Friday, June 17, 2011

sayang suami berpada2,jgn sampai makan diri..

p/s: thanks soul coz ko bg aku bc entry panjang lebar 2...sesapa yg nak baca entry brader cursing malay (izinkan aku untuk shorcut namanya jd CM) SILA ke disini. ekcelli ni ade hubung kait dgn entry aku psl isteri;pelacur kelas pertama but then aku nak ingatkan entry ni bukan nak hemtam brader CM just my 1cent. thanks kalau korang sudi baca sampai habis.n aku mmg suka kalau korang bg respond korang..idea korang..semoga kita sama2 membetulkan yg salah.

sblm aku bg respond aku ni..aku just nak bgtaula..aku dah baca entry tu 2 kali..untuk betul2 pahamkan apa yg CM cuba nak sampaikan.. yup! banyak point2 yg menarik,tertarik dan d'bomb d'situ. dan aku xkan nafikan apa yg dia tulis itu betul..xde yg salah sebab setiap org ade fahaman,tanggapan, n ideologi yg berbeza.. but for me... aku pon ada hujah aku tersendiri..

masa aku mula2 baca di awal perenggan dia..sumpah aku SENTAP! sbb ia buat aku fikir secara tiba2.. ye!! mak kalau jahat mcm mana pon..kita still kene  hormat.sbb dialah mak kita dunia akhirat.. so..same goes to husband la kan.. jahat camne pon dia masih suami kita dan kita kene hormat suami kita..barulah bleh masuk syurga..btolla kata CM ni...urm........

but then...........

aku teruskan lagi baca.. sampai part yg aku rasa mcm xbape sedap bdan..cam meremang je bulu rome..xtauler seram ke ape.. yup aku agree..isteri mmg kene taat dgn suami selagi apa yg diminta tidak bercanggah dengan agama..maka isteri yg taat ini akan masuk syurga.. betul..betul dan betul..TAPI...kalau dah suami menyakiti hati isteri..tidakkah ia dikatakan menzalimi mental isteri? dan bercanggah dengan Agama Islam?

aku tau niat bro CM baik.nak ajak sume kaum isteri supaya jadi isteri yg taat...aku pon nak jd isteri taat..dan sememangnye sdg taat..insyaAllah.. tp kalau suami perangai buruk dan jalan penyelesaian yg terbaik adalah penceraian... adakah wanita yg bercerai ini adalah isteri yg tidak taat? adakah wanita ini tidak akan menghidu pon bau syurga....pada aku part ni perlu jelas..jgn buat kaun wanita jadi serba salah,dan akhirnya terperangkap dlm jerat rumah tangga yg penuh penderaan mental dan fizikal..

kalau suami jenis panas baran..memaki hamun isteri..perangai ni buruk tp xbertentangan dengan agama ke?? cuma kene ingat jugak..ini dikira zalim dan bukan setakat perangai buruk.sbb ko tau x? org yg didera secara mental sebenarnye lebih sakit dari org yg didera secara fizikal.. should this kind of marriage di pertahankan..semata2 nak beri kepuasan pd sang suami..n sang isteri kene sabar saja... ini ke tujuan perkahwinan?? silap babe... kalau ade jejaka yg rasa nak dominasi perkahwinan hentikanlah..sbb kau dah masuk kategori haram bernikah coz ade niat nak menzalimi isteri...betulkan aku kalau aku salah.maklumlah sekolah agama darjah khas aje.. dapat pangkat 1 plak tu..emmmmmm.....

aku pon nak bg contoh anak yg bakal lahir kalau...ibu dia sentiasa redha bila dizalimi suami:
- anak perempuan yg sgt penyabar dan sekiranya menikahi lelaki yg penzalim juga.. akan sabar seperti ibunya..maka berterusanlah..penderaan dan penzaliman terhadap kaum wanita
-atau melahirkan anak perempuan yang benci lelaki..xakan berkahwin semata2 tidak mahu menjadi lemah seperti ibunya..lesbian pon melambak jugalah didunia..
-melahirkan anak lelaki yg bersikap dominan..atau yg suke mendikriminasi wanita.xkira ditadika,disekolah.di universiti dan seterusnya dalam rumah tangga..psl dia tgok mak dia sng sgt nak mengalah dgn tindakan Zalim bapak dia..so pada dia'lelaki kene kasar..baru pompuan ni nak dgr ckp!'
- atau anak lelaki ni akan menjadi sgt kesian dgn kaum hawa...rasa kaum hawa ni mcm fragile sgt2.. dan bila dia kawin dia akan mempamper bini dia mcm princess dan bini dia pulak akhirnya akan jd penzalim..
nampak tak? dlm perkahwinan semua kene adil isteri kene taat suami..suami kene jaga isteri..kene jaga perilaku..bukan takat jaga hati dia sj..bukan nak ikut baran dia aje.. so isteri2 juga ada hak utk fikirkan future diri dia dan anak2 dia kalau dia go on dgn suami mcm ni...ini pendapat aku.......

