Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Gugurnya seorang perwira. Sjn rosdi bin mohamad zan. Malbatt 5 lubnan2013


Alfatihah untuk sjn rosdi bin mohamad zan. Sahabat seperjuangan suami yang sama2 bertugas di lebanon. Suatu pemergian yang sama sekali tidak diduga.disaat misi bakal berakhir lagi 2 bulan. Semoga Allah menempatkan arwah bersama hamba2nya yang beriman.

Hari ni, ahad, 25/8/2013 nad berkesempatan menziarahi isteri dan anak2 arwah. Arwah meninggalkan seorang balu nad kenal dia sbg kak niza. Dan 3 orang anak. Nad pon tak la kenal kak niza secara rapat. Cuma hanya berkenalan diFB. Itu pun oleh kerana suami sama2 terlibat dengan misi. Perkenalan pertama dgn kak niza adlh pd bulan 2, sewaktu sjn rosdi kembali bercuti sebulan dr tugasnya di lebanon. Itu jugalah kali terakhir kak niza berjumpa dgn sjn rosdi. Bila teringatkan perihal ni,  ya Allah terus terasa beratnya dugaan mu untuk keluarga ini ya Allah. Lebih 6 bulan arwah tak dapat bertentang mata dgn isteri dan anak2.

Msa nad sampai ke rumah kak niza, bersalaman dgn kak niza. Kami terus berpelukan. Perkataan yang kak niza sebut. 'Akk tak kuat, akk tak percaya semua ni, semua ni tak betulkan, kenapa boleh jadi mcm ni?' Nad kehabisan kata2.. Hanya sabar yang nad dapat ungkapkan. Nad cuba untuk mengawal emosi.tp kalah. Kami sama2 menangis dlm pelukan. Lama juga... Nad hanya mampu istigfar..katakan sabar,dan minta kak niza redha... 

Mak kak niza ada juga kat situ.sekadar pandang dan menahan sebak. Ustazah dr kagat juga ada kat situ. Rupa2nya nad baru tau.keluarga mangsa tidak dimaklumkan keadaan jenazah. Semua mula bertanya pd nad. Nd sendri xtau mcm mana keadaan arwah. Tak dpt nak membantu.

Kak niza mula tenang dan mula bercerita mcm2 hal. Dr cerita sedih, gembira ada msa kami gelak kecil.ternyata dia cuba mengubat hatinya. Kak niza kata mlm kejadian sjn rosdi ade buat panggilan, ada request jugak nak tgok gmbr raya k.niza dan anak2. Sygnya kak niza xsempat nak bagi. Sibuk menguruskan anak2 dan hal2 lain. Itu yg buat dia terkilan. Sebak hati nad dgr*

Nad tanya juga mcm mana kak niza tau psl kejadian yg menimpa arwah. Sebenarnya nak dijadikan cerita mlm kejadian tu hati tiba2 terasa nak msj kak niza. Nak pegi beraya rumah dia wekend ni. Tp k.niza xreply. Masa tu dlm pkul 10lebih nad msj kak niza. Dlm pkul 12 nad dpt tau dr kwn2 suami ade kemalangan melibatkan kembalik dan sjn rosdi meninggal. Masa tu mmg hati terasa nak tanya sgttttt keadaan kak niza. Nasib baik nad tak terus msj. Rupenya kak niza sekeluarga hanya dpt tau setelah pegawai dtg ke rumah selepas subuh esok harinya. Subhanallah... 

Anak kak niza yang bongsu ada dkt rumah, 2 lagi yg besar ikut mak dan ayah arwah duduk di hotel. Kak niza kata. Adik tu td org bagi cokelat kat dia. Dia tak makan, dia simpan. Katanya nak bagi kat abah. 'Abah nak balikkan mama' masa tu tuhan je yg tau. Nad tgok muke anak dia.sebak sgt. Budak besar tu.apa la yang dia faham. Bila kak niza kata abah dah tak ada. Abah masuk syurga. Macam2 hal yang dia tanya. Allahuakbar...

Kak niza sempat juga share perihal sjn rosdi. Katanya tak akan jmpa lelaki mcm sjn rosdi lagi. Sgt2 penyabar.sepanjang kahwin xpernah sekali dia marah, anak2 mengamuk pon dia tak marah. Rajin membantu kerja rumah. Pernah dia nampak timbunan baju. Dia bwk masuk dlm bilik. Sedar2 dah selesai dilipat, ada juga satu hari bila kak niza bangun pagi dia dah masakkan sarapan. Katnya dia tau kak niza penat. Orgnya pun murah dgn senyuman..Ya Allah mulia sungguh mulia peribadi arwah...

