Showing posts with label idea n karya. Show all posts
Showing posts with label idea n karya. Show all posts

Monday, July 18, 2011

"Microsoft PowerPoint has stopped working"

baru2 ni aku mengalami masalah, dimana powerpoint aku akan crash setiap kali aku cuba menaip. aku hampir gila.apa gunanya ada powerpoint tp xbleh nak menaip n xblehla nak buat presentation. aku ade buat keynote presentation tp malangnya bukan semua tempat ade mac OS.. so aku pon kaji punya kaji..punya kaji..camne nak selesaikan masalah ni. dan walla!!! aku dpt solutionnye.. 

mengikut kajian aku,sbb powerpoint crash adalah kerana aku install dual os dlm macbook aku. so bootcamp telah men'disable' keyboard setting dlm windows. sesapa yg dpt error message mcm ni.bleh cuba step berikut ye;

Bukak Control Panel
pilih view mode “View by Category”, cari bahagian “Clock, Language and Region”
klik pada “Change Keyboards or other input methods”
tekan butang “Change Keyboards”
Tekan butang “Add”
scroll kepada “English (United States)” dan expand tab.
klik '/' pada ceheckbox “US”
Tekan OK.
Tekan OK. — nti korang nampak ada 2 keyboard disenaraikan iaitu “US” dan “United States (Apple)”Tekan OK.
 
harap2 dapat membantula kan.... selamat mencuba!!

Thursday, February 3, 2011

tips penjimatan minyak

ni hao.. speking bahasa cina lak..yela kan gong xi fa chai ni...huhuuu "ni hao kai lan" adlah salah satu cerita kartun fav. umairah ye..heehehe

ok minyak 97 naik lagi kan.. aku mcm xbape amek portla, psl aku pakai 95. bukan x amek port psl xkesian kat pengguna 97. tp aku xamek port psl mslh ni patutnya pemimpin negara yg pk.kalau aku nak pk pon, aku bukan leh wat ape.. ade gakla kwn2 aku yg marah dgn pandangan aku ni..tp nak wat camne.. tgu aku jd PM nti.. aku guna formule pakar matematik yg kata leh turunkan harga minyak 2 ye... UNDILAH SAYA nanti!!!

so arini nak share beberapa tips penjimatan MINYAK KERETA ANDA. sila baca dan fahami ye..
1.elakkan membiar enjin hidup ketika menunggu
sebagai contoh kawan anda sdg menapau makanan, anda menunggu dlm kereta. apalah kiranya kalau buka tingkap dan matikan enjin..cara ini adalah lebih menjimatkan minyak kereta anda.tetapi, ketika anda hendak hidupkan semula enjin, tunggu sehingga penanda suhu berada di kedudukan "C".. ini bermakna enjin telah sedia untuk dihidupkan.. jgn cucuh je kunci kereta, terus pulas utk hidupkan enjin..jawabnya 5 bulan aje la tahan enjin kereta 2.. cuba bayangkan, kalau korang tgh tido...tiba2 ade org kejutkan anda dgn cr menjerit kuat2...best x? mcm 2 la perasaan enjin ye...sila jaga hati kereta...

2. elakkan "jackrabbit starts"
tau x jackrabbit starts 2 ape.. bukan lari2 arnab ye.. elakkan tekan minyak sekuat hati ketika memulakan pergerakan kenderaan. contoh bila lampu hijau je..terus tekan minyak sampai jejak padle.. mak aih...ini kan menyebabkan pembakaran bahan minyak yg tidak perlu dan akan memendekkan jangka hayat enjin anda..


3. elakkan berhenti mengejut
kekalkan kelajuan kereta yg stabil.. elak dari berhenti mengejut, kemudian cuba untuk memecut. tindakan ini akan membakar lebih banyak petrol anda..ini terutamanya org yg guna kereta auto la ni... mcm aku..hahaha

4.memandu dengan kelajuan yang steady
jgn pandu laju sgt atau slow sgt. ikutlah keadaan lalu lintas.. kalau kat highway nak pandu laju ikut lane kanan.. ini untuk elakkan kejadian berhenti mengejut dan seterusnya untuk mengelakkan petrol dibakar secara berlebihan...

5. jaga kebersihan "air cleaner" anda
air cleaner yg kotor akan menyebabkan karburator terpaksa membekalkan minyak yg lebih kepada enjin.hasilnya pembaziran minyak dan pembakaran tidak lengkap.. untuk maklumat lanjut, silalh rujuk kepada pomen masing2 ye..kalau xpaham..huhuuu

6.pastikan bebanan kenderaan dlm keadaan minimum
maksudnya xperlulah mengangkut barang2 yg berat dlm kereta sepanjang masa.. n kalau nak bawak org tumpang kereta pon sialalh pilih yg kurus2.. but make sure yg kurus ni pon xberat tulangnya..wakakaka!!!

