Sunday, October 20, 2013

10 days before the HOMECOMING

salam readers,

well...masa yang dinanti hampir tiba. 10 hari lagi anggota malbatt5 kumpulan kedua akan sampai ketanah air menandakan tamat sudah tempoh perkhidmatan setahun malbatt5 di lubnan. n thats mean daddy maira pon akan sampai ke tanah air exactly on 30th oktober 2013. happy? sure i am.

so kali ni nad just nak share. our survival story selama setahun ni. if u are asking me about the tips. aku rs xde tips kot. just...
:)

macam2 hal jadi dlm tempoh setahun. ada yang happy ada yg kureng happy. but whether i like it or not. i have to survive! cuma aku rasa yang paling susah sekali utk deployment ni.. ada perkara yg i have to save it to my own self. tak boleh nak cerita dkt org lain. so mmg tersiksa jiwa la. tu yg kdg2 rasa mcm berat betul dugaan. Allah je lah tempat mengadu. n Alhamdulillah disebabkan deployment ni aku rs aku lebih dekat dgn Allah. itulah hikmahnya.

masih ingat lagi tanggal 22/10/2012. berat sangat rasa hati nak lepaskan husband pergi. sbenarnya pemergian dia pon pd awlnya mmg aku halang. tp sebab dia kata dia nak sgt pergi dan ada advantage utk karier dia. aku terpaksa redha. ye la kan isteri tentera ni byk benda yg kene diredhakan. korang bleh baca entry psl deployment husband aku kat > MALBATT 5 LEBANON
:) :)

masa hari kejadian husband aku bertolak ke lubnan, aku tak rasa sedih sgt. keesokan harinya baru rasa mcm kehilangan pulak. subuh hening 23/10/2012 tu gugur jugakla air mata sikit. risau kan dia. ntah dah sampai ke belum. sbb masih belum ada apa2 khabar berita. eh aku bkn hati batu. cume hati keras skit dr hati manusia normal. :P

dalam tempoh 9 bulan sebelum tarikh suami cuti di malaysia. lebih kurang bulan 7, sebelum puasa. insiden yg memang kalau dok ingat semula..memang agak menyedihkan la. aku demam teruk sampai tak boleh nak bangun. kalau aku sakit.slalunya aku lebih risaukan maira. n yes. hari tu mmg kesian sgt maira. tak terjaga. lepas blk dr kerja seingat aku, aku sempat solat maghrib. aku terjaga lebih kurang pukul 1pg. aku terus cari maira. dia dah terbaring dgn botol susu kosong dan tupperware biskut tiger. Allahuakbar, aku lupa bagi anak makan. rasa bersalah mmg tak boleh nak ckp. meleleh air mata. tp aku bukan sengaja. aku letih,pening dan demam. keesokan harinya terpaksa aku subkontrak maira dkt kawan supaya aku dpt rehat secukupnya dah dpt recover sepenuhnya. demam berlarutan dlm 4 hari jugakla. tp Alhamdulillah.hari2 berikutnya aku berjaya uruskan maira wpon demam.

aku rasa setiap isteri yg seangkatan dengan aku mesti ade cerita yang tersendri. bagi aku cite tu la yg paling sedey,tragis skali. dgn pintu rumah tak berkunci.korang bayangkan la.. :( nasib baik Allah pelihara kami 2 beranak. ada lagi cite2 lain. mcm maira lelah, maira demam, kereta kene langgar lari, n the newest kes. kes ugut yang tak berperi kemanusiaan dr seorang manusia gile yg ntah sesat dr mana.

ni la benda yang dok peningkan kepala aku 2,3 hari yg lepas. dan skrg aku malas nak fikir. dan serahkan kes ni pada polis. seriously aku tak takut dgn manusia tak betol tu. cuma benda mcm ni buat kita rasa serabut jela kan. nak buat apa2 pon tak happy. nak mengemas rumah pon hilang mood tau! (nampak permainannya disitu?) :P

cant wait for 30th oktober to come. nak serahkan balik tugas daddy, tugas suami dkt en.izwan. letih juga rasanya. cuma berharap segala apa yang aku buat ni insyaAllah aku buat dgn ikhlas dan dpt ganjaran pahala. tu je la yg aku harapkan.