Melihatkan keadaan kak niza, nad tau kak niza kuat, jauh lebih kuat dr nad. Dia masih boleh bercerita perihal arwah dan macam2 lagi. Kalau nad berada di tempat dia. Mungkin kehabisan kata2. Air mata sajalah yg mampu nad hidang kepada org yg hadir. Kak niza mmg insan terpilih, sjn rosdi mmg insan istimewa di sisi Allah. 

Kak niza kata arwah mmg xde tunjukkan apa2 tanda yg jelas. Biasa saja. Beberapa jam sebelum kejadian.arwah sempat hantar gambarnya dlm kenderaan. Itulah gambar terakhir arwah. K.niza tunjuk dkt nad. Sebak ya Allah. Dgn caption i love you kasih sampai ke syurga. MasyaAllah kuat..kau mmg kuat kak niza,. 

Tanda2 lain yg kak niza teringat adalah insiden gaduh2 manja beberapa bulan lepas. Sjn rosdi cuba pujuk kak niza. Dan katanya 'haa tak nak ckp dgn abg. Nanti jenazah abg sampai baru nak bckp?' Mmg dia xsangka itu kata2 yg jadi kenyataan. Arwah juga ada bercakap psl nak buat kenduri dan pasang kanopi depan rumah mak mertua.. Katanya nak jemput ramai kawan2. Dan akhirnyaitu juga lah yan terjadi skrg. Kanopi putih berdiri teguh depan rumah ibu mertua arwah menanti jenazah arwah tiba.

Jenazah insyaAllah akan tiba esok malam. Dan akan dikebumikan di ipoh. Atas permintaan kak niza. Mak dan ayah arwah redha. Kata k.niza.. Nanti2 kalau rindu..boleh bawa anak2 pergi ziarah abahnya..lebih mudah berbanding kalau dikebumikan di pahang. Alahai.... Sayu sgt hati tatkala tu..pandang anak nya yg kecil..masih mampu bermain.. Kak niza pula mmg nmpk tak bermaya. Kata ustazah. Kak niza tak makan sejak dpt tau berita ni. 

Semalam sempat juga kak niza blk kerumah untuk amek baju.tp katanya dia tak mampu nak lama2 di rumah.. Terbayang2 arwah di rumah. Mcm nampak arwah menyapu di laman rumah,tgok itu..tgok ini, semua teringat arwah, banyak sangat kenangan rumah tu. mana taknya. Sjn rosdi dan k.niza berkenalan di ipoh, dr bujang sampai anak 3 mereka kekal di ipoh... Sekali lagi air mata ni macam tak boleh ditahan. Kami berdua berpgg tangan menahan kepiluan.

Sekitar jam 5ptg nad tpaksa minta izin untuk pulang,lebih kurang 2jam juga bersembang dgn kak niza. Sblm balik sekali lagi.kami berpelukan. Kak niza terus lagi menangis. Dia ucapkan terima kasih.. Nad.. Hanya mampu berpesan pd kak niza. Bersabar,redha. Didik anak2 dgn baik.sbb dia jelah harta yg abg rosdi tinggalkan. Doakan abg rosdi sentiasa. Ingatkan anak tentang abah dia.' 

Sungguh..kejadian ni mmg menyentuh, menyedarkan jiwa ini. apa yg kita miliki didunia ini hanyalah pinjaman dari Allah yg bersifat sementara.. Bila2 masa dimana sj Allah boleh ambil semula hakNya. 

Hari ini hari lahir nad. Dan pd tahun ini tiada apa yg nad minta, sekadar kesyukuran pd Allah sbb pinjamkan 28tahun pada nad, sbb pinjamkan mak yang palinggg nad syg,sbb pnjamkan suami nad yg paling nad kasih, dan terima kasih ya Allah sbb pinjamkan maira dlam hidup nad. Aku pohon pdMu ya Allah berkatilah hidup ku, rahmatilah org disekelilingku. Jangan kau uji aku jauuuuuh dr kemampuan ku.pulangkanlah suami ke ketanah air dgn selamat. Itu pinta ku ya Allah.

Untuk kak niza dan anak2. Nad doakan semoga akak tabah. Semoga Allah mencurahkan kasih sayangnya pada mu kak. Semoga diringankan dan dipermudahkan urusan hari mendatang mu.

Arwah sjn rosdi. Kau perwira negara, jasamu akn dikenang,pengorbananmu amat dihargai, akhlak mu dan pekerti mu sungguh mulia. Semoga kau ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Didalam syurga Allah.

Untuk sesiapa yang membaca blog nad. Nad pohon.marilah sama2 kita sedekahkan bacakan al-fatihah untuk arwah rosdi bin mohamad zan. Al-fatihah.....