7.pastikan tekanan tayar dlm keadaan yg mencukupi
tayar yg kurang angin akan menyebabkan rintangan berlebihan ketika pemanduan. dan hasilnya lebih banyak petrol digunakan untuk menghasilkan tenaga.. so pastikan tayar di pam pada kadar yg mencukupi..

last but not least... cara paling baik nak jimatkan minyak kenderaan anda adalah dengan menumpang kenderaan kawan2 anda ketika minum pagi dan makan tengahari.... jimatla beberapa mililiter petrol.. tumpangla kawan2 yg bujang..sbb diorang ni xbyk sgt tanggungan cam org dah kawin..so after this org2 bujang watch out!! aku nak tumpang keta korang lak ye..hahahaha

ok selamat mengamalkan petua2 ini ye!!

Tuesday, December 14, 2010

LOGIK kah diari di zaman ini?

sorry ye.. ampun sume.. entry ni tidak berniat untuk menyindir mane2 pihak.ini sekadar pandangan sahaja..

biasala masa pegi meeting ari 2, tgok sume ahli mesyuarat ada diary.. tiap kali pengerusi menyatakan tarikh2 penting..masih2 menghunuskan pen..menulis dgn laju..panjang berjela tulisannya.. meeting yg saya hadiri adlah meeting berkaitan inovasi..em..pelik.. mereka merancang untuk melaksanakan inovasi. tp nampaknya..mereka sendiri pon tidak merevolusikan diri.. masih lagi mencatit dlm diary.. bukankah semua sudah dibekalkan dgn blackberry, notebook, netbook, xtermasuk ipad dan iphone.. kenapa xdigunakan saja gadget2 tersebut untuk merekodkan maklumat?? tp..kalau guna gadget sepenuhnya..itu dah kira inovasi dlm kehidupan x?

masih terkenang zaman2 di bangku sekolah dulu.. saya pon ade diari.. beli buku yg cantik..ade kartun.. ada kawan2 pulak..siap beli buku yg ade mangga kecik 2.. hehe sgt kiut.. ape yg kita catat dlm 2.. biasala.. luahan perasaan. kecik hati dgn  mak..dgn kwn.. boyplen.. best friend.. biasala budak2 mentah.. tp yg kelakar 2 ade jugak kwn2 yg kasi org lain bc diari dia..huhuuu salah faham konsep diari..

ok back to the issue.. logik lagi ke penggunaan diari dlm zaman serba canggih ni?? logik x logikla... ia masih boleh diguna pakai.. kat ofis pon masih guna.. secretary slalu guna diari utk catitkan pergerakan serta kegiatan bosnya.. kan? kan?

kalau xla kan..masakan tiap tahun kedai buku ade jual. n publisher still mencetak diary setiap tahun kan.. beza agaknya feel menulis dgn menaip kan.. kalau menulis 2 mungkin luahan rasa dan ayat2 nya lebih berkesan berbanding dengan menggunakan gadget dan sebagainya.. ada jugak alasan kalau dlm bentuk hardcopy ni mudah nak semak dan mudah nak menconteng.. ya..ya...betul..

so kwan2 yg ade diari 2.. i think u all sgt kiut.n berjiwa seni..sebab mencatatkan perasaan dlm bentuk luahan kata.. kira korang ni kategori sasterawan dan sasterawanita.. hehee teruskn perjuangan ok.. pada yg xde diari..jgnla kutuk kwn2 yg ade diari tau.. n jgn sekali2 curi2 baca diari kawan..huhuuu mcm pnah buat je nad?? hahaa,,tp kalau korang buat blog diary...akulah org pertama yg rajin baca..cuma xkomen aje.. hahaa

anyway...sape ade diari 2011 atau organiser...hulur2 la satu kat aku... UPSI xde bagi buku nota ke tahun ni???<< sebenarnye nila tujuan entry kali ni..hahhaa

Tuesday, July 13, 2010

selaku ibu bapa ape tindakan ANDA?

 ini hanya my personal opinion..kalau nak baca,silakan..
kalau rasa2 xsuka sila klik button [X] kat sebelah kanan atas 2 ye!!
**read this 1st KLIK

ye..mungkin terlalu awal untuk saya memikirkan semua ini [itulah mentaliti yang perlu kita ubah, jangan dah terhantuk br nak terngadah]. ngeri rasanya bila baca berita berkaitan jenayah juvana kat surat khabar. merompak,merogol...dah jadi satu budaya atau hiburan remaja masa kini..sapa yang harus dipersalahkan? dan mcm mana kita as parents nak bantu untuk turunkan statistik jenayah juvana ni??