idea CM psl mak mertua aku stuju sgt.. isteri kene taat dengan sumai..secara tak langsung isteri kene taat dengan permintaan mak mertua..sbb mak mertua keutamaan suami..syurga suami bawah telapak kaki ibu dia.dan syurga isteri bawah telapak kaki suami..kira mcm MLM la kan.. mak mertua kita yg conquer semua.. aku suka idea ni.. kalau mak mertua kata tiap2 tahun kene balik raya ke rumah dia..yup kita kene balik.. mcm aku..awal2 aku dah cover bab mak mertua ni.psl aku dgn mak mertua pon kamcing n rumah aku dgn rumah suami aku xjau.so tiap2 tahun raya tempat sama... so ape der hal.Alhamdulillah....ni cite aku la kan..... cuma aku nak tanya kalau mak mertua yg jenis xde tolak ansur..tiap2 tahun nak soh anak lelaki dia balik raya ke rumah dia je..ko rasa ni produk mane?? produk isteri taat ke produk isteri xtaat?? dah 2 hati mak belah isteri xpayah jaga ke??? hahaa...pkla sendri kan..disini perlunya kebijaksanaan suami sbg ketua keluarga.

n psl femanist movement yg CM kata nak wujudkan wanita gagah perkasa yg xde kerja lain selain nak herdik suami..yg ni aku xsetuju.. pada aku perlu ade pertubuhan yg melindungi hak wanita yg teraniyai..berkenaan pergerakan taat pada suami 2 pon aku stuju juga.. cuma terms pelacur kelas pertama 2 je yg aku xsuke..menjatuhkan martabat wanita..tukarkan dr pelacur kepada bidadari syurga bukan ke lagi elok.ini pendapat aku.....

n one thing is aku pon dah baca  post brader CM tentang teknik2 pelacur kelas pertama layan pelanggan...ok superb!! aku agreed..blk nti aku nak test  buat kat laki aku..2 pon kalau aku XKENE MASAK MALAM, BASUH BAJU 2 LOAD, MOP LANTAI, TIDORKAN ANAK, GOSOK BAJU KERJA UNTUK SEMINGGU AKAN DTG. bro u see?? btollah lelaki bernafsu 1 dan nafsu itu hanya pada S**S.. sorry kalau lu sentap.. tp korang pkla ye.. afford yg lebey perlu sekiranya nak bersama guna teknik mcm pelacur kelas pertama ni..kalau p honeymoon,kalau anak2 hantar kampung..kalau suami kata  dia nak handle sume kerja rumah.. aku rela bro jd macam pelacur kelas pertama.. n bro...pelacur dtg,main,blah.. isteri lepas bersama banyak benda nak settle bro.. lu cuba jd isteri 1 day..u knowla how..aku tau ini mmg imaginasi setiap lelaki..xdpt dinafikan..but sorry to disappoint  u..marriage is not only bout s**s.. kadang2 bolehla servis macam ni..kalau tiap2kali..boleh pengsan bro..sorryla kalau bahasa agak kasar...tp ini pendapat aku......

sekali lagi aku nak nak tanya kat semua..tidakkah isteri juga mempunyai hak sbg hamba Allah di muka bumi ni? tidakkah Allah memberi hak kepada manusia untuk membuat pilihan setelah membuat kesilapan? untuk memilih yang terbaik dalam hidup? tidakkah suami isteri dalam hubungan perkahwinan itu juga harus menjaga dan menghargai sesama pasangan?? kalau kau punya adik perempuan atau kakak yg ada suami malas kerja..macam mane?? suami dia xbuat perkara bertentangan agama secara tersurat..tetapi tersiratnya dia dah abaikan tggungjawab dia sbg suami....apa nasihat kau pada dia?  pada aku..kalau dia nak bertahan 2 hak dia.. tp kalau dia nak cerai..xkan aku nak kata "kau harus taat.. kalau kau minta cerai kau derhaka,xcium bau syurga" betul ke kalau aku ckp mcm ni? sdgkan dia dizalimi??

