Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Friday, May 20, 2016

MMR : MAKAN MALAM REGIMENTAL @ MESS NIGHT

seperti dijanjikan. nak share sikit pengalaman join MMR. since bile google, tak ramai yang share pengalaman pasal MMR dan agak sukar la untuk 1st timer nak dapatkan rujukan apa do's and dont's. tp entry ni mgkin xlengkap since nad pon 1st time join. just share apa yg nad tau dan apa yg nad nmpak on that day. 

MMR stands for makan malam regimental atau mess night. kot rajin nak baca sejarah mess night ni boleh refer wikipedia ni. mess night ni actually dah dipraktikkan since zaman askar british lagi. cuma utk ATM sekarang ni dah diubah suai ikut budaya dan agama kita. xde dahla tradisi minum beer. 

bunga untuk wife/husband/pasangan
contoh menu untuk mess night
n our table tag 'simpan buat kenangan' :P :P 

untuk mess night mmg anggota wajib bawa pasangan. kebiasaannya anggota akan bawa isteri/suami dan jika belum berkahwin akan bawak kawan2 berlainan jantina. memang WAJIB bawa ye. tak boleh dtg mess night sorang2. mess night biasanya akan diadakan di hotel. so nad akan cerita part yg dekat hotel ajela ye.. 

mcm nad hari tu kami diminta berada seawal 6.30ptg dihotel. so sampai2 je di hotel. pasangan akan diberikan sekuntum bunga ros. dan seterusnya ada sesi bergambar dgn pasangan. sesi bergambar ni bergantung kdg2 xde. cuma selepas tu sementara menanti nak masuk ballroom kita akan bersantai2 dikawasan luar ballroom. waktu ni bolehla berkenalan dengan pasangan anggota dan bersembang2. ingat ye. tak digalakkan bersembang tentang hal politik dan hal2 yang terlalu personal. sembang santai2 aje udah. puji2 la baju org tu ke. tudung ke. hihi dan kene pandai2 juga curi2 masa untuk solat maghrib. sbb tu xpayah beria sg makeup. hihi nti kene touchup balik lepas solat.

dalam jam 8.00+- ketibaan vip. so vip akan bersalaman dengan anggota. kemudian akan adalah upacara untuk memaklumkan makanan telah tersedia untuk disantap. then...barulah mula masuk ke dalam ballroom. tatatertib nak masuk ballroom. make sure rangkul *xjumpe term lain tangan korang pada lengan pasangan ye. jgn jalan lenggang kangkung mak minah pulak. unless korang belum nikah. then cukupla jalan secara beriringan. wanita disebelah kiri lelaki. then duduk dengan pasangan masing2. setting table dah disediakan lebih awal. jadi tak bolehla plan nak duduk sebelah-sebelah dgn bff ye :P   
my hero and i selfie kt luar ballroom

masuk dalam ballroom boleh terus duduk tp jangan tarik kerusi ye. sebelum tu letakkan bunga pada tengah meja menghadap ke arah vip. dan letakkan tas tangan or clucth di tempat duduk. DONT'S dalam ballroom adalah mengambil gambar. no selfie.no picture semasa majlis ye. then tunggu vip masuk kedalam dewan. bangun. lagu negaraku akan dimainkan diikuti dengan lagu ATM. then semua tetamu kene buat 'toast' kepada DYMM Agong. ini la salah satu ritual zaman british yg masih dikekalkan. cara nak toast adalah angkat cawan dan tegakkan tangan ke depan. kalau xpaham follow ajela org lain.. hehehe

haa bunga tu letakan kat table runner merah
untuk toast.. ambil cawan yg kecik ye..jangan cawan besar pulak
*gambar ni diambil selepas selesai makan malam

now dah boleh duduk n tarikla kerusi tu ikut keselesaan. lilin akan dinyalakan. then suprise.... lampu akan ditutup. lagu pertama akan dimainkan dan appetizer akan di hidangkan. mcm hari tu nad dapat salad. sedap la jugak. tatatertib makan adalah. hanya makan ikut muzik. once muzik stop. letakla sudu dan garfu ye. bila muzik mula semula. boleh sambung makan. dan jgn lupe pilihla sudu, garfu dan pisau yg betul untuk setiap hidangan.