memetik dr artikel berita harian
Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata dari sudut psikologi, kanak-kanak dan remaja yang tidak menerima perhatian serta kasih sayang mencukupi akan memanifestasikan ketidakcukupan ini dalam bentuk salah laku untuk menarik perhatian kepadanya.
saya sangatlah setuju dengan kata2 beliau ni..ibu bapa adalah pihak yang harus bertanggungjawab untuk mendidik dan mnegawasi anak2. bukan sekadar menyediakan makan pakai yang lengkap, tp haruslah menitik beratkan hal agama, dan memupuk semangat kekeluargaan supaya anak2 rasa dihargai, diperlukan dan dikasihi.....didikan ni perlu dilakukan sejak kecil lagi..supaya ianya tersemat elok dlm jiwa anak2.

sbb 2 kalau kita lihat. dulu xbanyak jenayah2 kejam membabitkan kanak2 dan remaja. walaupon dulu kebanyakannya hidup dlm keadaan daif, xpon sederhana..kenapa? sbb mak ayah dulu kerja sendri, dekat dgn rumah..jarang sekali meninggalkan rumah berhari-hari atau dari kata lain...mak ayah sentiasa ada masa untuk anak2...betul x? xperlu pon pendidikan seks kat skola?

sekarang ni..mak ayah sibuk.. ade yang kerja lebih 10jam sehari..ya! semua ni atas desakan hidup.untuk cr rezeki,untuk diberikan pada anak2 juga.. tp itulah yg harus kita ingat. by hook or by crook mesti sediakan masa untuk anak2.. dengar apa mereka ingin sampaikan dan jangan hanya berharap yg mereka saja harus mendengar kata kita...

selain dari meluangkan masa untuk anak2, ibu bapa juga perlu menjadi lebih telus dalam mendidik anak2.. maksud saya..sekiranya melarang sesuatu tindakan anak, haruslah disertakan dengan sbb tindakan itu dilarang dan beritahu akibat terhadap anak sekiranya mereka melakukan sesuatu tindakan itu.. ini dapat mengelakkan anak2 dr rasa dikongkong.. marah anak mungkin seketika.. namun apabila dia memikirkan alasan yang ibubapa beri..mungkin dia akan faham.. lazimnya ibubapa sentiasa say 'no' untuk permintaan anak2 tanpa memberikan penjelasa..ini membuatkan anak2 jadi lebih memberontak..

kadang2 saya respect cr org putih didik anak mereka.. mereka slalu merendah diri dgn say sorry pd anak.. org melayu..susahkan nak kata sorry.. n some more, the sex education normally came from their parents.. what do you think? sholud we talk about sex education to our child? pd saya perlu.. bincangkan dr sudut agama..mengapa perlu ada batasan pergaulan dlm islam..mengapa hubungan intim dilarang dlm islam.. this is when the time came... bukan waktu maira setaun jagung ni..harus nganga je...tp easy to say! nak execute yang suah..btol x?


untuk saya sendri as mummy to maira.. saya akan cuba untuk jadi sahabat dia.. dari sekarang sampai dia besar kelak, hingga dia boleh fikir untuk diri dia sendri. tp xbermakna saya akan sokong apa sj yang dia buat.. i learn much from my mother. n see now? how close we are? saya rasa cara didikan mak berkesan. cuma adelah add-on item yg saya akan tambahkan dlm modul untuk mendidik maira kelak!!  hehehee...


xperlulah kita penat2 nak pikirkan cara nak atasi jenayah juvana peringkat negara? yg 2 serah kat PM cukuplah kalau kita dapat bendung masalah ni dlm keluarga kita sj..supaya keluarga kita dapat hidup dlm aman dan sejahtera..as parents, we are child before.. so kita harus faham macam mana perasaan budak2 ni bila dikongkong atau terbiar?? so try to be democracy and at the same time guide them with some rule...

one more thing! children adapt from their parents behaviour. so dah jadi mak ayah ni, sume haruslah sedar diri!...jgn nanti anak nakal, marah..tp dia sendri xsedar yg dia pon cma je nakalnya...huuuuhuuuu sekian :P

Tuesday, May 18, 2010

Panduan memilih susu anak

blogger-emoticon.blogspot.com
ibu2 sekalian sama2 kita timba ilmu ye!
end of this month, maira akan genap setahun.. sayang maira!! so as ibu mithali isi bakul angkat sendri yang prihatin terhadap proses tumbesaran anakandanya, saya telah menjalankan sedikit research atau lebih tepat lagi survey tentang kandungan nutrisi bagi beberapa jenama produk susu formula bayi.. apa yang saya tekankan setakat ini adalah kandungan DHA untuk setiap produk..kenapa DHA?? entah saya pon xsure.. sume org dok cite psl DHA dlm susu... saya tanya pakcik google..so pakcik google pon jawab mcm ni:

apa itu DHA (Asid Dokosaheksanoik)?
- ia adalah nutrien daripada keluarga asid lemak omega-3.
- DHA boleh didapati di dalam otak & ia menjadi nutrien yang sangat penting untuk anak kita.
- 25% daripada lemak terdapat dalam otak adalah DHA.
- fingsinya : membantu di dalam penghantaran maklumat di dalam otak.
- Selain daripada susu, DHA boleh didapati dalam = ikan seperti salmon, tenggiri, herring dan tuna.
- minyak ikan juga mengandungi beberapa peratus DHA.
- sekiranya anak tidak makan ikan yang secukupnya, pengambilan susu yang mengandungi DHA tinggi sangat penting untuk mengelakkan pengurangan tahap DHA di dalam otak anak kita.