Monday, May 6, 2013

PRU13 - Malay being racist

Alhamdulillah. finally PRU dah settle. PRU kali ni memang sgt2 berbeza dgn pru2 yang lepas. bukan stkt beza dari jumlah pengundi yg keluar mengundi saja.. malahan dr segi parti mana yang menjadi pilihan pengundi. 

lihat keputusan pilihanraya. sama2 kita nilai. 
betapa melayu sangat2 racist..... kan? kan?

my own hometown , TANGKAK. is now one of DAP territory  thank Q semua penduduk Tangkak. if i was been given an opportunity to do an interview, i would like to understand how does it feel, as a muslim, malay yang memangkah DAP. masa tgok kertas undi nmpak logo roket tu, apa perasaan pengundi ni ye. (yes. now im racist)

matlamat tidak sesekali menghalalkan cara, menang bersorak kampung tergadai. yes!

though berjuta kali sesiapa cuba terangkan pada aku matlamat perjuangan pakatan rakyat. one thing i would never accept is DAP. xmau undang2 islam, tidak suka institusi raja-raja, still nak kata its  a good pakatan? still nak undi DAP asalkan bukan BN? shame..shame on you people. now DAP won majority in Pakatan. would it make LKS the head of opposition? would malay people still accept 'pakatan rakyat'? oh Allah...berikan mereka petunjuk.

i didnt deny that BN mmg bykkkk sgt kelemahan. but for me. PAS is acceptable.PKR tgok calon dlu. n never for DAP.

when i saw, people asking bangla to sing 'Negaraku' in most of video pengundi hantu. i was also thinking. sebahagian yg berckp dlm video tu pon xboleh speak a fluent bahasa Malaysia. dgr suara rasanya dah berpuluh tahun duduk di malaysia..bolehkah mereka nyanyi lagu negaraku? ingat lagikah dgn rukun negara? ada kemungkinankah mereka begitu sibuk menangkap pendatang asing sbb nak menutup bahawa diri sendri juga adlh pendatang dr negara cina, mcm mana kita nak bezakan?? erm......

what i really hope for the next GE is that;
PAS please stand on ur own. i believe its gonna be tsunami islam if u did that.

but then, next GE would be another 5 years.. beat it!

Allah menangkan BN dgn sebab. ada hikmah. sy sendri sbnanye agak jelik dgn taktik BN kali ni... pak jib, sedar! sedar dr lamunan 5 tahun yg lepas. rakyat dah menunjukkan apa kemahuan mereka yg sebenar. kak mah! tlg. stay back! stop being like our 2nd PM.please.. 

for all malaysian especially muslimin/muslimat, jom kita belajar dr pru kali ni. bersatu kita akan bertambah teguh. teguh. teguh.

jangan jadi abg yg merajuk lagi. let us stand together n build a great Islamic nation.

what ever it is, kita dah laksanakan tanggungjawab, kini tugas pemimpin yg kita pilih untuk bertugas. pemimpin jalankan tugas dgn amanah. ingat kami rakyat memerhati!

jari sy masih biru, kerana saya tidak berusaha untuk mencari jalan menghilangkan dakwat itu. selepas usai mengundi, saya lindungi jari ini sehingga dakwat benar2 kering sblm mengenakan  ia pada air,mahupun bersentuhan dgn apa2. 

kesimpulannya: cat kereta pon..yg tahan 100tahun(kalau ada). lepas cat kalau kau terus lenjan..mmg xkan tahanla... at least kene biar betul2 kering di woksyop..sblm boleh didedahkan kpd ujan panas kan....

TIADA APA YANG KEKAL DIDUNIA INI.MELAINKAN ALLAH

Friday, November 2, 2012

MALBATT 5 LEBANON

as been mention before.. husband nad dah pun selamat fly ke Lubnan 22 Oktober 2012.  everything goes fine..Alhamdulillah selamat bergerak n selamat sampai ke destinasi.

kami bertolak dari tanjung malim pkul 4pagi. semangat nak hantar husband.. sampai2 je dekat TUDM subang kene tahan pulak.tak dibenarkan masuk katanya tunggu smpai anggota Malbatt sampai baru kami boleh masuk..cet sungguh!


family sume dah mule bosan.. budak2 pon dah berlari sana sini... dah nak 2 jam tunggu ni :P

lebih kurang pukul 9 lebih dngar bunyi siren kuat..
confirm la MP(military police) yang pasang siren. they are in charge in escorting 9 buses of MALBATT 5 members. 
muke MP mesti nak garang je kan..erk!
kemain lagi askar Malbatt ni.semalam tdo dekat hotel Concorde Shah Alam, hari ni naik Bas ekspress.. kalau biasa2 jgn harapla kome.. nek 3 tan je la pun.. hehehe special privilege untuk perwira negara!!

maira pun dah xboleh sabar nak jumpe daddy dia..padahal mlm td baru je jumpa kat shah Alam.. oh drama queen jugak anak daro den ni!

