Showing posts with label hot news/article. Show all posts
Showing posts with label hot news/article. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

perbezaan botol PC, PP dan PES

ok.ini pengetahuan am yg mesti anda tahu sekiranya anda seorang ibu yang ada baby minum susu guna botol. like me. maira now 2 years old. n minum susu guna Botol AVENT BPA Free PES material. rasanya masih ramai yg xsure ape tu botol POLYCARBONATE(PC), POLYETHER SULPHONE (PES) dan PLOPROPYLENE (PP)dan perbezaan antara kesemua jenis botol ni.so today nad kasi story skit ye.....


BOTOL PC 2 APE nad??
PC adalah polycarbonate, dimana kebanyakan botol diperbuat drpd PC, especially botol2 yg dijual murah. bundle2 kat Tesco RM10/3botol. dan tak ketinggalan botol minuman kanak2/org dewasa yg dijual di semua pusat membeli belah. Rasanya kita semua membesar dengan menggunakan botol PC...mungkin ade segelintir sj dari kita yg penah guna botol kaca.that one is  special case.


baru2 ni je penggunaan botol PC tidak begitu digalakkan disebabkan kewujudan BPA. BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk 'mengeraskan' plastik. dimana kajian mendapati BPA ni boleh meresap masuk kedalam susu bayi atau air dlm botol yg bersuhu 100 degree celcius. boleh rujuk artikel ini: US FDA Issues Warning about BPA Exposure


namun tak bermakna botol PC tidak boleh digunakan langsung. botol PC boleh digunakan untuk menyimpan air sejuk dlm aisbox anda. tp ingat JANGAN GUNA BOTOL PC UNTUK SIMPAN AIR TEH/KOPI PANAS. dan JANGAN SIMPAN BOTOL PC DALAM KERETA.


ciri2 botol PC
a) clear ataupon transparent
b) diperbuat dr plastik keras
dan kalau botol PC ni jatuh ke lantai bunyinye bising klank! klonk! klank! lebih kurang cam2 la bunyi nye..


BOTOL PP 2 APE nad??
PP ataupon polypropylene adalah sejenis plastik, yg mana secara semula jadinya BPA-free. ciri2 botol ini tidak begitu transparent.antara jenama botol jenis PP yang popular adalah MAM dan Tommee tippee.sekiranya botol jenis PP jatuh ke lantai ia tidak akan retak dan juga tidak mengeluarkan bunyi yg bising.
kita juga begitu familiar dgn PP sebab kebanyakan jug air berwarna-warni dipasaran dan juga bekas makanan diperbuat dr PP. 


AVENT juga ada mengeluarkan produk botol PP, dimana harga botol PP lebih murah berbanding PES. dan untuk mereka yg mempunyai anak yg aktif, sering menggunakan botol sbg permainan baling2,sepak2 memang sgt sesuai bg anda memilih botol PP.


BOTOL PES 2 APE nad??
semakin hari semakin ramai ibu yg prihatin terhadap isu BPA dan ingin untuk mendapatkan botol BPA-free untuk yg tersayang. mengikut AVENT, PES ataupon polyether Sulphone adalah material yang BPA-free dan secara semulajadinya berwarna keperang-perangan @ honey tinted.


botol PES adalah lebih mahal berbanding PC dan PES. ini mungkin disebabkan kerana botol PES adalah lebih tahan lasak dan tahan lama. just like maira's botol :)


walaubagaimanapon. kesemua jenis botol berikut boleh digunakan untuk anak-anak anda. make sure budget anda, keperluan anakanda.dan jgn lupa untuk meminta pendapat kawan2 sebelum bershoping!!!


if u love to have ur own AVENT product.. u also can shop here > My AVENT PRODUCT

happy shopping!!!


love,
Nad :)

Monday, July 18, 2011

"Microsoft PowerPoint has stopped working"

baru2 ni aku mengalami masalah, dimana powerpoint aku akan crash setiap kali aku cuba menaip. aku hampir gila.apa gunanya ada powerpoint tp xbleh nak menaip n xblehla nak buat presentation. aku ade buat keynote presentation tp malangnya bukan semua tempat ade mac OS.. so aku pon kaji punya kaji..punya kaji..camne nak selesaikan masalah ni. dan walla!!! aku dpt solutionnye.. 

mengikut kajian aku,sbb powerpoint crash adalah kerana aku install dual os dlm macbook aku. so bootcamp telah men'disable' keyboard setting dlm windows. sesapa yg dpt error message mcm ni.bleh cuba step berikut ye;

Bukak Control Panel
pilih view mode “View by Category”, cari bahagian “Clock, Language and Region”
klik pada “Change Keyboards or other input methods”
tekan butang “Change Keyboards”
Tekan butang “Add”
scroll kepada “English (United States)” dan expand tab.
klik '/' pada ceheckbox “US”
Tekan OK.
Tekan OK. — nti korang nampak ada 2 keyboard disenaraikan iaitu “US” dan “United States (Apple)”Tekan OK.
 
harap2 dapat membantula kan.... selamat mencuba!!

Tuesday, June 14, 2011

GOOD to share:respond Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia mengenai isu "isteri sbg pelacur kelas pertama"

KENYATAAN MEDIA
WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
10 Jun 2011 bersamaan 8 Rejab 1432 H

KETAATAN ISTERI KEPADA SUAMI BUKAN KETAATAN YANG MEMBUTA TULI

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap penubuhan Kelab Taat Suami yang dilancarkan baru-baru ini. Pada dasarnya sebagai pertubuhan dakwah, dan kebajikan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat, Wanita IKRAM mengalu-alukan usaha pelbagai pihak termasuk Kelab ini yang ingin mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Namun Wanita IKRAM begitu kesal dengan kenyataan Dr. Rohaya Mohamad, Naib Presiden kelab tersebut yang mengumpamakan isteri sebagai objek seks dan perlu menjadi pekerja seks bagi suami sebagai tanda ketaatan kepada suami disamping mengelakkan suami daripada berlaku curang. Dalam majlis pelancaran itu juga, Dr Rohaya dilaporkan sebagai berkata isteri harus baik dan taat kepada suami walaupun didera sebagai tanda ketaatan kepada suami.