ok.sekarang kita dah faham kenapa DHA pentingkan.. so xpayah cerita banyak, kita lihat senarai yang saya dah buat disebabkan kerajinan saya ini. senarai ni dari kandungan DHA tertinggi ke terendah :P

Monday, May 10, 2010

kawin @ tak kawin?

karam singh walia pon pnah ckp "jangan harapkan guruh dilangit, air tempayan dicurahkan"..tau ape maknanya? kalau xtau sila tanye en.google.

dulu masa sekolah.. ramai sangat yg bercinta satu kelas.. cinta sebelah kelas..cinta sebelah blok (aku la 2).. ada yang bercinta bagai nak rak (cinta sakan). ke hulu ke hilir berdua.. hujung minggu dating aje kojenye.. waktu ko-k pon nak dating.. dicanangnya satu dunia..pasangannya lah yg terbaik..yang ter romantik..yang terrrsayang..sumenyalah TER! sampai org meluat @ jeles kat diorang ni... tp akhirnya....... xsumenya jadi. boleh dikira pakai jari brapa org yg akhirnya kawin. cinta monyet lah katakan.. ada jugak yang tak bercinta zaman sekolah @ cinta sorok2...tp tiba2 sampai je kad wangi kat umah kita...uish..kecoh la..sume org terkezut... ada jugak yang saling benci-membenci dan akhirnya berkongsi hidup bersama...samada bercinta sakan 2 jadi @ xjadi ade positif dan negatifnya...

tp yang lebih menakjubkan adalah..org yang konon2 xsuka gila pada seseorang..and it end up...akhirnya mereka ni kawin..ni bukan xsuka yang biasa2... ni xsuka dan membuli hamba Allah tersebut. dia take advantage pada hamba Allah yang suka kat dia.. sbg contoh : tolong dia wat keja sekolah..hantar dia pegi ko-k, teman dia pegi kedai & bayarkan brg2 yg dia beli...uish..plastic! dalam pada masa yang sama...dia banyak lagi sparepart lain... yang Hamba Allah ni pon layan aje.. walau tahu dia sdg diperkotak-katikkan... setia dan tures mengharap..nasib baiklah kawin kan? kalau tak kawin..musti hamba Allah 2 dendam je kat dia.. maka jadilah insiden ....... (nauzubillahiminzaliq). saya doakan si tut & tut..bahagia dunia akhirat ye! :)

saya antara couple yang bernasib baik..sbb setelah hampir bertahun-tahun-tahun bercinta sakan..kawin juga akhirnya.. mcm telenovela kisah cinta kami... anda bagaimana? pnah bercinta zaman skolah? sekiranya anda atau bekas BF / GF anda telah berkahwin..pnah tak terserempak dgn mereka?? saya dan cik wan pnah juga bayangkan........ mcm mana sekiranya kalau kami xkahwin.. bila terserempak macam mana agaknya perasaan kami.. xmustahil untuk jumpa selalu sbb rumah parents kami mmg dekat.. erm.... pada saya.. yang pertama mesti saya malu kerana mengenangkan saya pernah memberikan rasa kasih saya padanya dahulu dan  untuk cik wan dia nyatakan dia sedaya upaya akan cuba untuk mengelak dari berjumpa dengan saya.. masing - masing ada pendirian tersendiri...

saya juga ada kawan2 yang bercinta sesama kawan.. bila perhubungan mereka putus..ada yang kekal bersahabat dan ada juga yang merenggangkan hubungan @ cuba menghindari antara satu sama lain... apa yang saya cuba tanyakan pada diri sendiri..wajarkah kita saling berhubung dengan bekas kekasih kita sedangkan kita telah pon berumah tangga... ada sahabat yang menyuarakan rasa kerisauannya sekiranya pasanganya kini dapat tau yang dia masih lagi bersahabat dengan bekas kekasihnya..samada secara formal atau melalui facebook dll..

pada saya mudah saja... kalau persahabatan yang dibina ikhlas tanpa sebarang perasaan kasih sayang, apa salahnya..berkawan biar seribu, bercinta biar satu.. yang paling penting..diri sendri perlu jujur dalam persahabatan dan perkahwinan.. pada himat saya..kalau dah ade rasa risau 2.. mesti ada sebabnya..risau akan jatuh cinta lagi??? better stop! xpayahla cari susah! nanti jadi macam ADAMAYA... saya sendiri xpernah nak menyusahkan diri untuk berhubung dgn bekas-bekas (jika ada). tapi...... kalau di tanya pada saya..boleh ke cik wan nak kawan dengan ex-girlfriend dia??? jawapan saya... XPAYAH la... kalau xde sebab yang memerlukan dia berhubung dengan ex nya... buat apa?

biarla org kata saya gila kuasa, queen control, dan yang sama waktu denganya.. yang penting kita cuba merancang yang terbaik dan berdoa agar Allah memberikan yang terbaik.. kalau kita gagal merancang, sememangnya kita merancang untuk gagal....wassalam......