ok..spotted my husband there!! huuuu muke serius..tgh dgr taklimat.

selepas anggota selesai taklimat dan rehearsal  barulah family dibenarkan untuk masuk ke dlm kem, dan terus ke balai perlepasan. lepas tu barulah boleh jumpe dgn family.
macam biasalah, maira mesti over excited punye..dialah yg berlari kat daddy dulu.... terus touching je rasa :P

after that ade la sesi penyampaian amanat, n sesi2 nangis.,. around 4.30pm barulah diorang ready nak berlepas.... so selebihnye lets the picture tells u the story











till we meet again hubby..daa~~ take care ;')

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia Vs Pakistan- kelayakan olimpik (review by minit)

 KEPUTUSAN :
MALAYSIA 2 - PAKISTAN 0

APE? ingat pompuan xsuke tgok bola ke???

aku tgh tgok game bola sepak untuk kelayakn olimpik.. kat mane lagi astro ARENA la... member aku tanye sejak bila aku suka tgok bola.. aku jawab simple je.. "SEJAK ORG MALAYSIA PANDAI MAIN BOLA" hahaha...short n simple... keh3... sebenanye semenjak Malaysia menang  Suzuki Cup ari 2.. kan game masa 2 sume player main bersungguh.. n paling ketara player malaysia pandai control emosi..bukan senang ok lawan indonesia pastu kat tempat diorang lak 2... serius aku salute player bola malaysia...

so sambil tgok aku updatela ape yg jadi by minit..
gol PERTAMA minit ke 4
minit ke 18 pemain pakistan tampan bola pakai tangan (aku xpuas ati sbb xpat kad kuning)
minit ke 18 sepakan percuma untuk team Malaysia
minit ke 20 sepakan percuma untuk team Malaysia
Malaysia dah dpt 3 sepakan pnjuru setakat minit ke 31
keeper pakistan buat2 xcuak..sdgkan muke sgtla cuak... tekanan yg hebat dr penyokong malaysia...
player pakistan lembik..sikit2 nak buat2 injurt..mencik aku!
Malaysia banyak menyerang...n player pakistan banyak sedekah bola :P
minit 38 percubaan dr pakistan~~percubaan yg baik...rembat kuat tuuu...
penyokong Malaysia sdg buat poco2...sgt comel! hahaha
2 org dah player pakistan keluar padang...injured! huh!
*shakir ali dpt kad kuning..tp dia xsengaja la..tgok playback laaaaaa[xpuas ati!]
MINIT 43 ..player PAKISTAN SEPAK TELUR APEK... bodo btol!!!!
minit 44 GOL KEDUA!!!!

tamat separuh masa pertama
harap2 apek ok.... p check maira dlm bilik..tidur dgbn lena nampaknya..walaupon ibu dia dok terjerit kat living hall ni...
_------------------------------------------_
separuh masa kedua mula
minit 46 cubaan yg baik dr player malaysia... btol2.kat gol
ok player pakistan asyik nak injured... keeper plak injured..damn!
minit 48..apek dpt tangkap bola dgn kemas..terbaik lu apek!
minit ke 54...bola yg cantik..cubaan yg cantik dr player malaysia..syg xmasuk gol
minit 55...cobaan yg baik dr player malaysia lg...
minit 57...cobaan yg lagi baik dr player malaysia
player malaysia sume bwk bola solo..n rembat..cun laaaaaaa.... lari berdesupp...
minit 60 cubaan yg baik lagi...bergelut di gawang gol.... kecoh!
keeper pakistan plak nak injured...buang karen!
minit 65 cubaan yg baik.... keeper pakistan ni power gak :P
minit 69...sepakan penjuru utk pakistan....
penyokong malaysia masih lagi berPOCO-POCO...chumel...hahaha
minit 71 Malaysia dpt sepakan penjuru lagi...penjuru ke 9

MALAYSIA please dptkan gol lagi...chaiyok!!
player pakistan mcm dah penat sgt jeee

minit 76 sepakan penjuru lagi tok malaysia
4org player pakistan vs sorang player malaysia...perghhhh,,,desprate pakistan
baki permainan dlm 18 minit lagi! padang xberapa cunla kan???
sepakan penjuru..lebih sedozen dah~~kata kamarudin mape
cam xkuat je player pakistan ni..bertembung sampai kene bantuan CPR bagai~~~ iskhhhh...yela..kene rusuk rupenye...
ok player malaysia sgt skillful..mmg benar! control bola dgn sgt baik..
serius banyak sgt peluang on 2nd half ni..tp keeper pakistan yg ganti ni cam terror jek..
ok...game tamat!!!!! MALAYSIA MENANG...

ok sekian lintas langsung dr TV LCD, bernam jaya, Selangor... hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...