Kenyataan seperti ini sebenarnya tidak tepat, menghina dan merendahkan martabat wanita serta boleh mengakibatkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap kedudukan dan peranan sebenar wanita sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 juga menunjukkan faktor utama perceraian ialah tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan, tidak bertanggungjawab, campur tangan mentua atau ipar duai, disebabkan ketagihan dadah atau alkohol, masalah kewangan, terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan serta didera.

Wanita IKRAM  ingin menegaskan bahawa:

1.         Ajaran Islam selaku sistem hidup yang lengkap, adil dan menyeluruh serta rahmat bagi sekalian alam telah memartabatkan wanita sebagai rakan kongsi lelaki yang mempunyai hak-hak yang sama walaupun mungkin berbeza peranan dalam pelbagai bidang kehidupan baik dari sudut individu, berkeluarga dan kehidupan bermasyarakat.

2.         Ketaatan wanita kepada suaminya adalah dalam rangka dan batasan ketaatan kepada Allah. Ini bukanlah suatu ketaatan membuta tuli sehingga merelakan segala perbuatan suami walaupun ternyata suami telah berbuat kedurhakaan terhadap Allah. Rasulullah SAW bersabda “Tiada ketaatan dalam kemaksiatan kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara makruf” (Sahih Bukhari dan Muslim).

Peringatan Allah dalam surah An Nisa 4:34 wajar menjadi ingatan bagi kita semua

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

3.         Meletakkan kesalahan semata-mata kepada isteri dalam memberikan layanan seksual kepada suami sebagai punca lelaki berlaku curang adalah satu pandangan yang amat dangkal. Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati tiada persefahaman, tidak bertanggungjawab, masalah akhlak dan sosial, masalah ekonomi dan masalah seksual adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam. Kajian dibuat syarikat Pfizer pada tahun 2008 pula menunjukkan 62 peratus lelaki dan 73 peratus wanita di negara ini yang tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka. Dengan itu, kepentingan untuk para suami menjalankan peranan mereka dengan sempurna dan memberikan perhatian yang lebih teliti dalam memenuhi keperluan lahir dan batin isteri mereka juga perlu ditekankan.

4.         Wanita IKRAM menerima dan menyedari bahawa poligami dibenarkan dalam Islam sebagai satu institusi yang mempunyai pelbagai hikmah dan kebaikan sekiranya dijalankan dengan betul berlandaskan syarat yang digariskan syara’ dalam semua peringkat perlaksanaannya. Persepsi masyarakat perlu diperbetulkan selain pengamal poligami terutama golongan lelaki perlu mendapat pendidikan dan latihan sebelum mengamalkannya.

5.         Semua pihak lelaki dan wanita, suami dan isteri haruslah kembali berpegang dan mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadisnya yang masyhur; “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Al Quran menunjukkan kita “ Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” At Taubah 9:71

Semoga dengan ini kita dapat membetulkan persepsi kita tentang peranan wanita dalam Islam disamping memperbaiki kehidupan berkeluarga dalam usaha kita untuk mempertahankan institusi keluarga ini sebagai unit asas dalam pembinaan masyarakat yang harmoni dan sejahtera

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
Timbalan Ketua Wanita
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
019- 322 6800

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

SAYA SOKONG!!! SAYA SOKONG!! 
mcm ni la baru bto..ckp pon xmembuta tuli...

tanjung malim kene tempias gempa bumi sumatera

tepat jam 11.05+-..kami di Universiti Pendidikan Sultan Idris dapat merasakan gegaran minor disebabkan gempa bumi ini.. aku n bbos aku yg duduk sebelah menyebelah jugak tergamam kejap..bos aku ingat dia nak pitam..aku ingat aku pening sbb minumteh tarik potong kaki, manis melantung pagi td.

hakikatnya..........

kami dapat rasa gegaran minor itu.. takut jugak.. my 1st experience..gegaran juga dikatakan dpt dirasakan di klang,putrajaya,dan kawasan yg sewaktu dgnnya..dlm berita satni bagi tau gegagran berskala 5.9 skala ritcher.. dirasai di selangor,selatan perak dan wilayah persekutuan.. tiada amaran tsunami dikeluarkan!

kuasa Allah..punya jauh lokasi gempa bumi.. kita disni masih boleh merasainya..ALLAH HU AKHBAR!!!

sekian berita terkini!

cakap mcm org xde agama

sesapa yg blom penah tgok video klip prema yin dgn shah jaszle aka asmara..xpayahla tgok.sbb jijik. aku pon psl dah TERtengok..trus samak mata dgn eyemo 3 botol.nak2 plak sabtu ari 2 aku tertengok movie kat TV3..bila mamat ni jd ustaz.aku tros muntah darah dpn TV.. bek aku tgok konsert kenangan AF n selang2 dgn piala FA..

ape yg aku nak korang nilai hari ni..korang perlu bc respond si gambit..sebut betol2..gamebeat ye..wek! apa dia ckp pasal video yg dia direct ni .....

"Utk memendekkan cerita,i x kan comment benda yg x berkaitan dgn MV ni. gejala2 sosial kat luar sana ke, rasuah, politik yg melanda ke, penonton2 yg hipokrit ke….i will not comment on that. just purely about shooting this video, thats it.

i will start.
mmg byk yg I kurang puas hati bila shoot this MV, energy level performance, my tight shot, wardrobe, makeup & etc but mmg last min & everybody EVERYBODY really works hard for it & i appreciate. Tapi semua ni adalah production problem dan u all x perlu tau. Mmg kualiti boleh lebih better, tapi Dgn masa as a main factor dari masa shoot till editing & juga masalah lain, we will try better next time. Everybody tried their best & i really appreciate that.
The Storyline.
cerita dia mudah, pasangan suami isteri yg pada mulanya kita establish seperti ada masalah keluarga-nak divorce ke, x brapa nak ckp with each other ke. tapi sebenarnya mereka hanya bermain ego diantara satu sama lain. Jual mahal etc. Itu adalah cara pasangan ini bermain cinta antara mereka, Green screen adalah bayangan mimpi perempuan itu.
This is a short story for u, i malas nak explain panjang2.
Soalan saya,
saya nak tau, apa salahnya video yg ditunjuk kasih sayang suami isteri ni, bukannya ada adegan cium ke, raba2 ke etc…. yg korang nak jadi isu sgt. x de niat saya nak buat kontroversi. Hanya nak paparkan mainnan ego kasih sayang mereka. Tak brapa nak jadi tu productions problem, korang x perlu nak masuk campur. 
Isunya sebab ade Shahz Jaszle? Gambit Saifullah direct? pasal tu? x de pon cium2, raba2…. knapa crita anu dlm botol ade pasangan Gay main dlm scene ok plak? nampak anu dlm botol ok plak? cerita isteri&…. ade adegan sekian ok plak? mereka hanya memaparkan lakonan cerita. Sama juga saya, bukannya ade kissing ke, raba ke….
please explain."

