Monday, August 26, 2013

Gugurnya seorang perwira. Sjn rosdi bin mohamad zan. Malbatt 5 lubnan2013


Alfatihah untuk sjn rosdi bin mohamad zan. Sahabat seperjuangan suami yang sama2 bertugas di lebanon. Suatu pemergian yang sama sekali tidak diduga.disaat misi bakal berakhir lagi 2 bulan. Semoga Allah menempatkan arwah bersama hamba2nya yang beriman.

Hari ni, ahad, 25/8/2013 nad berkesempatan menziarahi isteri dan anak2 arwah. Arwah meninggalkan seorang balu nad kenal dia sbg kak niza. Dan 3 orang anak. Nad pon tak la kenal kak niza secara rapat. Cuma hanya berkenalan diFB. Itu pun oleh kerana suami sama2 terlibat dengan misi. Perkenalan pertama dgn kak niza adlh pd bulan 2, sewaktu sjn rosdi kembali bercuti sebulan dr tugasnya di lebanon. Itu jugalah kali terakhir kak niza berjumpa dgn sjn rosdi. Bila teringatkan perihal ni,  ya Allah terus terasa beratnya dugaan mu untuk keluarga ini ya Allah. Lebih 6 bulan arwah tak dapat bertentang mata dgn isteri dan anak2.

Msa nad sampai ke rumah kak niza, bersalaman dgn kak niza. Kami terus berpelukan. Perkataan yang kak niza sebut. 'Akk tak kuat, akk tak percaya semua ni, semua ni tak betulkan, kenapa boleh jadi mcm ni?' Nad kehabisan kata2.. Hanya sabar yang nad dapat ungkapkan. Nad cuba untuk mengawal emosi.tp kalah. Kami sama2 menangis dlm pelukan. Lama juga... Nad hanya mampu istigfar..katakan sabar,dan minta kak niza redha... 

Mak kak niza ada juga kat situ.sekadar pandang dan menahan sebak. Ustazah dr kagat juga ada kat situ. Rupa2nya nad baru tau.keluarga mangsa tidak dimaklumkan keadaan jenazah. Semua mula bertanya pd nad. Nd sendri xtau mcm mana keadaan arwah. Tak dpt nak membantu.

Kak niza mula tenang dan mula bercerita mcm2 hal. Dr cerita sedih, gembira ada msa kami gelak kecil.ternyata dia cuba mengubat hatinya. Kak niza kata mlm kejadian sjn rosdi ade buat panggilan, ada request jugak nak tgok gmbr raya k.niza dan anak2. Sygnya kak niza xsempat nak bagi. Sibuk menguruskan anak2 dan hal2 lain. Itu yg buat dia terkilan. Sebak hati nad dgr*

Nad tanya juga mcm mana kak niza tau psl kejadian yg menimpa arwah. Sebenarnya nak dijadikan cerita mlm kejadian tu hati tiba2 terasa nak msj kak niza. Nak pegi beraya rumah dia wekend ni. Tp k.niza xreply. Masa tu dlm pkul 10lebih nad msj kak niza. Dlm pkul 12 nad dpt tau dr kwn2 suami ade kemalangan melibatkan kembalik dan sjn rosdi meninggal. Masa tu mmg hati terasa nak tanya sgttttt keadaan kak niza. Nasib baik nad tak terus msj. Rupenya kak niza sekeluarga hanya dpt tau setelah pegawai dtg ke rumah selepas subuh esok harinya. Subhanallah... 

Anak kak niza yang bongsu ada dkt rumah, 2 lagi yg besar ikut mak dan ayah arwah duduk di hotel. Kak niza kata. Adik tu td org bagi cokelat kat dia. Dia tak makan, dia simpan. Katanya nak bagi kat abah. 'Abah nak balikkan mama' masa tu tuhan je yg tau. Nad tgok muke anak dia.sebak sgt. Budak besar tu.apa la yang dia faham. Bila kak niza kata abah dah tak ada. Abah masuk syurga. Macam2 hal yang dia tanya. Allahuakbar...

Kak niza sempat juga share perihal sjn rosdi. Katanya tak akan jmpa lelaki mcm sjn rosdi lagi. Sgt2 penyabar.sepanjang kahwin xpernah sekali dia marah, anak2 mengamuk pon dia tak marah. Rajin membantu kerja rumah. Pernah dia nampak timbunan baju. Dia bwk masuk dlm bilik. Sedar2 dah selesai dilipat, ada juga satu hari bila kak niza bangun pagi dia dah masakkan sarapan. Katnya dia tau kak niza penat. Orgnya pun murah dgn senyuman..Ya Allah mulia sungguh mulia peribadi arwah...