Wednesday, May 5, 2010

tukar header...like mine :)

b4 memberi tunjuk ajar.. saya minta maaf psl lambat sgt wat entry ni..kawan saya tanya mcm mana saya tukar header...so ari ni saya nak tunjuk cara yg amat senang untuk tukar header supaya jadi comel mcm header saya..(comey ke)


1. right klik pada header lama dan save kan imej tersebut. (tujuan : supaya dapat mengambil ukuran / saiz banner tersebut). camni ye :

2. pastu buatla header baru..mcm saya punya tu saya guna cropmom online scrapbooking. anda juga boleh guna aplikasi online yang lain...atau guna photoshop / photoscape dan yg sama waktu dengannya...

3. selesai rekaan header.. pegi pada dashborad..kemudia klik layout...dibahagian page element..klik pada edit
header.. kemudian anda akan nampak ini :
cari dimana anda simpan header anda td... dan kemudian pilih button "instead of tittle and description". dan terakhir sekali klik SAVE.. tadaaa~~~~ dah siap dah header baru... leh lah eksyen dgn kwn2 lain... *(xbaik takbur..tuhan xsuka)

hope dpt membantu sasha ye!! nad explain ringkas je... kalau xmenepati kehendak sha..inform me :) cheers!!

Wednesday, April 14, 2010

teknik tukar header paling terhandal di m'sia

nad rajin ko hupdate blog ko n tukar header ye..
jawapan ku: ko ingat aku giler xde keje lain.. aku slalu wat schedule posting la.. n psl header 2 bukan susah pon nak tukar..meh aku ajar..

sebelum


selepas....


jom gelak sama2...hahahaaa

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
p/s : kadang2 kalau saya malas..saya jadi malas tahap cipan.. kalau saya rajin..saya rajin mcm arnab (yeke?) yang penting xsusahkan org...

Monday, January 4, 2010

KeAjAiBaN sIfIr 9

Pagi ni kat MHI ada tunjuk muka budak2 masuk kelas darjah satu. ade twin ni kene interview..sgt chumel jawapannya... yang paling xley blah..bila ally iskandar tanya "rumah kat mane?" dua2 jawab "blog H!" mesti masa dia main2 kat kawasan umah dia dlu, mak dia pesan..kalus sesat ckp kat org kamu duduk kat blog H tau..kekekeke....
seingat aku masa aku masuk darjah satu dulu..abg tiri aku yg hantar.. masa 2 kat sek.keb.tmn tun aminah JB.. so long-long time ago.. masa 2 aku xnangis pon.. cuma takut masa nak popo' coz takut nak p toilet..hehehe.. seronok jugak bila ingat2 zaman skola.. xpyh pk2 dateline, SKT, bos, anak buahla... pegi skola, bunyi loceng p makan2, bunyi loceng lagi balik umah.... manyak rindu itu time lor..
masa SPM aku antara bdak yg paling byk prob dgn matematik. kalu kat mrsm muo' akulah antara yg slalu kene panggil kat kelas tambahan matematik. tp result SPM i matematik dpt A1. terkezut cikgu math aku tau! teringat waktu skola rendah dulu..ari2 dok afal sifir.. ade je masalh. ingat sifir 4 sifir 7 lupa. ingat sifir 7 sifir 9 lupa..
satu hari yg dingin...cikgu matematik masuk kelas dgn rotan, dia tanye sifir 9 kat aku. masa 2 darjah 3 kot. aku fail xpat jwb.. kene la sedas rotan kat tangan.. huhuuu... pas2 dia ajar la formula tangan kanan n kiri tok ingat sifir 9. pas je dia ajar 2..aku cam kagum gila dgn sifir 9 ni.. senang je nak ingat ropenye..hehehe aku tak tau la kalu ade sesapa yg xtau..tp aku rs formula ni universal.. cam sume org dh tau.
tp aku cubalah jelaskan kat sini dgn mudah ye....
skrg kita mula 1 x 9 = 9, angkat dua2 tangan anda, sembunyikan jari kelingking sebelah kanan. anda lihat... sembilan jari tegak kan?? ala memangla...bosan..
seterusnya 2 x 9 = 18, skrg tgakkan jari kelingking tadi dan sembunyikan jari manis kanan anda. nampak x? jari kelingking mewakili 1, jari lain berjumlah 8..so 18 la kan? wow!
kita teruskan, 3 x 9 = 27, skrg tgakkan jari manis dan sembunyikan jari hantu. so jadi 2 jari (manis dan kelingking) n yang lain berjumlah 7.. anda kagum?? wow! wow! wow!
kemudian teruskanlah...sampai 10 x 9...anda pasti teruja..kerana kaedah ini sgt berkesan taw!...so nanti leh la ajar anak, adik, anak penakan, pcik kat kdai makan 2...
ok...selamat mencuba..daa...