"uih mmg xde cium2 raba2 bang..tp tang akak cik 2 pakai baju tido..gamaknye org m'sia ramai pakai baju tido kelawar je bang..paling seksi pon nampak ketiak 2 pon psl jahit tepi dah koyak..amareka sgtla bang..."

shit! ko lagi nak salahkan org lain plak! pejadahnye perangai cam ko ni? ape dlm islam kata kalau kita buat salah xpe..asalkan ade org lain buat salah yg lagi besar dr kite.. bull shit!!! aku rasa jantan ni dah ilang akal kot.. aku ade gak baca kat blog2 lain.yg dia samakan bloggers yg kutuk MV ni sbgai ANJING yg hanya tau nak menyalak.. dia tulis semua tu kat twitter dia..oh my..so xprofesional.. biarlah org nak kondem pon hasil kerja ko.. xpayahla nak respond giler2 khinzir!

n aku dpt tau gak dia kata MV ni nak sell ke Amerika..please der... ade ke org nak dgr lagu cam sampah ni.. dr korang tgok MV yg gambit ni buat baik korang layan MV ni...setandingla..cuma xperlu ghairah2 pon dlm MV ni.. ramai je yg preview!!



for u gambit...rilek2 suda... xpayah emo sgt..mmg ramai yg xkenal ko sbb ko ala2 suam2 kuku nye artis.. tp xyahla nak buat isu gempak cam miera liyana kot kalau nak naik.. kalau ko kata ko xsalah..dahla xpayah ego sgt nak mintak org explain la..nak panggil org itu ini...

huhuuuu ape2pon.. go..go miera liyana!! keh3

Thursday, June 9, 2011

i-city,shah alam

semalam dok plan nak p i-city.psl nak bwk mak aji marsela yg dok ngidam, hari2 dok sebut 'mane gayela i-city 2..' tp xsure sbb xtau jalan.pas2 mintak khidmat nasihat dari geng2 kaki jalan.so..nekad je pegi.ikut je signboard kata si wan..cr arah ke klang. hahaha dan hasilnya,berjaya sampai kat i-city. mak aji marsela bukan main lagi begaya sakan noh!. tangkap gambaq bukan main byk..katanya nti org xbleh dok pekonon' dia. hahaha

suke sgt gmbar ni...nyaman je rasa.. yg ni depan snow-walk

mak aji nak gmbr yg ade lambang i-city...den menurut perintah

merah xmlepaskan peluang berjumpa rakan lama.. yg dia paling minat tang hidung org tu..

haa...gambar yg ni mak aji kata macam kat beijing.. hahaha

3 beranak pon xmo lepaskan peluangla ke beijing!

zirafah jua terdapat disini

santa clause pon ada walau bulan ni baru bulan jun

walau mcm mane hebat pon lampu kat i-city yg begemerlapan ni..maira tetap suke benda alah ni.. ala...pemainan yg pusing2 dgn muzik 2.. aduyaiiii

cita2 sebenarnye nak masuk snow-walk 2. tp apa kan daya.. pakaian hari ni xsesuaila.. maira dgn tshirt leher besar kegemarannya..n paling malang sbb kami xpakai kasut. anyway tiket untuk masuk snow-walk adalah rm20 untuk dewasa dan rm15 untuk kanak2. kalau xpakai kasut bleh sewa kasut dpt free stokin rm10!! 

nasihat teman kalau kome nak pg i-city ni make surela pakai attire yg bersesuaian n yg paling penting tgok cuaca.. kalau mcm smlm hujan renya2 aje..xsyok.maira xley lari2! n yg paling xsyok bergambo pon dgn payung daaaa....

Thursday, February 10, 2011

Alamak!! saya mengidam...

ups! bukan mengandung ye.. skrg ni banyak sgt sogokan teknologi2 canggih manggih yg buat mata aku jd kabur je nak pilih yg mane satu...huhuu kebetulan plak HTC aku ni da xbape hensem.. sape punye keje lagi kalau bukan si maira.. kat speaker phone dah nmpak kesan gigi dia.. adus..huduh sungguh touch  phone ai! semalam pon dah wat hal..kene parkinson lak hp ni.. dok restart..restart..nyampah tau!
smlm aku dah pon gado dgn Mr.apple.. sbb aku nak kan benda ni >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

bermati2an dia kata jgn beli.. tunggu ipad2..em..sebenanye aku kurengla dgn produk apple ni.. maklumla aku ni membesar dgn windows kan.. bukanye xmo perubahan..tp lagi satu hal ipad 2 beso bebeno..10" sceen xmuat nak sumbat dlm multipurpose handbag aku 2..hehehe

lagipon skrg ni android dah makin medapat tempat dihati pengguna... so sume org pon nak beralih pd android gadget..  this gadget is call Samsung Galaxy tab ye.. antara features yg best adalah... saiznya baru 7" muat2 pd tapak tangan n leh muat handbag. then dia android, tp kureng cun sbb android froyo jek..skrg dah pakai honeycomb n coming soon 2.3.3 gingerbread..pergh..teknologi cam bullet train... n some more.. this tablet leh muatkan normal size sim card n sd card..n ade kamera depan blakang yo!!! hebat x?? huhuuu

tp still jugak Mr.apple xapprove n tak mo tolong aku bit kat lelong.com.. so hasilnya aku gigit jari je la... hahahaha.. tp dgr cite motorolanye tablet pon cun jugakk.tp dgr nama motorola je aku jd lemah..teringat motorola L7 aku yg dah OKU 2...hahaha.. anyway sesapa ade niat nak beli 2..lehla beli ye.. nanti leh aku pinjam sat.. testing power...keh3..

