Showing posts with label Malbatt. Show all posts
Showing posts with label Malbatt. Show all posts

Monday, November 4, 2013

WELCOME HOME MALBATT V

ok dah sedia tisu ke? hehehe this gonna be a very heart touching entry hokay :P

tp first of all nak mintak maaf kat korang sbb aku cdg nak amek video kan.. tp apakan daya. tak ckup tangan nak handle dslr ni.. dgn maira lagi melekat kat kakila..hahaha alasan sebenarnye mak sedey nok! hahaha xmo ngaku.cet!

ok kami bertolak dr tanjung malim pkul 3pm. sbb budget flight akan delay sama mcm group pertama. so berlenggang kangkungla. siap berenti kedai beli air la, kudap2an lagi..

aku bwk kete pon rilek2 je.. dgn cuaca yg kejap hujan..kejap xhujan.. mmg mencabar ni perjalanan.

sampai je kat TUDM subang. terus nampak flight air asia dah sampai. bunyi flight tu membuatkan hati ni makin rasa xsabar dah..hehe tp apa kan daya. MP TUDM buat samseng xbagi aku park dkt area ketibaan. kena park jauh skit. yg lagi malang mak, mak mertua semua pakat turun dlu. aku dgn adip ipar jela menapak jauh. bukan dekat2 weh.. settle park kete, aku suruh adik ipar lari ke balai ketibaan. mintak dia amek gambar diorang turun dr flight. tinggal la aku sengsorang jalan terkedek2.

yg buat lagi sakit hati, budak2 MP ni pakat nak bergurau senda pulak. tp silap la. ko dah suruh aku parking jauh.ko nak ajak bergurau.kene setepek jugak kat situ.. hahaha akk emo dik.jln jauh. kasut tinggi nih! nasib ko.

ahhh abaikan psl budak2 MP tu meh kita fokus cite best ni.

sampai kat balai ketibaan.kami naik ke tingkat 2.sbb kat bawah dah sesak dgn family. dr atas view agak jauh tp takde halanganla.
pemandangan kami masa tu lebih kurang mcm ni. keadaan dkt balai ketibaan tu chaos sgt. dah mula ada anak2 yg panggil2 abah..abah.. ayah.. yg dah start menangis pon ade. aish..maira pon mula dah tanya mana daddy yah...puas jugak nak mujuk dia masa tu.

selepas turun dr flight. diorang kene naik ke tingkat 2 untuk upacara rasmi.1st group yg naik di atas disambut dgn jeritan dan tepukan. semua pakat suka. xtau nak habaq masa tu mcm mana. kali ni mak-mak, anak-anak xde kaber2 line. nangis, jerit suka semua campur2. aishhh rugi sebenarnye tak buat video.

kami still in search of daddy maira. alhamdulillah nampak dah daddy kat bawah garaj.
maira la tukang jerit panggil daddy. nasib baik daddy dgr. terus dia naik atas. hehe

ok seriusly masa nampak diorang turun dr flight.hati ni rs mcm jatuh kat lantai.rs gugur semua beban,kerisauan, air mata pon hampir2 nak gugur. rasa syukur sgt. tp Alhamdulillah masa 1st time nampak dia depan mata. hilang rs sayu.terus tukar gembira yang teramat sgt. aku mmg peluk wan, sekuat2nya. syukur sgt..Allah je yg tau.. tp apakan daya. mak dia bukan boleh romantik lama sgt dgn ayah dia. si maira dah menyelit kat celah kaki.

bila daddy maira dokong dia..terus dia ckp 'yah syg daddy..kenapa daddy work lama sgt dkt lubnan..daddy jgn pegi lagi tau... yah syg daddy' serius den sayu sgt..airmata dah bergenang. tp maintain..xnangis lagi.. 

tp...... part mak mertua dgn suami berpelukan. 
haaa yg ni mmg xley tahan. mak dia panggil je 'alongg..... udah banjir dua beranak.. pakat2 la kami ni pon meleleh.. maafla ye gambar gegar. kamerawomen hujan gerimis. hehehe..

alhamdulillah, semuanya dah berakhir. syukur. 

our happy faces!