kalau setakat suami malas,suami suke kentut,bulu ketiak tebal.. semua tu aku rasa tak jadi masalah..dan pada aku mmg xlogik kalau isteri kurang hajar..sound2 direct dan ckp kasar dgn suami.. ni sume mesti kes masa p kursus kawin tido.. xtau teknik yg betul nak tegur suami..dan sebaliknya suami juga xtau teknik yg betul nak jaga hati isteri.

suami isteri pada dasarnye kene tau apa TANGGUNGJAWAB sebenar mereka dalam institusi perkahwinan. bukan sekadar nak menegakkan HAK masing2. mmg suami ada autority pada isteri.tp ketahuilah hak apa yg kamu ada pada isteri.. hak menzalimi kah? hak memperlakukan sewenang2nya pada isteri kah? jalankan dulu tanggugjawab..baru bleh sembang pasal hak.ok!

ketaatan kepada ibu juga pada aku xboleh disama levelkan dgn ketaatan kpd suami. sebab..... walau mcm mana mak kita zalim pada kita..walau mak kita dah buat perkara menyalahi ajaran agama..walau mak kita pelacur sekali pon  ...ya sememangnya kita perlu taat..sbb dia yg kandung kita 9 bulan.yg merasai perit melahirkan kita.kita pon sememang nye ade cebisan darah dan daging dr mak kita.. mmg xkan terputus pertalian ini.. but then.. dgn suami... isteri perlu taat sekiranya suami melaksanakan tanggungjawabnya sbg suami serta tidak melakukan perkara2 yg bertentangan dengan ajaran agama.. kalau suami ingkar ajaran agama..isteri boleh minta untuk berpisah....sah2la suami mcm ni xboleh mendidik isteri..manakan pula nak mendidik anak2.... see what the different? suami isteri-ada hukum agama yg membenarkan untuk perpisahan-talak dan fasakh.. ibu dan anak??? xde hukum yg boleh memisahkan....mmg xbleh sama..ini pendapat aku...

overall ada benda aku stuju.dan ada yg aku pgg pada pendapat aku. anyway nice writeup.. tp aku just nak emphasize kat sni.. kaum hawa mahupon adam..sama2 kene baik..barulah melahirkan generasi yg cemerlang. bukan sekadar berpegang pada kenyataan "pompuan kene jadi baik,kene sabar,kene taat" barulah generasi kita jd terbilang,gemilang....no..no..no..not correct...ini pendapat aku...

last kali terkahir...ini pendapat aku...isteri yg sgt penyabar aku mmg respek giler..korang mmg ahli syurga..isteri yg durhaka,yg xtaat..baik lu org berubah... tp jgn sebabkan nak taat..kaum wanita perlu membiarkan diri dizalimi..didera mental dan fizikal..masih ada option utk hidup bahagia dan diredhai Allah.. yg paling penting "isteri perlu taat pada suami..tetapi bukanlah membuta tuli.." dan suami jgn lupa tanggungjawab anda sbg suami dan bapa..kedua2nya perlu berkerjasama,perlu berubah kearah kebaikan dan  semua perkara perlu berlandaskan agama... barulah boleh melahirkan anak2 yg taat pada agama,bangsa dan negara!! senang cite "suami dan isteri harus taat dan setia antara satu sama lain"

kalau aku salah..tolong betulkan...sekian.wasalam~~

8 comments:

  1. Tak salah berbeza pendapat, tp jangan sampai pendapat yang diberi tu terpesong dr tuntutan agama (TAAT) . Apa yang penting kerjasama kan Nad.. aku walaupon x kawen lg.. tp aku peka benda2 cam nih.. ewah.. hehehe

    ReplyDelete
  2. ye la mal.. yg penting mmg kerjasama.xadil kalau kita kata satu pihak je yg silap...so baik kita kata dua2 pon silap..xde sexiest pong...adil dan seksama..