lepas appetizer salad. then kami dihidangkan dengan sup. sup ni boleh makan dengan roti ye. caranya bukan celop roti dalam sup tp cubit roti kecik2 dan masukkan dalam sup. gunalah sudu sup untuk hirup sup tu. lepas sup, kami dihidangkan dengan main course. nad pilih ikan. which is salmon. alhamdulillah sedap sangat. dan akhirnya..kami dapat pencuci mulut, chocolate kek. makan cepat2 sbb bila dah habis 2 lagu. waiter akan datang angkat makanan kita. hihihi. sambil makan tu bolehla sembang2 bisik2 dengan org sebelah. 

lepas last dish which is pencuci mulut. lampu akan dihidupkan dan akan ada ucapan drpd vip. selepas tu mungkin ade penyampaian sijil atau acara sampingan dan berakhirlah mess night kita :) ;) :P lepas habis acara rasmi. bolehla bergambar dalam ballroom ye. dan aktiviti bebas. tu jela tentatif mess night. nampak simple tp tekanan utk org2 yg tak reti duduk diam mcm nad. hahaha tibe2 kene jd sopan and well behave kan.

ok belanja gambar lagi :P 
lepas selesai makan malam bolehla posing2
im wearing baju kurung. br balik keje. then rush to mess night :)

anyway, hari tu sebelum pegi mess night nad ade bertanya dan ada buat kajian skit psl dress code untuk pasangan anggota. nad sentuh utk wanita ajela ye. 

*pakaian yang dibenarkan hanyalah baju kurung, kurung moden, kebaya labuh yang tidak ketat, tidak singkat (tutup punggung) dan tidak mencolok mata (tak jarang)
*warna yang dilarang adalah kuning dan ungu
*jika tak pakai tudung. must have selendang pada bahu. rambut sisir la elok2 ye.
* kasut hendaklah yg bertutup penuh. with or without heels. both can. asalkan bertutup penuh. warna pon xkisah warna apa. 

since ini adalah makan malam formal dan istiadat jadi janganlah berangan-berangan nak pakai dress princess cut, kebaya pendek, baju saloma bagai ye. silap2 kene tegur dengan ahli BAKAT yang lain. jagalah imej dan maruah pasangan anda. messnight bukan malam nak tayang body < kata2 dari seorang wife officer. #sentap hahaha 

anyway, i was so bless since dpt pegi event mcm ni. event ni mmg special just for those yg kawin dgn anggota ATM. kalau ade profession lain yg buat juga mess night. tak kan sama dgn mess night ATM. sbb kita yg inherit tradition ni dr zaman british. profession lain tu just follow je our tradition. ehem! proud army wife mode activated. hahahaha

harap post ni dpt bantu korang yg br 1st time nak pegi messnight ye!

u may comment or share your own experience.

ok till then... 


Wednesday, May 15, 2013

Malbatt 5 dah 7 bulan!

Bermula dari 22/10/2012
Pejam celik pejam celik
7 bulan dah berlalu. Alhamdulillah, tidak sukar dan tidak juga semudah yang disangka.
Dalam tempoh 7 bulan ni mcm2 jadi. Dr proses renovation rumah,perpindahan rumah, mengurus maira, mengurus kenderaan yg 2 ketoi tu dan lain2. Nasib baik ade kawan2 yang baik hati. Ringan tulang selalu membantu kalau diperlukan. Alhamdulilah.

Baru2 ni aku demam. Agak teruk juga. Sblm ni aku selalu doa supaya Allah bagi kesihatan pada maira dan kuatkan semangat dia.,xmaula dia terlalu rindukan daddy.xmau kesihatan dia terganggu. Fokus sgt pada anak sampai terlupa pd diri sendri. Rupanya bila aku yg demam lagi PARAH.