Tuesday, February 1, 2011

hakim mahkamah syariah + student gang rape

2 berita paling xbest aku dpt hari ni, (selain berita banjir..bla..bla.bla..) adlah berita  HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG KENE TANGKAP KHALWAT & PELAJAR MALAYSIA DI LONDON KENE ROGOL BERAMAI2.. apekejadahnye sume ni!!!!??

setiap hari makin banyak berita2 panas yang kita dapatkan? kadang2 di luar kotak pemikiran kita.. ade yg sebenarnye xberapa logik.. yela mcm kes hakim mahkamah syarie yg kene tangkap kalau xsilap dengan pembantu dia.. dah 2 kene tangkap kat rumah kerajaan@ kuarters pd pukul 2.05pagi... apekejadah pagi2 pegi umah anak dara org.. mungkinkah ini satu perangkap kpd tuan hakim 2.. sehingga dia terpedaya n pergi ke umah si dara??? kita pon xtau... tp benda2 camni dah slalu ade dlm drama.. scene2 kene perangkap ni rasanya xley pakai daa... kalau btolla emergency call yg memerlukan dia pegi umah anak dara org ni..bwk la teman sorang dua..supaya xtimbulkan fitnah..kan? kan? lagipon dia hakim mahkamah syariah..sure dia pnah handle kes2 org kene tangkap khalwat kan...iskh..iskh.. dunia akhir zaman........

n kes student m'sia yang kene rogol di london secara beramai2 2.. pd mula aku baca berita ni, aku rasa so pity on er.. kesian dia jadi mangsa keadaan.. di maniulate, sbb di beri dadah sebelum dirogol.. but then pk, punya pk, punya pk, apelah kesengalnya budak pompuan ni p join party yg dianjurkan oleh student2 kat U dia ni.. sure la kalau partykat london 2 xmcm kat cni..sure party ade mnuman keras, n then ade la exstacy ke kan..standardla..mat salleh stail u know!!.. mungkin atas dasar suka2 je nak pegi.. inilah akibatnya..... stakat ni xsure manga ni islam or not.. tp xkiralah muslim or non-muslim. dah kene rogol pon kan.. ape pon xguna.. p balajaq luar negara, kira org pandai2 la ni kan...tp bila tang hal2 macam ni xbley nak pk lak consequence nya.. kesian.... satu kerugian besar buat negara..

n some more.. masa org2 ni rogol budak pompuan ni..dikatakan diorang siap shoot video..pergh.... trauma abis kan bdak pompuan ni.. hope kisah ni dpt jadi pengajaran pada sume student2 m;sia kat oversea.. jgn mudah terpengaruh dgn budaya barat yg extream 2.. nak berhibur 2 boleh.tp jagalah tatasusila kita sbg org timur.. jgn main hentam je ikut org2 yg xdikenali.... ade faham??

 sat g nak blk kampung jenguk maira.. yehuuuuu

Tuesday, December 14, 2010

LOGIK kah diari di zaman ini?

sorry ye.. ampun sume.. entry ni tidak berniat untuk menyindir mane2 pihak.ini sekadar pandangan sahaja..

biasala masa pegi meeting ari 2, tgok sume ahli mesyuarat ada diary.. tiap kali pengerusi menyatakan tarikh2 penting..masih2 menghunuskan pen..menulis dgn laju..panjang berjela tulisannya.. meeting yg saya hadiri adlah meeting berkaitan inovasi..em..pelik.. mereka merancang untuk melaksanakan inovasi. tp nampaknya..mereka sendiri pon tidak merevolusikan diri.. masih lagi mencatit dlm diary.. bukankah semua sudah dibekalkan dgn blackberry, notebook, netbook, xtermasuk ipad dan iphone.. kenapa xdigunakan saja gadget2 tersebut untuk merekodkan maklumat?? tp..kalau guna gadget sepenuhnya..itu dah kira inovasi dlm kehidupan x?

masih terkenang zaman2 di bangku sekolah dulu.. saya pon ade diari.. beli buku yg cantik..ade kartun.. ada kawan2 pulak..siap beli buku yg ade mangga kecik 2.. hehe sgt kiut.. ape yg kita catat dlm 2.. biasala.. luahan perasaan. kecik hati dgn  mak..dgn kwn.. boyplen.. best friend.. biasala budak2 mentah.. tp yg kelakar 2 ade jugak kwn2 yg kasi org lain bc diari dia..huhuuu salah faham konsep diari..

ok back to the issue.. logik lagi ke penggunaan diari dlm zaman serba canggih ni?? logik x logikla... ia masih boleh diguna pakai.. kat ofis pon masih guna.. secretary slalu guna diari utk catitkan pergerakan serta kegiatan bosnya.. kan? kan?

kalau xla kan..masakan tiap tahun kedai buku ade jual. n publisher still mencetak diary setiap tahun kan.. beza agaknya feel menulis dgn menaip kan.. kalau menulis 2 mungkin luahan rasa dan ayat2 nya lebih berkesan berbanding dengan menggunakan gadget dan sebagainya.. ada jugak alasan kalau dlm bentuk hardcopy ni mudah nak semak dan mudah nak menconteng.. ya..ya...betul..

so kwan2 yg ade diari 2.. i think u all sgt kiut.n berjiwa seni..sebab mencatatkan perasaan dlm bentuk luahan kata.. kira korang ni kategori sasterawan dan sasterawanita.. hehee teruskn perjuangan ok.. pada yg xde diari..jgnla kutuk kwn2 yg ade diari tau.. n jgn sekali2 curi2 baca diari kawan..huhuuu mcm pnah buat je nad?? hahaa,,tp kalau korang buat blog diary...akulah org pertama yg rajin baca..cuma xkomen aje.. hahaa

anyway...sape ade diari 2011 atau organiser...hulur2 la satu kat aku... UPSI xde bagi buku nota ke tahun ni???<< sebenarnye nila tujuan entry kali ni..hahhaa

Monday, October 4, 2010

pihak bertanggung jawab harus memandang serius perkara2 berikut:

schedule post

online survey is sometime accurate n sometime it can be rubbish..tp sy rasa survey yg berikut ni dijawab benar berdasarkan pengakuan ikhlas anak muda/remaja malaysia...