for now. daddy still dekat PD. preparing untuk majlis pembubaran Malbatt 5. next week insyaAllah daddy start cuti. but ibu still keje. cuti dah habis. haha. then kene prepare pulak untuk proses posting daddy. hopefully daddy dibenarkan untuk ulang alik.kl-tanjung malim.


untuk kawan2 especially isteri-isteri anggota Malbatt 850-1. nad ucapkan selamat berjuang bersama2 dgn suami. kene bertahan.kene bersabar. kene redha. yg paling penting serah segala2nya kepada Allah. insyaallah dipermudahkan.

n for those yg berkira2 nak kawin dengan askar tu.. fikir betul2 eh. hahahaha sj wat takut. xde apela. hidup as an army spouse ni mencabar.dan beza dr org awam. seronok sebenarnye, kita ade cerita yang nak diceritakan kpd org. 

so kalau kwn2 nangis setakat somi g outstation seminggu tu.kita boleh senyum jela. hehehe :P itu celah gigi kita je :P

so korang. acane? meleleh dak ayor mata? udah2 p toilet hembus hingus tu..tak conoh jeee kata maira :P

berakhir dah part2 sedih ni..lepas ni part best.holiday! merayap! bercuti! dan yg sama waktu dgnnya. 
yeayy!!!!!!!!

deployment moment that will remain forever

till then.. tq for reading :)

love,
nad
xoxo

Monday, August 26, 2013

Gugurnya seorang perwira. Sjn rosdi bin mohamad zan. Malbatt 5 lubnan2013


Alfatihah untuk sjn rosdi bin mohamad zan. Sahabat seperjuangan suami yang sama2 bertugas di lebanon. Suatu pemergian yang sama sekali tidak diduga.disaat misi bakal berakhir lagi 2 bulan. Semoga Allah menempatkan arwah bersama hamba2nya yang beriman.

Hari ni, ahad, 25/8/2013 nad berkesempatan menziarahi isteri dan anak2 arwah. Arwah meninggalkan seorang balu nad kenal dia sbg kak niza. Dan 3 orang anak. Nad pon tak la kenal kak niza secara rapat. Cuma hanya berkenalan diFB. Itu pun oleh kerana suami sama2 terlibat dengan misi. Perkenalan pertama dgn kak niza adlh pd bulan 2, sewaktu sjn rosdi kembali bercuti sebulan dr tugasnya di lebanon. Itu jugalah kali terakhir kak niza berjumpa dgn sjn rosdi. Bila teringatkan perihal ni,  ya Allah terus terasa beratnya dugaan mu untuk keluarga ini ya Allah. Lebih 6 bulan arwah tak dapat bertentang mata dgn isteri dan anak2.

Msa nad sampai ke rumah kak niza, bersalaman dgn kak niza. Kami terus berpelukan. Perkataan yang kak niza sebut. 'Akk tak kuat, akk tak percaya semua ni, semua ni tak betulkan, kenapa boleh jadi mcm ni?' Nad kehabisan kata2.. Hanya sabar yang nad dapat ungkapkan. Nad cuba untuk mengawal emosi.tp kalah. Kami sama2 menangis dlm pelukan. Lama juga... Nad hanya mampu istigfar..katakan sabar,dan minta kak niza redha... 

Mak kak niza ada juga kat situ.sekadar pandang dan menahan sebak. Ustazah dr kagat juga ada kat situ. Rupa2nya nad baru tau.keluarga mangsa tidak dimaklumkan keadaan jenazah. Semua mula bertanya pd nad. Nd sendri xtau mcm mana keadaan arwah. Tak dpt nak membantu.

Kak niza mula tenang dan mula bercerita mcm2 hal. Dr cerita sedih, gembira ada msa kami gelak kecil.ternyata dia cuba mengubat hatinya. Kak niza kata mlm kejadian sjn rosdi ade buat panggilan, ada request jugak nak tgok gmbr raya k.niza dan anak2. Sygnya kak niza xsempat nak bagi. Sibuk menguruskan anak2 dan hal2 lain. Itu yg buat dia terkilan. Sebak hati nad dgr*

Nad tanya juga mcm mana kak niza tau psl kejadian yg menimpa arwah. Sebenarnya nak dijadikan cerita mlm kejadian tu hati tiba2 terasa nak msj kak niza. Nak pegi beraya rumah dia wekend ni. Tp k.niza xreply. Masa tu dlm pkul 10lebih nad msj kak niza. Dlm pkul 12 nad dpt tau dr kwn2 suami ade kemalangan melibatkan kembalik dan sjn rosdi meninggal. Masa tu mmg hati terasa nak tanya sgttttt keadaan kak niza. Nasib baik nad tak terus msj. Rupenya kak niza sekeluarga hanya dpt tau setelah pegawai dtg ke rumah selepas subuh esok harinya. Subhanallah... 

