berdoa..InsyaAllah akan ada saja jalan yang memudahkan.
- tabliq adalah golongan yg cuba menghidupkan sunnah Rasulullah antaranya : dakwah dari rumah ke rumah, makan dalam talam/dulang, pakai seluar senteng 3/4, memakai minyak attar, pakai jubah, salam dan berpelukan..mcm2 lagi...
- penggunaan 1 marhalah instead of 1KM
- tiada sesiapa dalam dunia yang boleh jamin bahawa ESOK kita masih wujud didunia ini, masih mampu menyedut udara lagi. maka sentiasalah ingat Allah.

movie ni keluar pada masa yang sangaaaaaaaat sesuai. tatkala hidup org malaysia ni dihimpit masalah kewangan... dikala kita tak pandai nak control amarah.. ha tgokla movie ni. nti kita akan faham apa sebenarnya yg kita perlu buat kalau kita ditimpa musibah.
berhimpun ke? menuduh sana sini ke? mengumpat dalam FB? hina sana hina sini...gelar org dgn pelbagai gelaran atau ..... tgokla ye.

dan movie ni juga membuktikan tak perlu ade perempuan seksi, aksi gedik2 untuk membuatkan suatu jalan cerita yang menarik. thumbs up untuk piere andre!!!

semoga lebih banyak movie2 bukan sampah dlm industri filem negara Malaysia tercinta!!
nad
xoxo

No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...