Wednesday, December 2, 2009

LaDAnG yuP SiNg

This is a story about yup sing farm. read if u feel like you want to read. stop reading if u feel that it is not logic.



Satu masa dahulu, tinggal seekor lembu yang kesunyian di sebuah ladang milik pak abdul. Setelah kematian pak abdul, lembu tersebut telah dijual kepada yup sing, penternak haiwan yang sukses. Lembu tersebut pon di pindahkan ke sebuah ladang yang sgt harmoni dan aman damai. Di dalam ladang tersebut terdapat pelbagai haiwan2 peliharaan lain seperti sekumpulan angsa yang sombong, sekumpulan ayam yg gila2,seekor kambing yg poyo, sekumpulan itik yang kepoh, dan beberapa ekor arnab yg blur2.. lembu ini berasa sgt risau kerana dia adalh haiwan yg paling besar di situ, namun dia tidak mempunyai kawan yg sejenis dgnnya.. walau bagai pun tanggapan sang lembu itu silap, kerana setibanya di ladang yup sing, semua haiwan menyambutnya dgn baik dan mesra…

Hari berganti hari, mereka hidup dgn aman damai..saling hormat-menghormati. Kini, tiba hari pilihanraya di ladang tersebut. Pilihanrya ini dijalankan bertujuan untuk menggantikan ketua ladang yg telah pun uzur.. setiap haiwan memikirkan siapa yang hendak dicalonkan untuk post tok ketua ladang.. walaubagaimanapon, yup sing, empunya ladang telah menggunakan kuasa vetonya untuk melantik sang lembu kesunyian tersebut untuk menjadi tok ketua ladang. Nak xnak kesemua haiwan perlu bersetuju..

Sejak dari hari perlantikan, keadaan di ladang mula berubah oelh kerana masing2 mempunyai calon idaman kalbu... Sume haiwan telah berpuak2.. masing2 xmo kwn dgn sepsis yg lain.. namun kumpulan angsa yg sombong mempunyai srategi tersendri. Mereka menjadi tulang belakang sang lembu, selain menjadi penghasut kepada sang lembu..

Satu hari datang seorang saudagar unta dr mesir, sekadar bertanya apakah rasia kejayaan yup sing menguruskan ladangnya yang penuh dgn haiwan peliharaan yg pelbagai jenis.. setelah berbual2 mesra, saudagar unta menawarkan sejumlah wang dinar kepada yup sing supaya memberikan baka ayam untuk di bawa pulang ke tanah airnya.. melihatkan jumlah wang dinar yg bling-bling banyaknya…yup sing berkira2 dan menelek ayam yang mana hendak diberi, kerana yup sing sayang semua ayamnya. Lalu yup sing bertanya kepada tok ketua ladang @ lembu kesunyian untuk mencalonkan ayam yang mana untuk diberikan. Sang lembu dgn hasutan sang angsa telah mencalonkan Ok dan Ik sepasang ayam untuk diberikan kepada saudagar unta. Maka bersetujulah yup sing dgn cdgn tok ketua ladang tersebut…pergilah si Ok dan Ik mengikut saudagar unta.

Alkisah… kumpulan angsa dgn kumpulan ayam memang kurang serasi sejak dulu lagi. Almaklumlah, bahsa pertuturan juga berbeza, sering kali berbahas, namum masing2 xfaham…berbalik kepada kisah ladang yup sing.. sejak pemergian Ok dan Ik.. ladang yup sing mula menjadi muram dan suram.. semua haiwan xberpuas hati dgn keputusan tok ketua ladang. Kasihan mereka terhadap Ok dan Ik, kerana kedua ekor ayam tersebut adlah penyeri ladang yup sing… maka bermulalah demonstrasi secara senyap dikalangan haiwan untuk menggulingkan tok ketua ladang.

Pada suatu ptg yg hening seekor ayam dtg berjumpa dgn tok ketua ladang untuk menyuarakan harapannya supaya rakan karibnya sang Ok dan Ik dapat pulang ke ladang yup sing.  Namun tok ketua dgn selamba memberitahu ayam bahawa keputusan tersebut telah dibuat oleh yup sing.. pulanglah ayam tersebut dgn kesedihan.. tahun br menjelang tiba, seperti kebiasaan, ladang yup sing bakal menerima pendatang baru. Jd ramailah pengusaha ladang, penternak yang dtg membawa haiwan masing2 untuk di jual kepada yup sing.

