Friday, May 20, 2016

MMR : MAKAN MALAM REGIMENTAL @ MESS NIGHT

seperti dijanjikan. nak share sikit pengalaman join MMR. since bile google, tak ramai yang share pengalaman pasal MMR dan agak sukar la untuk 1st timer nak dapatkan rujukan apa do's and dont's. tp entry ni mgkin xlengkap since nad pon 1st time join. just share apa yg nad tau dan apa yg nad nmpak on that day. 

MMR stands for makan malam regimental atau mess night. kot rajin nak baca sejarah mess night ni boleh refer wikipedia ni. mess night ni actually dah dipraktikkan since zaman askar british lagi. cuma utk ATM sekarang ni dah diubah suai ikut budaya dan agama kita. xde dahla tradisi minum beer. 

bunga untuk wife/husband/pasangan
contoh menu untuk mess night
n our table tag 'simpan buat kenangan' :P :P 

untuk mess night mmg anggota wajib bawa pasangan. kebiasaannya anggota akan bawa isteri/suami dan jika belum berkahwin akan bawak kawan2 berlainan jantina. memang WAJIB bawa ye. tak boleh dtg mess night sorang2. mess night biasanya akan diadakan di hotel. so nad akan cerita part yg dekat hotel ajela ye.. 

mcm nad hari tu kami diminta berada seawal 6.30ptg dihotel. so sampai2 je di hotel. pasangan akan diberikan sekuntum bunga ros. dan seterusnya ada sesi bergambar dgn pasangan. sesi bergambar ni bergantung kdg2 xde. cuma selepas tu sementara menanti nak masuk ballroom kita akan bersantai2 dikawasan luar ballroom. waktu ni bolehla berkenalan dengan pasangan anggota dan bersembang2. ingat ye. tak digalakkan bersembang tentang hal politik dan hal2 yang terlalu personal. sembang santai2 aje udah. puji2 la baju org tu ke. tudung ke. hihi dan kene pandai2 juga curi2 masa untuk solat maghrib. sbb tu xpayah beria sg makeup. hihi nti kene touchup balik lepas solat.

dalam jam 8.00+- ketibaan vip. so vip akan bersalaman dengan anggota. kemudian akan adalah upacara untuk memaklumkan makanan telah tersedia untuk disantap. then...barulah mula masuk ke dalam ballroom. tatatertib nak masuk ballroom. make sure rangkul *xjumpe term lain tangan korang pada lengan pasangan ye. jgn jalan lenggang kangkung mak minah pulak. unless korang belum nikah. then cukupla jalan secara beriringan. wanita disebelah kiri lelaki. then duduk dengan pasangan masing2. setting table dah disediakan lebih awal. jadi tak bolehla plan nak duduk sebelah-sebelah dgn bff ye :P   
my hero and i selfie kt luar ballroom

masuk dalam ballroom boleh terus duduk tp jangan tarik kerusi ye. sebelum tu letakkan bunga pada tengah meja menghadap ke arah vip. dan letakkan tas tangan or clucth di tempat duduk. DONT'S dalam ballroom adalah mengambil gambar. no selfie.no picture semasa majlis ye. then tunggu vip masuk kedalam dewan. bangun. lagu negaraku akan dimainkan diikuti dengan lagu ATM. then semua tetamu kene buat 'toast' kepada DYMM Agong. ini la salah satu ritual zaman british yg masih dikekalkan. cara nak toast adalah angkat cawan dan tegakkan tangan ke depan. kalau xpaham follow ajela org lain.. hehehe

haa bunga tu letakan kat table runner merah
untuk toast.. ambil cawan yg kecik ye..jangan cawan besar pulak
*gambar ni diambil selepas selesai makan malam

now dah boleh duduk n tarikla kerusi tu ikut keselesaan. lilin akan dinyalakan. then suprise.... lampu akan ditutup. lagu pertama akan dimainkan dan appetizer akan di hidangkan. mcm hari tu nad dapat salad. sedap la jugak. tatatertib makan adalah. hanya makan ikut muzik. once muzik stop. letakla sudu dan garfu ye. bila muzik mula semula. boleh sambung makan. dan jgn lupe pilihla sudu, garfu dan pisau yg betul untuk setiap hidangan.

