Friday, March 12, 2010

pitipitipu

12 MAC 2010.

dear PTPTN,

pengesahan baki pinjaman bagi tujuan penyelesaian hutang

dengan penuh rasa GERAM saya merujuk kepada perkara diatas.

disini saya ingin menyatakan perasaan BOSAN kerana menunggu kerjasama dari pihak tuan yang xpernah nak bekerjasama. untuk pengetahuan tuan yang SEMEMANGNYA SUDAH TAU, saya memohon untuk pengesahan baki simpanan pada 12 JANUARI 2010, dan wallaawey... TAHNIAH!! pihak tuan telah PERAP surat saya selama 2 bulan!

saya juga telah menelefon, bukan SEKALI, malahan BERKALI -KALI untuk mengetahui status permohonan saya. malangnya jawapan yang saya dapat adalah = SELALUNYA MEMANG BEGINI PUAN, PERMOHONAN MEMAKAN MASA, SEBAB BANYAK PERMOHONAN KAMI NAK KENE PROSES, SO PUAN TUNGGU JELAH SURAT PENGESAHAN TU NANTI YE. SAYA TAK BOLEH BUAT APA. tahniah kepada OPERATOR TERLATIH di ptptn. sungguh syok mendengar alasan tersebut. ia membuatkan saya rasa sangat SAKIT HATI.

betulkan saya jika saya silap... jikalau pemiutang lambat membayar pinjaman, secara automatik surat tindakan undang2 dari peguam akan diposkan kepada pemiutang.. dan kos guaman tersebut ditanggung oleh pemiutang.. wow! kalau nak TAMBAH HUTANG kami CEPAT pula ye surat sampai..TAHNIAH untuk sekian kali.

saya juga agak terkesima & teruja, dengan berita mengatakan kos perkhidmatan kini akan diubah kepada 1%, tetapi malang memang xberbau. kepada pemiutang yang telah dikenekan tindakan guaman ANDA XLAYAK.. walaupon anda nak settle terus hutang anda.. KENAPA YE? diwar2kan gah sungguh, tp indah kabar dari rupa. sedangkan ptptn adalah sumber pinjaman utama hampir semua penuntut di ipta dan ipts.. pinjaman mara siap bagi diskaun kalau nak settle.. kenapalah tuan xbagi? pas2 tuan sibuk kata pemiutang tegar, xmo bayar hutang, CAMNE KAMI NAK BYR KALAU TUAN SIBUK JE CITE PSL KOS PERKHIDMATAN 3% & TINDAKAN GUAMAN YANG BAKAL DIKENEKAN TP XMO BG INSENTIF UTK PEMIUTANG YG NAK BYR HABIS, cam saya ni..

walau apa pun yang terjadi, kini saya memang dah xbayar pinjaman ni ye tuan, sebab saya masih SETIA menunggu surat pengesahan baki pinjaman dari pihak tuan. take ur time..

semoga dengan kehadiran surat rasmi saya ini akan mengerakkan staff di ptptn, xpayah LAJU SANGAT, kasi GEAR 3 pon dah kira ok...

sekian, saya harap surat saya sampai esok.

yang benar,
tuan punya badan yang berhutang

blogger-emoticon.blogspot.com
(betul... saya xmarah sangat!!)

No comments:

Post a Comment

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...