1.pendedahan terhadap pornografi kepada remaja malaysia
seawal usia 13 tahun seramai 57% telah terdedah kpd pornografi..statistik yg amat membimbangkan..mungkin kalau diletak pilihan antara 9-12 tahun, mungkin akan menjadi pilihan jawapan tertinggi. mencabarnya jadi mak zaman cyber ni!

2. ketaatan kepada ajaran agama islam
yg ni mungkin xaccurate coz sistem xtapis agama org yg menjawab.. tp secara xlangsung ini pon mungkin benar..satu statistik yg menggerunkun...adakah ini petunjuk kiamat sudah dekat??

3. fenomena FB
yang niiiiiiiiiiiiiiiii......xmo komen banyak2.. takut wall fb saya penuh kene bambu dgn kwn2.. sy rasa hampir sume org dtg je ofis pagi2 on pc>bukak FB..tol x?? yg xbukak FB 2 pon psl dh kene block kat ofis..muwahahaaa. xpon kalau kawan2 dia kata Mc'D xhalal...satu hari la dia dok pk nk mkn mc'd lagi ke tak pasni..nilah penangan FB...huhuuuu

4. fesyen pilihan remaja
tp yg ni ok la... xsume org suke seksis kan?? sopan pon masih bleh berfesyen per???

survey ni saya dpt dr youthsay.com .. youthsay ni kire cam komuniti servis untuk org muda..bila korang jawab survey dapat CP..points ni bleh guna untuk bid barang..cam Ipod, tiket slash, dll.. kalau promote iklan dapat duit lak 2.. syok kan? syok kan? jawabla..syiokkkkktakhengaaaaaaattttt..[motif kaler biru? cam iklan celcom lak...huhuu] kalau nak join leh klik sini!!! benda baik perlulah dikongsi..xkan nak kaya sorang2... tp youthsay hanya untuk yg berumur 13 - 30 sj @ yg muda remaja cam saya! ngeh3.. 
jgn nak prasan muda sgt nad, 5 years to thirty...OMG... xley time (sila abaikan monolog dlm diri ini)

anyway untuk tahu result survey ni kan...kita kene jawab survey..means soklan 1 & 2 saya dah jawab...korang nak tau x yg mane pilihan jawapan saya?? nak tau? nak tau???
............
.............
...........
...........
............
...........
......
..............
..........
...........
............
...........
.........
...........................................................
let it be secret lah.....wahahahahahaa!!!!!

Tuesday, September 28, 2010

cara keluarkan KWSP bila pilih skim pencen

~KWSP~
perghhh.... tajuk dia xmo panjang lak kan...hahaha.. senang nti org google trus jumpa blog saya nih..trafik..trafik...ngeh3..

ok..tarik nafas..sila bc dlm loghat perak:
tujuan teman nak cite psl cara keluarkan kwsp ni psl teman rasa xlama lagi ramai kwn2 teman yg bakal menjadi ribuan segera [bukan JUTAWAN segera ye..] yela...teman sendiri pon dah nak masuk 3tahun kat UPSI ni..kira dah nak abis eddah la ni...pasni bebas..leh nikah lain..haahaa apekene mengena nih? mengong!

ok..sebelum kita sama2 sign surat dr JPA..pas2 sengeh xhengat sampai ke telinga...apa kata kita sama2 pelajari cara2 nak kuarkan KWSP..xla nti kita sesat dan xtentu arah memikirkan duit yg banyak menimbun-nimbum... yeke menimbun chor? FYI..kwsp yg kita n majikan carum selama ni bukanya bleh dikuarkan sume... jgn over excited sgt ye chor.. nti dapat sikit kecewa,kecik hati, bunuh diri..kakaka

kalau dari start keje mmg mike keje dgn gomen, maka pembahagiannya gini..caruman/bonus/dividen pekerja...mike ambil, manakala caruman/bonus/dividen yg kerajaan bagi 2...kerajaan simpan dan masukkan dlm KWAP (kumpulan Wang Amanah Pencen)

kalau penah keje swasta, semua yg mike carum + majikan carum termasuk bonus/dividen..mike boleh sapu.. maka sapa pnah keje dgn swasta $$$ banyakla....

dah faham?? sedeyla 2..budget ingat dapat sume..dapatla beli iphone 4 kan?? hahahaaaa..harapan jela.. teman pon intai2 gak iphone 4...xpe..xpe..syukur dgn apa yg ade... seterusnya kita tgok plak dokumen yg perlu ada:
- pastikan dah dpt surat pengesahan pencen dr JPA...
- bila dah dpt surat n dah sign..jgn trus p KWSP..iskh! gelojoh taw! download borang KAT SINI. baca btol2!! pastikan sume dokumen yg diperlukan telah disahkan dan dikepil bersama2.. no stapler please!
- dah lengkap borang..trusla merempit ke KWSP yg berhampiran.. nak pos pon boleh..cuma kalau mike p anto sendri...nampakla yg mike ni bersemangat nak dpt duit..hahahaha

dlm borang 2 ade tulis [make sure xde potongan kwsp dlm slip gaji] tp kawan teman kata boleh je anto dulu borangnya..kalau ade bakii kemudian hari boleh dikeluarkan...dasar xtau sabar la ni!!

anyway, tempoh proses borang ni pon makan dalam 3 bulan  1 bulan paling lama(teman silap bg info yg dlu 2.. bulan plak..adoiyai.thanks pd yg inform!!).. so pd kengkawan teman yg udah menggeletis nak menikah 2.. bleh tunangla after sign pencen.. pastu 6 bulan kemudian terus kawin.. psl duit KWSP kompem dah bley kuar!!!!
so GOOD LUCK sume.. 
SELAMAT MENJADI RIBUAN SEGERA!!!!!


saja saya buat entri ni..sbb kesian tgok kwn2 yg ikat perut dek kerna nak masuk minang awek terchenta..hahahaha


pss..pss xdpt iphone 4..blackberry +celcom prepaid pon cun jgk!! klik sini
kalo rase info ni sgt berguna..sila2 lah click iklan nuffnang teman... moga2 dptla lepas duit buat beli iphone 4..hahaa

Saturday, September 25, 2010

kampus UIAM di pagoh 2012

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan membina kampus di Pagoh, Johor tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, UIAM akan menjadi rakan kongsi penting bagi Hab Pendidikan Pagoh yang bakal diwujudkan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berharap kampus Pagoh akan dapat memulakan operasi pada 2012
yeay!!! syoknye ade u kat pagoh..nti lehla test power..kalau dpt pindah pagoh pon ok pe.. dekat ckit dgn umah mak...