    ReplyDelete
  3. ade certain yg leh digest dlm CM tu.haha.saje kasi ko link tu.membaca amalan mulia.hee.

    yang penting KERJASAMA & BERBINCANG & OF COURSE KASEH SAYANG.hehe..

    ReplyDelete
  4. aku dah bg ko hits byk 2 psl aku link ko..u should thanks me.kerjasama jua amalan mulia..

    ReplyDelete
  5. saya setuju dgn apa yg akak ckp 2.tapi abg mantot cakap..taat kepada laki2 yg taat kpd ALLAH n buat tanggungjawab dia.kalau akak perasan, abg mantot ada cakap, TAAT,bertahan n berserah xsama maksud.yg psal gerakan feminist 2 pulak,kalau benda tuh bantu wanita dizalimi xpa jugak,tapi kalau akak perasan,apa yg diorg buat?aurat dikatakan hak asasi(pernah jadi kes ni kan)

    saya setuju dgn pendapat akak.pendapat abg mantot 2 boleh kata betul,cuma bahasa dia ja bagi org panas ati.

    yg ayt last akak 2 sy setuju sangat..suami n isteri kena taat dan setia pada masing2..even sahabat baginda,saya xingt nama..kalau xsilap Saidina Omar a.s kut..bini dia rajin bebel kat dia sampaikn kawan2 Saidina Omar tny xreti nak jaga mulut bini ka(ni bahasa saya bukan bahasa beliau)simple ja dia jawab..bini aku duk wat macam2 kat rumah,msk,lyn ank,cuci rumah..xkan aku xleh thn dia nk bebel jap kut..ni membuktikan laki2 pun kena paham..

    sori akak kalau bahasa bg akak terasa..

    ps: taat,setia,bertahan n menyerah xsama maksud.cerai ni 1 benda yg halal tp pling tidak disukai ALLAH..adanya fasakh bagi laki2 yg xreti nk wat tnggungjawab/xtaat kepada ALLAH..

    sori ya akk

    ReplyDelete
  6. my dear lonely rodeo
    good.. ape u ckp pon btol.just like what i said.. this is my point of view..view seorang wanita,isteri dan ibu.ape abg montot ckp pon xsalah.tp i just risau if ade perempuan yg naif diluar sna akan tersalah faham akan maksud dia.. so let me clarify..i just nak emphasize it's not wrong to choose divorce if it's the best way.. panjang kalau nak dihuraikan..
    and psl pergerakan wanita 2.. i pon xsokong semua..but at least kene ade la untuk bela nasib wanita..
    but good respond from u..thanks!

    ReplyDelete
  7. Thanks for your awesome opinion, Nad. Banyak i dapat belajar. i ada baca blog Mantot @ CM pasal ni, then i baca ur opinion, and i ambil, timbang-tara kedua-duanya untuk dapat kebaikan tu =) Sebagai perempuan, seorang perempuan akan lebih memahami naluri wanita yang lain. Taat itu penting tapi pada benda yang masih di jalan Allah.

    (sebelum nikah ni, nak timba ilmu banyak2 supaya semua lancar InsyaAllah)

    ReplyDelete
  8. Point kamu dan CM dua2 pun ok sy rasa. cuma CM mcm x byk huraikan point dia bahwa istri kena taat kat "suami yg msh di landasan agama". tu yg buat entry dia mcm misleading sikit. Istri je yg kena taat tak kira suaminya buat apa, yg penting x lari dari ajaran Islam, padahal, certain things yg menyakiti istri, berdosa jg. Mcm dia menyakiti org len, jgn gunakan title istri utk menyakiti org yg sepatutnya dibimbing dan diajak sama2 ke jalan yg lhb diredhai Allah.

    Geram juga baca komentor CM, ada pula yg ambik point 'istri kena taat' tapi x mhiraukan point 'taat kepada suami yg msh ikut ajaran Islam'. Sangat tak kuasa layan lelaki yg belum layak bergelar suami. Pompuan2 pun kena pilih suami yg baik budi pekerti dan bgs agamanya. Baru x terjepit nnt. Sekian.
    -anon-
    tunggu la nnt senang2 baru buat akaun google ni.

    ReplyDelete

ur comment is highly appreciate..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...