lepas appetizer salad. then kami dihidangkan dengan sup. sup ni boleh makan dengan roti ye. caranya bukan celop roti dalam sup tp cubit roti kecik2 dan masukkan dalam sup. gunalah sudu sup untuk hirup sup tu. lepas sup, kami dihidangkan dengan main course. nad pilih ikan. which is salmon. alhamdulillah sedap sangat. dan akhirnya..kami dapat pencuci mulut, chocolate kek. makan cepat2 sbb bila dah habis 2 lagu. waiter akan datang angkat makanan kita. hihihi. sambil makan tu bolehla sembang2 bisik2 dengan org sebelah. 

lepas last dish which is pencuci mulut. lampu akan dihidupkan dan akan ada ucapan drpd vip. selepas tu mungkin ade penyampaian sijil atau acara sampingan dan berakhirlah mess night kita :) ;) :P lepas habis acara rasmi. bolehla bergambar dalam ballroom ye. dan aktiviti bebas. tu jela tentatif mess night. nampak simple tp tekanan utk org2 yg tak reti duduk diam mcm nad. hahaha tibe2 kene jd sopan and well behave kan.

ok belanja gambar lagi :P 
lepas selesai makan malam bolehla posing2
im wearing baju kurung. br balik keje. then rush to mess night :)

anyway, hari tu sebelum pegi mess night nad ade bertanya dan ada buat kajian skit psl dress code untuk pasangan anggota. nad sentuh utk wanita ajela ye. 

*pakaian yang dibenarkan hanyalah baju kurung, kurung moden, kebaya labuh yang tidak ketat, tidak singkat (tutup punggung) dan tidak mencolok mata (tak jarang)
*warna yang dilarang adalah kuning dan ungu
*jika tak pakai tudung. must have selendang pada bahu. rambut sisir la elok2 ye.
* kasut hendaklah yg bertutup penuh. with or without heels. both can. asalkan bertutup penuh. warna pon xkisah warna apa. 

since ini adalah makan malam formal dan istiadat jadi janganlah berangan-berangan nak pakai dress princess cut, kebaya pendek, baju saloma bagai ye. silap2 kene tegur dengan ahli BAKAT yang lain. jagalah imej dan maruah pasangan anda. messnight bukan malam nak tayang body < kata2 dari seorang wife officer. #sentap hahaha 

anyway, i was so bless since dpt pegi event mcm ni. event ni mmg special just for those yg kawin dgn anggota ATM. kalau ade profession lain yg buat juga mess night. tak kan sama dgn mess night ATM. sbb kita yg inherit tradition ni dr zaman british. profession lain tu just follow je our tradition. ehem! proud army wife mode activated. hahahaha

harap post ni dpt bantu korang yg br 1st time nak pegi messnight ye!

u may comment or share your own experience.

ok till then... 


49 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your info...first nk follow husband g messnite...blurrr jab fikir..

      Delete
  2. Yang bawa pasangan tu macam segan je kalau bukan isteri atau suami haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan tak seganla.... tp mmg wajib bawa pasangan. :) bawak la adik ke sepupu ke..

      Delete
    2. Kan..Ade je pngalaman sy dibawa oleh bf dlu..Dh xde partner jd bf tpksa bawa sy..hihi..Cuma klu org tnye, ckp awk tunang sy..Kihkihkih..

      Delete
  3. Knp x di benarkan pki purple ye..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Aduiii... kena attend messnight pada 5 hb 11 ni di sg besi 😂... terlupa pulak baju ada di melaka.. ada pun kebaya pendek ja.. mcm mana ni... errr... encik abg pun x bg taw awal2

    ReplyDelete
  6. Tq nad...next moth sy akan jd mcm awak tp bila bc artikel awak sy rs yakin sikit...tp nak ty mmg kena pakai kasut bertutup ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mazura mansor ye.... mmg seeloknye pakai kasut bertutup. dress code nya begitu. :) good luck yeeee

      Delete
  7. Best yer tgok orang kat mes night.teringin gak makan bersama orang ternama.Insya Allah semoga satu hari tercapai hasrat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tercapai cita2 ye... boleh la cari jodoh anggota tentera...hihi

      Delete
  8. syukurla tjumpa blog ni..thanks sis.. ada juga rujukan..lagi berapa hari je lagi ni nak kne attend MMR ni.. bytheway nak tanye clutch tu warna ape2 je ke..then letak kat mane ye nanti? kat kerusi means?belakang kite ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna apa pon xkisah... yup nti nak duduk letak kat kerusi... belakang kita.