Satu malam tu aku Xboleh bangun, makanya maira tak makan. Sedih bila sedar2 je maira dah terlelap smbil pgg botol kosong kat tangan. Bila aku jengah dapur, nmpak dia dah buka kabinet dapur n keluarkan biskut, aduhaiii bersalah betul rasa. Semenjak wan xde, aku mmg jarang beli stok makanan. Sbb risau expired mcm tu je.. Xtermakan. So mlm tu maira makan biskut kering. Udah rupe rancangan bersamamu pulak.

Tp alhamdulillah maira anak yg baik.tak ada pulak dia menangis,merengek bila ibu dia demam. Pandai bawak diri. Good girl maira.

Teringat masa mula2 habis pantang maira. Terpaksa balik ke tanjung malim dgn maira berdua. Waktu tu wan bertugas di kem terendak melaka. Minggu pertama di rumah tanjung malim. Maira tak mau tidur. Berjaga dr jam 10malam sampai ke jam 5 pagi. Tak mau diletak, tak mau dibuai. Nak tido dalam pelukan je.. Waktu tu Allah je yg tau. Letih. Sampaikan datang ofis pon terpaksa mintak kebenaran bos untuk tidur sekejap di surau. Erm.. Pengalaman.

Sepanjang hampir 4 tahun usia maira. Baru tahun lepas 2012 kami dpt tinggal sebumbung bertiga. Itu pun sekejap. Bila wan mula training untuk malbatt bulan 6, kamilah yg rajin kene turun ke PD. POrt Dickson dah mmg mcm our second home.

Apa-apa pun Alhamdulillah dengan ujian Allah. Allah uji kami dgn jarak. Bukan dengan ujian lain. Nauzubillah.

Lebih kurang 2bulan lagi untuk kami bertahan.insyaAllah. In the middle of ramadhan, we gonna meet daddy! Sabar..sabar.. :)

12 mei 2013. Birthday wan yang ke-28. Sambut birthday dekat lubnan makan nasi ayam katanya.

Selamat hari lahir abi. Semoga sentiasa dilindungi Allah. Amin.
Ibu maira love daddy.


Friday, November 2, 2012

MALBATT 5 LEBANON

as been mention before.. husband nad dah pun selamat fly ke Lubnan 22 Oktober 2012.  everything goes fine..Alhamdulillah selamat bergerak n selamat sampai ke destinasi.

kami bertolak dari tanjung malim pkul 4pagi. semangat nak hantar husband.. sampai2 je dekat TUDM subang kene tahan pulak.tak dibenarkan masuk katanya tunggu smpai anggota Malbatt sampai baru kami boleh masuk..cet sungguh!


family sume dah mule bosan.. budak2 pon dah berlari sana sini... dah nak 2 jam tunggu ni :P

lebih kurang pukul 9 lebih dngar bunyi siren kuat..
confirm la MP(military police) yang pasang siren. they are in charge in escorting 9 buses of MALBATT 5 members. 
muke MP mesti nak garang je kan..erk!
kemain lagi askar Malbatt ni.semalam tdo dekat hotel Concorde Shah Alam, hari ni naik Bas ekspress.. kalau biasa2 jgn harapla kome.. nek 3 tan je la pun.. hehehe special privilege untuk perwira negara!!

maira pun dah xboleh sabar nak jumpe daddy dia..padahal mlm td baru je jumpa kat shah Alam.. oh drama queen jugak anak daro den ni!

ok..spotted my husband there!! huuuu muke serius..tgh dgr taklimat.

selepas anggota selesai taklimat dan rehearsal  barulah family dibenarkan untuk masuk ke dlm kem, dan terus ke balai perlepasan. lepas tu barulah boleh jumpe dgn family.
macam biasalah, maira mesti over excited punye..dialah yg berlari kat daddy dulu.... terus touching je rasa :P

after that ade la sesi penyampaian amanat, n sesi2 nangis.,. around 4.30pm barulah diorang ready nak berlepas.... so selebihnye lets the picture tells u the story











till we meet again hubby..daa~~ take care ;')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...