Anak kak niza yang bongsu ada dkt rumah, 2 lagi yg besar ikut mak dan ayah arwah duduk di hotel. Kak niza kata. Adik tu td org bagi cokelat kat dia. Dia tak makan, dia simpan. Katanya nak bagi kat abah. 'Abah nak balikkan mama' masa tu tuhan je yg tau. Nad tgok muke anak dia.sebak sgt. Budak besar tu.apa la yang dia faham. Bila kak niza kata abah dah tak ada. Abah masuk syurga. Macam2 hal yang dia tanya. Allahuakbar...

Kak niza sempat juga share perihal sjn rosdi. Katanya tak akan jmpa lelaki mcm sjn rosdi lagi. Sgt2 penyabar.sepanjang kahwin xpernah sekali dia marah, anak2 mengamuk pon dia tak marah. Rajin membantu kerja rumah. Pernah dia nampak timbunan baju. Dia bwk masuk dlm bilik. Sedar2 dah selesai dilipat, ada juga satu hari bila kak niza bangun pagi dia dah masakkan sarapan. Katnya dia tau kak niza penat. Orgnya pun murah dgn senyuman..Ya Allah mulia sungguh mulia peribadi arwah...

Melihatkan keadaan kak niza, nad tau kak niza kuat, jauh lebih kuat dr nad. Dia masih boleh bercerita perihal arwah dan macam2 lagi. Kalau nad berada di tempat dia. Mungkin kehabisan kata2. Air mata sajalah yg mampu nad hidang kepada org yg hadir. Kak niza mmg insan terpilih, sjn rosdi mmg insan istimewa di sisi Allah. 

Kak niza kata arwah mmg xde tunjukkan apa2 tanda yg jelas. Biasa saja. Beberapa jam sebelum kejadian.arwah sempat hantar gambarnya dlm kenderaan. Itulah gambar terakhir arwah. K.niza tunjuk dkt nad. Sebak ya Allah. Dgn caption i love you kasih sampai ke syurga. MasyaAllah kuat..kau mmg kuat kak niza,. 

Tanda2 lain yg kak niza teringat adalah insiden gaduh2 manja beberapa bulan lepas. Sjn rosdi cuba pujuk kak niza. Dan katanya 'haa tak nak ckp dgn abg. Nanti jenazah abg sampai baru nak bckp?' Mmg dia xsangka itu kata2 yg jadi kenyataan. Arwah juga ada bercakap psl nak buat kenduri dan pasang kanopi depan rumah mak mertua.. Katanya nak jemput ramai kawan2. Dan akhirnyaitu juga lah yan terjadi skrg. Kanopi putih berdiri teguh depan rumah ibu mertua arwah menanti jenazah arwah tiba.

Jenazah insyaAllah akan tiba esok malam. Dan akan dikebumikan di ipoh. Atas permintaan kak niza. Mak dan ayah arwah redha. Kata k.niza.. Nanti2 kalau rindu..boleh bawa anak2 pergi ziarah abahnya..lebih mudah berbanding kalau dikebumikan di pahang. Alahai.... Sayu sgt hati tatkala tu..pandang anak nya yg kecil..masih mampu bermain.. Kak niza pula mmg nmpk tak bermaya. Kata ustazah. Kak niza tak makan sejak dpt tau berita ni. 

Semalam sempat juga kak niza blk kerumah untuk amek baju.tp katanya dia tak mampu nak lama2 di rumah.. Terbayang2 arwah di rumah. Mcm nampak arwah menyapu di laman rumah,tgok itu..tgok ini, semua teringat arwah, banyak sangat kenangan rumah tu. mana taknya. Sjn rosdi dan k.niza berkenalan di ipoh, dr bujang sampai anak 3 mereka kekal di ipoh... Sekali lagi air mata ni macam tak boleh ditahan. Kami berdua berpgg tangan menahan kepiluan.