Tiba2, kelihatan cik mok bedah, yang mana telah pon menjualkan angsanya kepada yup sing 6 tahun lepas. Kali ini cik mok bedah datang lagi dgn membawa angsa juga. Yup sing merekodkan setiap detail haiwan yg bakal ditempatkan ke ladangnya.. setelah melihat cik mok bedah datang, Kumpulan angsa yg sombong tanpa menunggu lama meluru kepada tok ketua ladang dan mencadangkan agar angsa tersebut diambil sebagai ahli baru ladang mereka..

Setelah diracun dan di hasut, tok ketua ladang dgn segera memberitahu yup sing tentang pilihannya untuk ahli baru ladang iaitu seekor lembu dan seekor angsa yg cik mok bedah bawa. Jadi yup sing pon berkira2 amaun yg perlu dikeluarkan untuk mengambil 2 ekor binatang tersebut. Ternyata harganya sgt murah. Almaklumlah lembu kan spesis bodoh dan  angsa cik mok bedah memang blur.

Dalam hanya beberapa tahun  tempoh sang lembu menjadi tok ketua ladang maka penuhlah ladang dgn lembu dan angsa saja.. berjayalah hasrat sekumpulan angsa tersebut untuk memonopoli ladang yup sing. Dan untuk haiwan spesis yang lain di ladang tersebut terpaksa jua meneruskan kehidupan, walaupun  hari-hari yg mendatang amat memedihkan perasaan. Makanan terpaksa dicatu, pergerakan dipantau.. ladang yup sing yg dahulunya aman damai, kini telah diselubungi kegelapan……..

apa agaknya pengakhiran kisah ladang yup sing ni…kene tunggu tok ketua ladang diganti dgn spesis yg lain pulak lah ye??!! Hehee….

Monday, November 23, 2009

DrIvER bERkAcA mAtA HitAm

Just now aku drive to office from home. hujan agak lebat. suddenly ade satu kereta toyota vios bangsat telah potong aku dr kiri.nak kejar traffic light la gamaknye.. then  i saw her, a woman ok! wearing sun glasses on rainy day.. sambil menyumpah seranah dia.. aku tergelak kejap.. WTH ujan2 ni pakai sun glasses? hahaha...poyo!

but then aku teringat IDA penah ckp kat aku.. waktu ujan kalu nak nmpk dgn lebih clear better wear sunglassses. at that point, ms ida bgtau aku..aku trus pakai. so aku teringat di kala hujan lebat n dikala hangat terhadap pompuan vios td, aku pon pakai.. 1st time pakai waktu hujan lebat ni.. peh! unbelievable. CLEAR ABIS SEY!!! i'm talking about raining during day ok.. kalu mlm2 hujan ko pegi pkai sunglassess gamaknye ke gaung la nti..

so kesimpulannya...sape2 yg xpnah cuba drive while raining by wearing sunglasses..leh cuba pasni. sure clean n clear.. try la..la jgn malu2.. kalu selisih dgn kete aku nti..aku xgelak..paling idak aku bukak tingkap ckp "HA ... TULAH XNAK CAYA AKU CAKAP!!!" kehkehkeh...


p/s; to penduduk tnjung malim, please behave urself while driving. coz kalu ko buat onar...pasti senang nak cam n psti kita akan bertembung lagi onroad.. takat tanjung malim ni kecik jek..celah gigi.. majoriti staff upsi kan.. so WATCH OUT!!!

Monday, November 9, 2009

JeLeS...

cemburu buta btol bila tgok kwn2 p fly sana..fly sini.. bukan fly mcm waktu asrama dlu. 2 fly curik2 kuar asrama semata-mata nak p psr mlm.huhuuu.... ni fly p middle east la, london, manchester, jepun, australia, sana sinun bagai.. masa ni la rase cam frust giler..menyesal pon ade..  
2 la kau dulu soh blaja pandai2 xmo..berangan jek.. do jd gengsterla, senior samsengla...

 hahahaha what by gone is by gone. ye la 2.

orang pandai...
bila habis belajar dapat keje berbagai-bagai
sume majikan terkejar - kejar
gaji beriban-riban
travel xsempat nak ukur jalan

org pandai
poket tebal
tiap kali gaji senyum semacam
blom abis gaji ni.. da dapat gaji bulan depan
makan pon kdg2 bertanggung, pakaian berbekal..

org pandai,
mesti xpernah menyesal,
psl dulu belajar bagai nak pengsan,
dapat keputusan goyang kaki org yg dtg.

org pandai,
bukan aku,
sbb dulu aku malas
sbb aku banyak main,
skrg dapatla apa yg aku buat,
sapa2 yg baca ni bwk2 insaf,
jgn jd mcm aku,
nti ko menyesal......


ape nak jadi? ape nak jadi? samai sekarang xpuas hati!?? bukan xsyukur ok..