>>nape makin berumur makin nak dekat je dgn mak ek??

Tuesday, August 17, 2010

Insurans kenderaan 1st party vs 3rd party


sekadar hiasan pembakar semangat :P

sebelum start cite psl jenis roadtax kete.. izinkan saya jerit sekuat hati
uwaaaaaaaa... terbang RM1300++ saya arini!!!!!!!!
ok rasanya dah tenang sikit.. hampeh btol owner lama kete ni! dia transfer je premium insuran pd nama husband saya..dia buat xsampai setahun..so NCD kami xley bring forward.. jd kali ni buat insuran sama mcm kita buat insuran baru NCD 0%.. patutnya renew dpt 25% diskaun. NCD 2 ape?? NCD 2 adalah NO CLAIM DISCOUNT. maksudnya kalau dlm tempoh 12 bulan kita pgg insuran kereta 2..xberlaku sebarang kemalngan n tiada claim..so kita berhak dpt potongan ms renew insuran tahun berikutnya..sbanyak 25%...banyak 2........ bygkan 25% x 1300 =325.so sy hanya perlu byr 975 jek! pergh...terbang duit raya ku!!! so pada sesapa yg berniat nak beli kete dr tgn org, tgok insuran elok2..pastikan setahun ye!!

ok now stori mori psl insuran.. dlm seminggu lepas saya sibuk riki insurans..insuran ape yg sesuai dan coverage ape yg disediakan... almaklumlah..kete honda @ badak biru cik wan 2 dah lebih 12 tahun..agak season...hehehee.. insiden lawak yg xdpt saya lupekan adelah psl cik wan bg tau, yg nyonya alliance cadangkan insuran berjaya sembuh kat dia..sy search internet xde.nama insuran 2..punyala dia marah dgn auntie 2..rope2nye...semalam kwn saya kata nama insurans 2 berjaya sompo insuran yg sama dgn kete honda dia..hahahaha... salah ckp atau salah dgr..erm...biarlah luncai terjun dgn labu2nya...

anda tau ke beza 1st party insuran @ comprehensive dgn 3rd party insuran???
xtau kan?? kasi geleng itu kapla! hehehee
1st party insuran @ comprihensive insurance biasanya akan cover both kereta kita n kereta yg kita langgar (sekiranya ekcidenla kan..).. banyak advantage yg boleh kita combine dgn insurance 1st party antaranya perlindungan cermin, perlindungan bencana alam.. insurans ni juga biasanya cover kemalangan, kehilangn, dll depends pd jenis insuran yg kita ambil..

kalau insurans 3rd party biasanya xcover kereta kita! hanya cover kereta yg kita langgar sahaja.. maksudnya kalau eksiden, kita langgar org... org 2 akan claim pakai insurans kita.. n kete kita repair pakai duit dr poket sendri... lagi satu insurans ni mmg xcover apa2 la pada kenderaan kita..tmasuk kecurian, cermin pecah dll..

smlm tanya member..dia amek insurans apa..katanya 1st party.. saya tanya cover cermin ke? erm..xpasti katanya..cover kecurian x? erm..xpasti katanya.. camnila budaya yg bahaya.. mmg skrg kita rs cam xpenting..hidupkan insuran sbb nak idupkan roadtax.. tp malang xberbau...sapa tau kan.. nti bila dah exciden or kete hilang..br sedar.. xcover sume 2...

kesian kat agen insurans kurnia td.. abis sy tanya mcm2..yela byk nak kene byr 2..
apa yg sy dpt dgn insuran sy ni adalah cover kemalngan dlm keadaan berlanggar, kerosakan mekanikal, haus atau lusuh (merujuk ps tayar kot?), dihempap pokok(selain bencana alam), kebakaran, letupan, kilat, pecah masuk, niat jahat (cam kene simbah cat dgn along kot), towing kete ditanggung hingga rm200 (kalau xde towing, laki sy leh tow sendri)... heheee pastu kalau kete kat wokshop insuran bg rm140/sehari masimum 10 hari.

2 dia...manis2 je sume janji 2 kan..esok kalau jadi pape..susah nak claim..aku cekik2 mr.kong ni!! huhuuu..so pada kwn2 sume...slamt meneliti insurans masing2 ye...sediakan payung sblm hujan :P


Wednesday, August 4, 2010

bumbo seat... fakta yang anda perlu tahu!!

just nak share pada sesapa yang xaware mengenai hal ini.. penah dgr x bumbo seat? ala...kerusi sederhana empuk untuk baby 6 week -14 bulan 2.. yang ade mcm2 kaler.. xtahu jugak?? meh saya tunjukkan...
nilah bumbo seat..ade mcm2 kaler..lihat baby 2 sangat gumbira kan??
nak imej lebih jelas??? tgok yg bawah ni..
sangatlah gumbira anak ni...
maira dlu memang peminat setia bumbo seat ni.. tiap kali kalau mkn kat PD..mesti dia usha jek kusi anak tokey kedai..n tiap kali 2 la tokey kedai bg dia duduk kat kusi 2... ni masa maira lom pandai jalan, n duduk pon kene supportla..skrg kalau letak dlm bumboo seat ni.. harus seat 2 yang terbang..hahaha

nape ibu maira xbeli seat ni??? 1st reason sbb mahal..dlm RM180++ kalau xsilap.. n tak worth it rasanya..sbb kejap jek leh pakai... then saya cam musykil skit dr aspek keselamatan kerusi ni... so suatu ketika dulu dgn sungguh rajin sy telah buat research (sebenarnye xresearch pon...klik kat google search jek! hahaha) so saya dapati product ini telah ditarik balik di sesetengah negara..n yang pasti Malaysia blom buat lagi..n saya pon xpasti kenapa Malaysia slalu lambat dlm hal2 berkaitan keselamatan cam ni :P ups!!!