Sekitar jam 5ptg nad tpaksa minta izin untuk pulang,lebih kurang 2jam juga bersembang dgn kak niza. Sblm balik sekali lagi.kami berpelukan. Kak niza terus lagi menangis. Dia ucapkan terima kasih.. Nad.. Hanya mampu berpesan pd kak niza. Bersabar,redha. Didik anak2 dgn baik.sbb dia jelah harta yg abg rosdi tinggalkan. Doakan abg rosdi sentiasa. Ingatkan anak tentang abah dia.' 

Sungguh..kejadian ni mmg menyentuh, menyedarkan jiwa ini. apa yg kita miliki didunia ini hanyalah pinjaman dari Allah yg bersifat sementara.. Bila2 masa dimana sj Allah boleh ambil semula hakNya. 

Hari ini hari lahir nad. Dan pd tahun ini tiada apa yg nad minta, sekadar kesyukuran pd Allah sbb pinjamkan 28tahun pada nad, sbb pinjamkan mak yang palinggg nad syg,sbb pnjamkan suami nad yg paling nad kasih, dan terima kasih ya Allah sbb pinjamkan maira dlam hidup nad. Aku pohon pdMu ya Allah berkatilah hidup ku, rahmatilah org disekelilingku. Jangan kau uji aku jauuuuuh dr kemampuan ku.pulangkanlah suami ke ketanah air dgn selamat. Itu pinta ku ya Allah.

Untuk kak niza dan anak2. Nad doakan semoga akak tabah. Semoga Allah mencurahkan kasih sayangnya pada mu kak. Semoga diringankan dan dipermudahkan urusan hari mendatang mu.

Arwah sjn rosdi. Kau perwira negara, jasamu akn dikenang,pengorbananmu amat dihargai, akhlak mu dan pekerti mu sungguh mulia. Semoga kau ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Didalam syurga Allah.

Untuk sesiapa yang membaca blog nad. Nad pohon.marilah sama2 kita sedekahkan bacakan al-fatihah untuk arwah rosdi bin mohamad zan. Al-fatihah.....

Wednesday, August 21, 2013

Aidilfitri 2013

Haiii masa cepat betul berlalu. Hari ni je dah syawal ke13. It has been a great syawal for my family. Husband dpt cuti sebulan. Dptla puasa dan beraya sama2. Feeling blessed sgt. Tq Allah!

Us during 1st syawal. Semangat nak pegi bergambar dkt studio.. Event wajib kalau turn raya sebelah suami. 

Sebulan husband bercuti..mcm2 benda dia buat. Yg plg ohsem.sempat dia mengecat/touchup rumah. Sayang betul dia dkt rumah ni.hehe.. Other than that, sempat kami attend family day sebelah mak dkt port dickson. unfortunately gambar dh transfer dlm macbook tp macbook dh smpai lubnan..hehe kene tgu org lubnan up dkt dropbox br bleh share eh.. Then sempatla beraya rumah sedara mara, kwn2 tp xdpt round semua...masa sgt2 singkat.disbbkan masa singkat jugakla tpakse berjalan2 ke cameron highland je.. Oh yeay...cameron again. Maira pon dah naik jemu.. Hahaha but what we love abaout cameron is cekodok keledek n cekodok pumpkin.. Mabeles weh! Must try tau!

Dan akhirnya hari yg paling malas kami nak tempuh. His deploymentlaaa apa lagi.. 19/8/2013. Again.. Kene la menghantar dia ke klia. Nasib baik maira maintain xnanges pon. Good girl sgt. Flght jam 10.20. Kami tiba awal dlm pkul 7 kat klia.. Biasala askarkan terlebey punctual pulok. Hehe.. Kali ni daddy naik qatar airways. Ade transit dkt doha.almost 7hours.then br fly ke beirut.

