Monday, March 1, 2010

Al- fatihah untuk Syafia Humairah

ai nak luahkan perasaan bengang pada lelaki durjana yg p belasah safiyah umairah.(nama mcm my maira). bodoh giler jantan 2. ntah ape perasaan dia buat mcm 2. pagi ni baca paper n entry yg berlambak online psl kes ni. read this:
KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.

Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.

“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.

“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.

“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.

“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.

“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.

Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.

“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.

Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.
“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.

“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.

 
Allahyarham Adik Syafia Humairah Sahari
 
P/s: such a stupid man.. pelik juga masyarakat setempat xbertindak apa-apa ketika kejadian. mungkin juga kejadian ni biasa terjadi. so masyarakat pon ingat biasa je n xmo masuk campur. in my opinion both mak n jantan ni harus dihukum. as mother you should really protect your child, nak2 dari jantan yang xde kene mengena dgn anak dan juga diri sendri.. some more..dah ada ank luar nikah lagi... nusyuz dgn suami.. MasyaAllah..ape nak jadi. benda mcm ni masyarakat bleh tutup mata aje.. hish!!!

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. alam ratuhati,

    kite pon bengang dgn mak dia...ape punye pompuan tah ni...xde maruah lgsg..plak tu skg ni baru tau nak cari bantuan kerajaan utk family dia..nape dr dulu x reti nak pk kan org/kerajaan tlg kes dia ngan suami kat penjara tu?? geram btol....kalo la ade dpn mata dah lama kena pijak plak dia nih...hish....

    http://rynn2506.com

    ReplyDelete
  3. btoi2...
    nad pon rase jijik je tgok muka dia
    benda dah jd br nak sesal
    kalu mmg xkene dera tiba2 kene blasah mungkin leh terima lagila
    ni dah kene dera lama dah budak 2

    Allah lebih sygkan dia..biar dia pergi n aman kat syurga...

    ReplyDelete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...