sedikit kronologi pengenalan bumbo seat di m'sia.... pada awlnya bumbo seat dikatakan:
1. direka khas bertepatan dengn postur badan baby..membolehkan baby duduk sendri tanpa bantuan seawal usia 6 minggu ok yg ni je saya dah kompius..kalau tau mak2 kita..mampuih..adeke anak br 6 minggu dah didudukkan.. amareka btol! hehehe...
2. boleh digunakan dimana saja, pada permukaan apa pon, dan bila2 masa... yola... nanti kita tgok penjelasan sy yang selanjutnya...


ok yang ni plak dapatan yg saya dpt hasil pertolongan p.cik algoogle.
berikutan beberapa laporan salah guna bambo seat yg membawa kemalangan pada penghujung tahun 2007.
The US Consumer Product Safety Commission dan the manufacturer Bumbo International, South Africa telah membuat keputusan untuk menarik balik bumbo seat dari pasaran negara mereka. ini berikutan kesalahan design seat yang menyebabkan bayi tidak selamat sekiranya diletakkan di atas meja atau kerusi. dan bayi juga didapati dapat menyelinap keluar dari kerusi yang menyebabkan beberapa kes keretakan tengkorak bayi...haaa... yelah sgt baby boleh diletakkan di atas apa2 permukaan kan??
so pada parents yg berhasrat untuk bersenang lenang membiarkan baby duduk depan tv menonton cd barney seorang diri..fikir2kan lah.... bukan maksud saya kerusi ni xboleh beli langsung..tp kalau nak guna make sure di bawah pengawasan anda..ok??


kalau sy..mmg saya xbeli dah..wat pe nak minta bala...sdgkan banyak lagi alternatif lain yg kita boleh guna.. n kalau baby 2 xboleh duduk lagi..janganlah dipaksa... biarlah dia membesar secara semula jadi...ok???


kalau fakta yang saya katakan ni silap...tolong betulkan lah ye..sama2 kita jadi parents yg terbaik!!! 

Friday, July 23, 2010

syaitan itu mmg setan!

bila kita berada dlm keadaan tegang,keliru, marah..syaitan mesti dtg membisikkan godaan dan kata2 busuk bak bau longkang... Alhamdulillah..keputusan saya untuk mendiamkan diri membawa perubahan positif dlm diri sy. sy rasa lebih tenang, kurang marah dan tidak sedih lagi....thanks juga kawan2 yang motivate sy secara langsung atau kurang lansung..:P

kebiasaanya, kalau dulu2 bila saya sedey saya akan makan, makan dan makan.dan inilah hasilnya.. hahahaa... skrg saya dah xmacam 2, kalau saya sedih saya akan shoping! ah....shoping is the best therapy.. tp syaitan xpenah lepaskan peluang nak menggoda.. ade ke patut td dia goda saya masa saya tengah window shoping kat jualan gudang kat tanjung malim ni... dan hasilnya...... saya beli 2 cadar, sarung bantal, kasut maira n one traveling beg... jahat btol setan ni! [alasan je 2, salah kan setan]

anyway, kat jualan gudang 2, boleh tahan juga harga barang2nya, promosi ramadhan dan syawal brg kali. baju2 berjenama baby kiko , banyak pilihan dan harga murahla..skirt jeans yg comel2 [bakal buatkan punggung maira lebih seksi], seluar jeans, overal..comel2 juga.. dlm lingkungan harga 20++..kira murah la 2..
cadar yang saya beli pon campuran cotton dan poliester yang harga asalnya rm179.00 saya dapat dengan harga rm29.90...boleylaaaa......

so kwn2 yang nak pegi cucuk duit kat cimb bank, bank islam, eon bank, bsn, blehla singgah sebentar kat ctu..cuci mata.... hehehe... ingatlah setan 2 ade kat mane2 je menggoda.. [terbang duit i tadi....]

Tuesday, July 13, 2010

selaku ibu bapa ape tindakan ANDA?

 ini hanya my personal opinion..kalau nak baca,silakan..
kalau rasa2 xsuka sila klik button [X] kat sebelah kanan atas 2 ye!!
**read this 1st KLIK

ye..mungkin terlalu awal untuk saya memikirkan semua ini [itulah mentaliti yang perlu kita ubah, jangan dah terhantuk br nak terngadah]. ngeri rasanya bila baca berita berkaitan jenayah juvana kat surat khabar. merompak,merogol...dah jadi satu budaya atau hiburan remaja masa kini..sapa yang harus dipersalahkan? dan mcm mana kita as parents nak bantu untuk turunkan statistik jenayah juvana ni??

memetik dr artikel berita harian
Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata dari sudut psikologi, kanak-kanak dan remaja yang tidak menerima perhatian serta kasih sayang mencukupi akan memanifestasikan ketidakcukupan ini dalam bentuk salah laku untuk menarik perhatian kepadanya.
saya sangatlah setuju dengan kata2 beliau ni..ibu bapa adalah pihak yang harus bertanggungjawab untuk mendidik dan mnegawasi anak2. bukan sekadar menyediakan makan pakai yang lengkap, tp haruslah menitik beratkan hal agama, dan memupuk semangat kekeluargaan supaya anak2 rasa dihargai, diperlukan dan dikasihi.....didikan ni perlu dilakukan sejak kecil lagi..supaya ianya tersemat elok dlm jiwa anak2.

sbb 2 kalau kita lihat. dulu xbanyak jenayah2 kejam membabitkan kanak2 dan remaja. walaupon dulu kebanyakannya hidup dlm keadaan daif, xpon sederhana..kenapa? sbb mak ayah dulu kerja sendri, dekat dgn rumah..jarang sekali meninggalkan rumah berhari-hari atau dari kata lain...mak ayah sentiasa ada masa untuk anak2...betul x? xperlu pon pendidikan seks kat skola?

sekarang ni..mak ayah sibuk.. ade yang kerja lebih 10jam sehari..ya! semua ni atas desakan hidup.untuk cr rezeki,untuk diberikan pada anak2 juga.. tp itulah yg harus kita ingat. by hook or by crook mesti sediakan masa untuk anak2.. dengar apa mereka ingin sampaikan dan jangan hanya berharap yg mereka saja harus mendengar kata kita...