Maira melambai untuk kali terakhir. Ntah dia nampak ke idak fligh daddy tu. hehe

Kami tunggu sampai kapal terbang berlepas.. Nenekla yg nak tgu.. Mak mertua syg sgt menantu dia.. Dia yg over sedey..asyikla kesian daddy...kesian along.. Alahai.. Layankan la aje., flight berlepas lebih kurang jam 10.35. Puas hati kapal terbang dh tak nampak barula mak nak gerak balik..

So akan bermula la lagi rutin kami 2beranak. G keje,g school, blk tapau makan,tido..esok buat lg rutin yg sama.. Sampai la bulan 11 nti daddy balik ye maira... 

Seriusly, a bit sedey this time. Sbb sebulan suami cuti.alhamdulillh..everything going smooth..xdela gado ke hape. We relly apprecite each other.like theres no tomorrow for us. Harap2 habis misi nti kekal la gitu ye incik izwan. Hehe

2 bulan tak lama mana pon.insyaAllah..sblm ni berjaya harungi 9bulan kan.. Hehe.. Erm.. Sblm terlupa..nak buka order from lubnan with love., sesap nakorder ape2? Perfume? Jam? Cmin mata? Safron? Contact nad ye.. Berserta dgn ongkosnya skali.. Bereh aje... Hehehe

Till then
XOXO
Nadya Shah




Wednesday, May 15, 2013

Malbatt 5 dah 7 bulan!

Bermula dari 22/10/2012
Pejam celik pejam celik
7 bulan dah berlalu. Alhamdulillah, tidak sukar dan tidak juga semudah yang disangka.
Dalam tempoh 7 bulan ni mcm2 jadi. Dr proses renovation rumah,perpindahan rumah, mengurus maira, mengurus kenderaan yg 2 ketoi tu dan lain2. Nasib baik ade kawan2 yang baik hati. Ringan tulang selalu membantu kalau diperlukan. Alhamdulilah.

Baru2 ni aku demam. Agak teruk juga. Sblm ni aku selalu doa supaya Allah bagi kesihatan pada maira dan kuatkan semangat dia.,xmaula dia terlalu rindukan daddy.xmau kesihatan dia terganggu. Fokus sgt pada anak sampai terlupa pd diri sendri. Rupanya bila aku yg demam lagi PARAH.

Satu malam tu aku Xboleh bangun, makanya maira tak makan. Sedih bila sedar2 je maira dah terlelap smbil pgg botol kosong kat tangan. Bila aku jengah dapur, nmpak dia dah buka kabinet dapur n keluarkan biskut, aduhaiii bersalah betul rasa. Semenjak wan xde, aku mmg jarang beli stok makanan. Sbb risau expired mcm tu je.. Xtermakan. So mlm tu maira makan biskut kering. Udah rupe rancangan bersamamu pulak.

Tp alhamdulillah maira anak yg baik.tak ada pulak dia menangis,merengek bila ibu dia demam. Pandai bawak diri. Good girl maira.

Teringat masa mula2 habis pantang maira. Terpaksa balik ke tanjung malim dgn maira berdua. Waktu tu wan bertugas di kem terendak melaka. Minggu pertama di rumah tanjung malim. Maira tak mau tidur. Berjaga dr jam 10malam sampai ke jam 5 pagi. Tak mau diletak, tak mau dibuai. Nak tido dalam pelukan je.. Waktu tu Allah je yg tau. Letih. Sampaikan datang ofis pon terpaksa mintak kebenaran bos untuk tidur sekejap di surau. Erm.. Pengalaman.

Sepanjang hampir 4 tahun usia maira. Baru tahun lepas 2012 kami dpt tinggal sebumbung bertiga. Itu pun sekejap. Bila wan mula training untuk malbatt bulan 6, kamilah yg rajin kene turun ke PD. POrt Dickson dah mmg mcm our second home.

Apa-apa pun Alhamdulillah dengan ujian Allah. Allah uji kami dgn jarak. Bukan dengan ujian lain. Nauzubillah.

Lebih kurang 2bulan lagi untuk kami bertahan.insyaAllah. In the middle of ramadhan, we gonna meet daddy! Sabar..sabar.. :)

12 mei 2013. Birthday wan yang ke-28. Sambut birthday dekat lubnan makan nasi ayam katanya.

Selamat hari lahir abi. Semoga sentiasa dilindungi Allah. Amin.
Ibu maira love daddy.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...