Melihatkan keadaan kak niza, nad tau kak niza kuat, jauh lebih kuat dr nad. Dia masih boleh bercerita perihal arwah dan macam2 lagi. Kalau nad berada di tempat dia. Mungkin kehabisan kata2. Air mata sajalah yg mampu nad hidang kepada org yg hadir. Kak niza mmg insan terpilih, sjn rosdi mmg insan istimewa di sisi Allah. 

Kak niza kata arwah mmg xde tunjukkan apa2 tanda yg jelas. Biasa saja. Beberapa jam sebelum kejadian.arwah sempat hantar gambarnya dlm kenderaan. Itulah gambar terakhir arwah. K.niza tunjuk dkt nad. Sebak ya Allah. Dgn caption i love you kasih sampai ke syurga. MasyaAllah kuat..kau mmg kuat kak niza,. 

Tanda2 lain yg kak niza teringat adalah insiden gaduh2 manja beberapa bulan lepas. Sjn rosdi cuba pujuk kak niza. Dan katanya 'haa tak nak ckp dgn abg. Nanti jenazah abg sampai baru nak bckp?' Mmg dia xsangka itu kata2 yg jadi kenyataan. Arwah juga ada bercakap psl nak buat kenduri dan pasang kanopi depan rumah mak mertua.. Katanya nak jemput ramai kawan2. Dan akhirnyaitu juga lah yan terjadi skrg. Kanopi putih berdiri teguh depan rumah ibu mertua arwah menanti jenazah arwah tiba.

Jenazah insyaAllah akan tiba esok malam. Dan akan dikebumikan di ipoh. Atas permintaan kak niza. Mak dan ayah arwah redha. Kata k.niza.. Nanti2 kalau rindu..boleh bawa anak2 pergi ziarah abahnya..lebih mudah berbanding kalau dikebumikan di pahang. Alahai.... Sayu sgt hati tatkala tu..pandang anak nya yg kecil..masih mampu bermain.. Kak niza pula mmg nmpk tak bermaya. Kata ustazah. Kak niza tak makan sejak dpt tau berita ni. 

Semalam sempat juga kak niza blk kerumah untuk amek baju.tp katanya dia tak mampu nak lama2 di rumah.. Terbayang2 arwah di rumah. Mcm nampak arwah menyapu di laman rumah,tgok itu..tgok ini, semua teringat arwah, banyak sangat kenangan rumah tu. mana taknya. Sjn rosdi dan k.niza berkenalan di ipoh, dr bujang sampai anak 3 mereka kekal di ipoh... Sekali lagi air mata ni macam tak boleh ditahan. Kami berdua berpgg tangan menahan kepiluan.

Sekitar jam 5ptg nad tpaksa minta izin untuk pulang,lebih kurang 2jam juga bersembang dgn kak niza. Sblm balik sekali lagi.kami berpelukan. Kak niza terus lagi menangis. Dia ucapkan terima kasih.. Nad.. Hanya mampu berpesan pd kak niza. Bersabar,redha. Didik anak2 dgn baik.sbb dia jelah harta yg abg rosdi tinggalkan. Doakan abg rosdi sentiasa. Ingatkan anak tentang abah dia.' 

Sungguh..kejadian ni mmg menyentuh, menyedarkan jiwa ini. apa yg kita miliki didunia ini hanyalah pinjaman dari Allah yg bersifat sementara.. Bila2 masa dimana sj Allah boleh ambil semula hakNya. 

Hari ini hari lahir nad. Dan pd tahun ini tiada apa yg nad minta, sekadar kesyukuran pd Allah sbb pinjamkan 28tahun pada nad, sbb pinjamkan mak yang palinggg nad syg,sbb pnjamkan suami nad yg paling nad kasih, dan terima kasih ya Allah sbb pinjamkan maira dlam hidup nad. Aku pohon pdMu ya Allah berkatilah hidup ku, rahmatilah org disekelilingku. Jangan kau uji aku jauuuuuh dr kemampuan ku.pulangkanlah suami ke ketanah air dgn selamat. Itu pinta ku ya Allah.

Untuk kak niza dan anak2. Nad doakan semoga akak tabah. Semoga Allah mencurahkan kasih sayangnya pada mu kak. Semoga diringankan dan dipermudahkan urusan hari mendatang mu.

Arwah sjn rosdi. Kau perwira negara, jasamu akn dikenang,pengorbananmu amat dihargai, akhlak mu dan pekerti mu sungguh mulia. Semoga kau ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Didalam syurga Allah.

Untuk sesiapa yang membaca blog nad. Nad pohon.marilah sama2 kita sedekahkan bacakan al-fatihah untuk arwah rosdi bin mohamad zan. Al-fatihah.....

3 comments:

  1. Al Fatihah... moga balu arwah diberi kekuatan menghadapi... semoga urusan dipermudahkan... amin...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah... semoga balu arwah diberi kekuatan... semoga segala urusan dipermudahkan... amin...

    ReplyDelete
  3. Nad!! Sedihnya baca...takziah pd keluarga arwah

    ReplyDelete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...