      Delete
  9. Boleh tak mess night bawa mak sendiri..sebab anak tak kawin lagi

    ReplyDelete
  10. Boleh tak mess night bawa mak sendiri..sebab anak tak kawin lagi

    ReplyDelete
  11. Mess night ..boleh tak pilih ibu sendiri sebagai pasangan.. Tapi ibu pun dressing kemaslah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je dear.. asalkan lain jantina. dan ikut dress code.

      Delete
  12. Thanks sis..saya next month akan attend messnight..syukur baca blog dari sis..rupanya ada rule jugak..atleast tahu dari tak tahu ape ape..kalau dress pnjang boleh tak sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome sis.. dress panjang tak boleh. mesti 2 piece.

      Delete
    2. Okayy tq..kalau pakai tudung warna gold boleh tak sis?

      Delete
    3. Kalau kasut bertumit tajam sikit tak apa ka sis?

      Delete
    4. Kat seremban nanti..sis attend jugak ke mess night nanti?

      Delete
    5. sorry lambat reply. tudung gold boleh. tumit kasut tu xkisah asalkan kasut tu bertutup. good luck ye both of u messnite :)

      Delete
  13. Hai. Selalunye messnight ni ambil mase berapa lama ye? Pukul berapa habis?

    ReplyDelete
  14. salam kak..kalau perempuan mengandung mcm mana kak..perut kan dah kedepan..nk pakai baju kurung kain idak la muat lagi kecuali kena custome made..nak baju kurung moden tepi tu ikut bentuk badan kita kan..bila duduk tu sure terik perut hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aini... untuk yg pregnant ada pengecualian. bolehla pakai jubah atau maternity dress yg nmpak agak formal.plain should be ok. kasut bertutup flat xperlula bertumit. nayo pulak mak buyung terpeleot nti. hehe good luck dear.

      Delete
  15. Gunakan istilah officer call,(tentuang ditiupkan) dinner call(ketukan gong sbnyak 3 Kali) Sjn wisma akan melapor kepada VVIP dgn ayat hidangan telah dihidangkan...selepas dineer call semua masuk ke dlm ball room cuma tinggal diluar ahli high table diiringi bagpipe masuk ke dlm room

    ReplyDelete
  16. Thankyou! Membantu sangat. Dpt invitation dr kawan. Fuh rasa excited lak nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  17. Kalau pakai baju warna hijau emerald tapi ada penuh lace warna gold seakan kuning boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betetr elakkan anything yg gold dear. tp kalau xde pilihan ok je. janji jangan terlalu terserlah kuning nya

      Delete
  18. ⓣⓗⓐⓝⓚ ⓨⓞⓤ .. menbantu sgt artikel nie.. sye pn 1st time akn pergi mess night.. risau jgk nie..

    ReplyDelete
  19. Nasib dapat info ni... dapat invitation dri adik. blurrr pula + excited.... terima kasih kak nad...

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. boleh juga. asalakan cukup syarat. labuh dan tak menjolok mata

      Delete
  21. Hai sis nad.. Nak tanya handbag tali panjang boleh pakai ke.. Tq..

    ReplyDelete
  22. Messnite ni wajib pkai kasut hitam,rambut lbih dr paras bahu kena sanggul,betul ke?atau bebas warna kadut brtutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna kasut tak ada masalah. ikutla pakai baju apa. hitam coklat grey should be ok.yang penting bertutup. rambut pula yes. wajib dikemaskan

      Delete
  23. Nak tanya,warna beg hitam saja ke boleh pakai,tq..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum sis. Nk tnya tudung kan kalo pkai yg bercorak xpe ke? Ada maximum x brp byk color yg boleh guna? Tq in advance sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. boleh je pakai tudung corak. matchkan dgn baju kosong. warna kalau formal ni jgn lebih dari 3 warna sis..

      Delete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...