Wednesday, October 21, 2009

xDe koje.. translating the lyrics idiOtly...

this is the lyrics in english...

Lyrics | Baby When The Lights Go Out lyrics

so yg ini dlm bahasa melayu ok u all!!!
________________________________


apa?
Yeah uh
kita mula
cuba cuba
uh ape

sayang bila lampu tutup
(Yeah uh kita mula) (cuba cuba)
aku tunjukkan apehal sume ini
(datang pada mu, kau pasti suka ini)
(Uh jom kita mula) (cuba ini)

aku xrasa bersalah dgn perasaan aku
aku tau kau rasa aku xjujur
dgn cara ku melayan mu
aku xberniat nak zalim sgt
hanya yg aku fikirkan
hebat giler dgn kau pompuan

sayang aku xrasa begitu, kau tau kau ptut pecaya ku,
(kau mesti pcaya)
sayang yg ni kita tak kautim (oh tak tak)

sayang bila lampu tutup
setiap perkatan xleh jelaskan, kasih sayang dan kemesraan
aku tunjukkan apehal sume ini
sayang aku janji ko pasti dtg kat ku, jadi syang datang la kat aku,
bila lampu tutup

(Uh Yeah, cuba ni) (cuba yg ini, baris kedua pompuan)

aku tau kau rasa ini sume tipu
xguna kita nak gaduh
sbb aku da sgkut kat kau
aku nmpak yg benar, kat mata kau
aku xkan tertipu dgn penyamaran mu
aku dapat lihat yg aku dpt laluan

pompuan jgn tidakkan perasaan kau, kau tau kau patut pcaya ku
(kau mesti pcaya)
bg ku peluang buktikan aku ori..(oh yeah yeah)

sayang bila lampu tutup
setiap perkatan xleh jelaskan, kasih sayang dan kemesraan
kan ku tunjukkan pehal sume ini,
sayang aku janji ko pasti dtg kat ku, jadi sayang datang la kat aku,
bila lampu tutup
(sayang bila lampu tutup)
setiap perkatan xleh jelaskan, kasih sayang dan kemesraan
kan ku tunjukkan pehal sume ini,
sayang aku janji ko pasti dtg kat ku, jadi sayang datang la kat aku,
bila lampu tutup

da blackout pompuan lampu da xde
aku dpt rasa ko makin dekat, bukalah baju
bdn kau nampak lembut, antra kain aku baringkan kau
pompuan aku bukakan sarung kaki kau, bukak blok kau pompuan aku jatuh bwh tok ape sj
ade bende tok selamanya
macam kau dlam idup aku pompaun..2 je yg aku perlu
tiba masa nak bertenang ko buat aku jg tinggi

(Uh Yeah, aku suka tu)
(kau bkn aku)

sayang bila lampu tutup
setiap perkatan xleh jelaskan, kasih sayang dan kemesraan
kan ku tunjukkan pehal sume ini,
sayang aku janji ko pasti dtg kat ku, jadi sayang datang la kat aku,
bila lampu tutup

sayang bila lampu tutup (bila lampu tutup)
setiap perkatan xleh jelaskan, kasih sayang dan kemesraan
kan ku tunjukkan pehal sume ini, (aku tujukkan kau ape ni sume)
sayang aku janji ko pasti dtg kat ku, jadi sayang datang la kat aku,
bila lampu tutup

sayang bila lampu tutup (bila lampu tutup)
setiap perkatan xleh jelaskan, kasih sayang dan kemesraan
kan ku tunjukkan pehal sume ini,
sayang aku janji ko pasti dtg kat ku, (tenggelam)

wahahaa... gilos nye direct aku translate..ni pon da nak pecah pale. http://www.emocutez.com ni da kira lirik 18SX..hahaa..ampon sume.aku giler kejap ari ni uall!!


P/S: dis is dedicated to my exroomate mase kat kutkm.. eppa, watie, che'na, aini, mus n mcda.. miss u all so much..muaxxxhttp://www.emocutez.com

Tuesday, October 6, 2009

~JAUH~

kenapa dia makin jauh
semenjak dia mula kenal hitam itu
dia juah dr kami
makin jauh..jauh.....

ape yg dah hitam lakukan
sampai dia lupa daratan
lupa segala kenangan
lupa segala pengorbanan

tp aku..
masih lagi mengenang dia
aku simpan pemberiannya
walau ia sekadar picisan
kerana dia xakan dapat dilupa
kerana dia darah daging semua

dia makin jauh
diri dijauhkan
menyendiri di kejauhan
xsiapa yg tahu
mungkin hanya si hitam

tp kenapa
tak diadu pada yg rela
tak dipinta pada yg ada
biar diri jd kelam
makin hari terus hitam

tuhan bantulah dia
berikan dia pedoman
pulangkan dia pd kami
jauhkan dia dr hitam
semoga dia mendapat panduan

amin.... dedicated to DIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...