jumaat lepas jugak aku dpt perkhabaran yg sgt indah. harap2 ni dugaan yg terakhir ya Allah. 31/10 tu aku tak dibenarkan bercuti. sebenarnya aku plan cuti 31/10 dan 1/11 nak terus stay kat PD. apakan daya kita merancang namun perancangan Allah lebih baik. mungkin nti dpt rezeki untuk pegi bercuti ke tempat yg lebih mabeles?? insyaAllah..

sekarang ni satu benda lagi yg agak merisaukan. penempatan tugasan suami. hari2 aku doa supaya suami tak kene posting. janganla ditukarkan ke tempat lain. kalau tak..tak merasa la maira jumpa daddynya hari2. korang sume tlg doa sama eh untuk aku. 

skrg ni nak happy sgt pon tak boleh lagi. ada berbaki  10 hari sebelum malbatt5 kumpulan kedua touchdown dkt TUDM subang. selagi blom touchdown, belum berakhirla amanah aku sbg ibu dan daddy maira.

eh.. korang.. maira kan mcm dah tau daddy dia dah nak habis misi. kerap pulak dia nangis merengek. bila tanya kenapa dia akan jawab 'yaa..rindu daddy'... yela nak. ibu faham ibu pon rindu. tp ibu ni nak nangis kat siapa? hilangla macho ibu ni. ehek!

hahahahaha.

till then korang.
nti aku share picture masa suami aku sampai kat tudm subang ye. insyaAllah.
just spare some tissue takut2 ade yang banjir depan laptop/pc. :P

love korang,
nad 

9 comments:

  1. aku bace cte ni pn aku dh nangis kot..klu bace entry en.izwan blk nnti ape aku jd agknye?hahahha
    tmpng emosi skali..

    anyway..u strong mama maira!aku doakan yg terbaik utk korang 1 family..insyaAllah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boleh tumpang emosi... xde hal..
      tq aned.. insyaAllah kuat2 pon reput jugak laaa

      Delete
  2. tq for stoping by sis :) insyaallah i follow u back

    ReplyDelete
  3. aku kan..aku kan..tumpang bangga ade kwn perempuan yg kuat mcm ko,btul2 tabah..sbb aku tau aku ni lemah le sesgt,xblh nk buat smue benda sendiri,sejak da kawin,smue benda pn nk harap suami.pg mandikan anak pn,blh jerit kt suami lg mnta tlg amik tuala la,tlg amik pampers la..kalo sorang xtau la aku camne

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa sama ja..aku kalo ada si wan pon aku kerah jugak dia.. ngeh3.. dah org tu xde kene la buat semua sendri kan :)

      Delete
  4. dear, kuat ek? mengadap sume masalah. suke follow postings ko kat fb actually. tgk ape yg ko hadapi and your strength to face them. and of course your countdown to the homecoming. hahahahhaha aku follow dr first ko post ur husband berlepas kat subang. dah lg 10 days je. tak alih2 aku pun rase happy. hahahahhaha. aku tgk pic yg ko post mase ur husband blk cuti. gambo korang betiga dlm kete. sengih aku sorang2 dlm ofis. so nice. aku ade cite2 nak kawin org army ni... hahahahahha tp bile pikir pasal posting2 ni, rasenye aku tak kuat sngt kot mcm ko. rasenye kalo aku, mau mati kutu kat umah hahahahahahaha

    anyways, happy counting! hahahahahahah tak lame lagi dah... pejam celik, abis dah 10 hari. aku sure everything will be fine. ur husband akan smpi dgn selamat and u guys will be okay after all.

    p/s: whats up with the ugut kes? ade org ugut ko ke? takpe, nnt laki ko blk, suh die tembak je mangkuk ayun tu =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhe i guess i know who u are.. I think la..
      Anyway tq weh, n teruskan niat kau nak kawin dgn army tu
      Heehe kes ugut tu balik nti mmg laki aku nk settlekan..dia nak cr je terus mamat sengal ni..
      Tq again

      Delete
  5. chayook nad...xlame g dahh..ko kuat..ko kuat!!...;)

    ReplyDelete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...