Pages

Friday, August 12, 2016

REZEKI

Alhamdulillah... minggu yg penuh dgt stghes, dgn sakit kepala. kerja bukanlah menimbun mana. tp tahap KBAT yang diperlukan untuk keje ni dah meningkat sehinggakan aku rs mcm aku xckup akal nak pikior mcm mana nak buat (dah tepu).

tp Allah dah janji setiap kesukaran tu pasti akan ada kemanisan diakhirnya. hari ni result exam dah keluar. dalam pada malas2 nak sambung belajar tu... sedar tak sedar dah habis sem 5. dan alhamdulillah keputusan aku masih maintain 3.**. syukur alhamdulillah. Allah lah yang tolong bagi lulus ni. nak ikot otak ting tong dan usaha tak seberapa ni.. xde daya dah rasanye.

ingat lagi masa tahun 2010. masa tu sebenar2nye dah berkira2 nak sambung belajar. maira masa tu 1tahun. dan suami pon masa tu duduk melaka. bila difikirkan susah pulak nti wekkends nak ke kelas. teruslaaa berkubur hasrat tu. 2012 nekad. memang nak kene sambung jugak belajar. nak kene asah balik otak ni bagi banyak skit berfikir. dan Alhamdulillah start kelas tahun 2013. survive until skrg.

ade org dok tanye susah ke belajar mod pjj ni. pd aku susah if korang rasakan ianya susah. haha cliche je jawapan kan. sebenar-benarnye ya mencabar. sebagai ibu, isteri dan wanita bekerjaya memang kene pandai2 bahagi masa. sbb tu kalau dlm sem pengajian aku xdapatla nak bersuka ria dihujung mgu. dan antara perkara paling jarang aku buat kalau sem tgh berjalan adalah MASAK. malam biasanya aku akan habiskan masa dengan buat assignment, jawab forum, mentelaah, cuba2 buat past year question. itu mmg rutin aku tiap sem. 

antara cabaran lain adalah. kenduri2 sedara mara. jemputan kawan2. gathering. trip2 berjalan dan makan2. mmg makan dalam ajela... sbb pada aku kalau sem dah start. priority adalah study dlu. tp bila cuti sem mcm skrg ni.... I AM THE QUEEN. every weekends kita berjalan. dan dapor pon kerap skit la berasap. kikikiki

so... sem 6 akan start september ni.. moh la kite membanting tulang 4 kerat. bekerja dan belajar sekuatnya. semoga lepas habis belajar ni..dimurahkan pulak rezeki nak dpt kerja yang lebih best dan dapat balik kampung duduk dekat dgn emak hihihi tu la target aku sebenarnye. anak emak forever..



2 comments:

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...