selain dari meluangkan masa untuk anak2, ibu bapa juga perlu menjadi lebih telus dalam mendidik anak2.. maksud saya..sekiranya melarang sesuatu tindakan anak, haruslah disertakan dengan sbb tindakan itu dilarang dan beritahu akibat terhadap anak sekiranya mereka melakukan sesuatu tindakan itu.. ini dapat mengelakkan anak2 dr rasa dikongkong.. marah anak mungkin seketika.. namun apabila dia memikirkan alasan yang ibubapa beri..mungkin dia akan faham.. lazimnya ibubapa sentiasa say 'no' untuk permintaan anak2 tanpa memberikan penjelasa..ini membuatkan anak2 jadi lebih memberontak..

kadang2 saya respect cr org putih didik anak mereka.. mereka slalu merendah diri dgn say sorry pd anak.. org melayu..susahkan nak kata sorry.. n some more, the sex education normally came from their parents.. what do you think? sholud we talk about sex education to our child? pd saya perlu.. bincangkan dr sudut agama..mengapa perlu ada batasan pergaulan dlm islam..mengapa hubungan intim dilarang dlm islam.. this is when the time came... bukan waktu maira setaun jagung ni..harus nganga je...tp easy to say! nak execute yang suah..btol x?


untuk saya sendri as mummy to maira.. saya akan cuba untuk jadi sahabat dia.. dari sekarang sampai dia besar kelak, hingga dia boleh fikir untuk diri dia sendri. tp xbermakna saya akan sokong apa sj yang dia buat.. i learn much from my mother. n see now? how close we are? saya rasa cara didikan mak berkesan. cuma adelah add-on item yg saya akan tambahkan dlm modul untuk mendidik maira kelak!!  hehehee...


xperlulah kita penat2 nak pikirkan cara nak atasi jenayah juvana peringkat negara? yg 2 serah kat PM cukuplah kalau kita dapat bendung masalah ni dlm keluarga kita sj..supaya keluarga kita dapat hidup dlm aman dan sejahtera..as parents, we are child before.. so kita harus faham macam mana perasaan budak2 ni bila dikongkong atau terbiar?? so try to be democracy and at the same time guide them with some rule...

one more thing! children adapt from their parents behaviour. so dah jadi mak ayah ni, sume haruslah sedar diri!...jgn nanti anak nakal, marah..tp dia sendri xsedar yg dia pon cma je nakalnya...huuuuhuuuu sekian :P

Monday, June 28, 2010

oh! cukuplaaa~talak 3?

sorry sume... previous shcedule entry, sangatlaaa... menyedihkan n touching.. i pon xingat bila i tulis sume 2.. heheee.. but i really miss him so much!!!

ok... nak cerita sikit apa yang saya baru baca TADI dalam surat khabar.. si polan diceraikan TALAK 3 oleh suaminya.. erm... ape kes ni? cerai talak 3 lak dah tu si polan tengah mengandung lak 2.. zalim al firaun btol!!!
wahai kaum Adam dan Hawa ketahuilah bahawa TALAK itu adalah PERKARA HALAL YANG PALING DIBENCI ALLAH. Ayat al-Qur'an yang menyebut kata cerai berjumlah 13
hal talak @ cerai ni perkara serius.. xbley dibuat main2.. salah guna atau ketidakfahaman boleh bawa kepada kemurkaan Allah.. silap2 boleh sabitkan perkahwinan tersebut terbatal dan seterusnya hubungan intim boleh dihukumkan sebagai zina.. hari ni..banyak sgt kes penceraian kita dengar kan? xkiralah artis ke..kadang2 kawan2 kita pon ade jugak..saya sendiri sentiasa berdoa agar dijauhkan dari cerai berai ni... dan saya doakan semua kwan2 juga dirahmati Allah sentiasa...

em... pelikkan kenapa mudah sgt nak lafazkan cerai dan mudah sgt mintak diceraikan?? saya selalu berpegang pada satu falsafah yg sy dpt masa pegi kursus kahwin dulu iaitu

Friday, June 18, 2010

mcm mana nak bukak file berformat .docx??

ok saya xpandai.. tp saya faham konsep je..hahaha..ntah ape-ape..konon2 rendah diri la kan.. ok back to the future..ceh! file docx adalah file microsoft word 2007. masalah yang slalu dihadapi adalah..sekiranya ada pc/notebook yg xguna word2007 so xbleh bukak dokumen ni kan? ade mcm2 software yg leh tlg convertkan word2007 ke word2003..tp depends pada saiz file...kalau besar berjanggut n berubanlah nak tunggu... nak-nak pulak kalau kelajuan internet bak kura2 jalan reverse..lagila kan...hehehe.. ok..ok bertenang sume, akak ade penyelesaian.........

caranya, silalah download :

Tuesday, May 18, 2010

Panduan memilih susu anak

blogger-emoticon.blogspot.com
ibu2 sekalian sama2 kita timba ilmu ye!
end of this month, maira akan genap setahun.. sayang maira!! so as ibu mithali isi bakul angkat sendri yang prihatin terhadap proses tumbesaran anakandanya, saya telah menjalankan sedikit research atau lebih tepat lagi survey tentang kandungan nutrisi bagi beberapa jenama produk susu formula bayi.. apa yang saya tekankan setakat ini adalah kandungan DHA untuk setiap produk..kenapa DHA?? entah saya pon xsure.. sume org dok cite psl DHA dlm susu... saya tanya pakcik google..so pakcik google pon jawab mcm ni:

apa itu DHA (Asid Dokosaheksanoik)?
- ia adalah nutrien daripada keluarga asid lemak omega-3.
- DHA boleh didapati di dalam otak & ia menjadi nutrien yang sangat penting untuk anak kita.
- 25% daripada lemak terdapat dalam otak adalah DHA.
- fingsinya : membantu di dalam penghantaran maklumat di dalam otak.
- Selain daripada susu, DHA boleh didapati dalam = ikan seperti salmon, tenggiri, herring dan tuna.
- minyak ikan juga mengandungi beberapa peratus DHA.
- sekiranya anak tidak makan ikan yang secukupnya, pengambilan susu yang mengandungi DHA tinggi sangat penting untuk mengelakkan pengurangan tahap DHA di dalam otak anak kita.

ok.sekarang kita dah faham kenapa DHA pentingkan.. so xpayah cerita banyak, kita lihat senarai yang saya dah buat disebabkan kerajinan saya ini. senarai ni dari kandungan DHA tertinggi ke terendah :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...