Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts

Friday, May 6, 2011

bile cuti sume stress pon ilang..tp bile balik cuti stress dtg lg

last wekend kan satu malaysia cuti. buruh day la ape lagi. so cam biasa ak blk kmpung.. keje kawin berderet dah dijemput.hukumnya wajib2 belaka. dgn berbekalkan perut 3 pax aku ni,,aku cuba hadir sume jemputan..terbaik bukan?? ye..hasilnya naik 2kg..diam2 sudah..

bile balik cuti tgok muke mak..tgok muke anak2 sedara..tenang semacam je.xtau nak ckp camne. tp bile balik cuti xsampai umah dah stress..ape lagi..kene ngadap jem..pjalanan yg 3 jam boleh jadi 5,6jam..yg buat lagi hangin..xde la plak plus highway nak bg diskaun disebabkan perjalana kita delay.kalau bg diskaun kan bagus.tenang skit hati kami berbulan madu atas highway.cet!

aktiviti pebret aku utk cuti kali ni adelah.menikmati sun set kat pantai puteri melaka. budak2 main pasir.aku,wan n mak dok santai ngadap laut.sampai xperasan anak dara dok menempel kat tikar org sebelah.hasilnya dapatla aku kawan baru org melaka.maira..maira...

lagi satu aku stress psl minyak naik.aku bukan stress psl minyak 2 naik sbnanyela..aku stress psl org yg pakai minyak97 stress..sbb dok mekak kat tinge aku. kalau ikutkan aku lagi nak mekak susu anak aku naik RM4 ok!! susu ni makanan utama kalau utk baby 6 bulan kebawah. n yg aku lagi stress psl iklan ni...



katanya "bantulah kami utk memberitahu ibu2 tentang susu untuk membesar yg SESUAI" ada sambungan sebenarnye..yg sesuai untuk org2 kaya!! mana taknya susu satu tin 74.90.. WTH!!

hanya sekadar dia kurangkan kandungan gula..membolehkan dia utk naikkan harga susu sampai rm4++.. aku mmg tensen giler. nape xde org yg pantau harga susu ye? mmgla kalau aku ckp camni ade je yg xpuashati.. ade je yg ckp "kalau xmampu pakaila susu murah" pandailak guna ayat ni.. so gunalah ayat yg sama  bile ckp psl minyak keta..

kesimpulan nye sama.. kita kalau boleh nak yg terbaik utk semua.. utk keta nak yg terbaik.. utk tumbesaran anak pon nak terbaik.apatah lagi susu ni penting utk anak2.. utk perkembangan otak dia. yela jgn pandai sembang je nak wujudkan modal insan yg cemerlang. kalau gol.pertengahan cam aku ni pon ade mslh nak supply susu tok anak.korang bygkan org yg susah..ntah2 anak dia minum susu pekat tu.bancuh skit2.. aku nah tgok kes camni!!!

dgn ini aku trus berazam..for future nye baby..aku akan cuba BF sedaya mungkin..kalau dpt sampai dia 2tahun setengah.insyaAllah!!!

Thursday, February 3, 2011

tips penjimatan minyak

ni hao.. speking bahasa cina lak..yela kan gong xi fa chai ni...huhuuu "ni hao kai lan" adlah salah satu cerita kartun fav. umairah ye..heehehe

ok minyak 97 naik lagi kan.. aku mcm xbape amek portla, psl aku pakai 95. bukan x amek port psl xkesian kat pengguna 97. tp aku xamek port psl mslh ni patutnya pemimpin negara yg pk.kalau aku nak pk pon, aku bukan leh wat ape.. ade gakla kwn2 aku yg marah dgn pandangan aku ni..tp nak wat camne.. tgu aku jd PM nti.. aku guna formule pakar matematik yg kata leh turunkan harga minyak 2 ye... UNDILAH SAYA nanti!!!

so arini nak share beberapa tips penjimatan MINYAK KERETA ANDA. sila baca dan fahami ye..
1.elakkan membiar enjin hidup ketika menunggu
sebagai contoh kawan anda sdg menapau makanan, anda menunggu dlm kereta. apalah kiranya kalau buka tingkap dan matikan enjin..cara ini adalah lebih menjimatkan minyak kereta anda.tetapi, ketika anda hendak hidupkan semula enjin, tunggu sehingga penanda suhu berada di kedudukan "C".. ini bermakna enjin telah sedia untuk dihidupkan.. jgn cucuh je kunci kereta, terus pulas utk hidupkan enjin..jawabnya 5 bulan aje la tahan enjin kereta 2.. cuba bayangkan, kalau korang tgh tido...tiba2 ade org kejutkan anda dgn cr menjerit kuat2...best x? mcm 2 la perasaan enjin ye...sila jaga hati kereta...

2. elakkan "jackrabbit starts"
tau x jackrabbit starts 2 ape.. bukan lari2 arnab ye.. elakkan tekan minyak sekuat hati ketika memulakan pergerakan kenderaan. contoh bila lampu hijau je..terus tekan minyak sampai jejak padle.. mak aih...ini kan menyebabkan pembakaran bahan minyak yg tidak perlu dan akan memendekkan jangka hayat enjin anda..


3. elakkan berhenti mengejut
kekalkan kelajuan kereta yg stabil.. elak dari berhenti mengejut, kemudian cuba untuk memecut. tindakan ini akan membakar lebih banyak petrol anda..ini terutamanya org yg guna kereta auto la ni... mcm aku..hahaha

4.memandu dengan kelajuan yang steady
jgn pandu laju sgt atau slow sgt. ikutlah keadaan lalu lintas.. kalau kat highway nak pandu laju ikut lane kanan.. ini untuk elakkan kejadian berhenti mengejut dan seterusnya untuk mengelakkan petrol dibakar secara berlebihan...

5. jaga kebersihan "air cleaner" anda
air cleaner yg kotor akan menyebabkan karburator terpaksa membekalkan minyak yg lebih kepada enjin.hasilnya pembaziran minyak dan pembakaran tidak lengkap.. untuk maklumat lanjut, silalh rujuk kepada pomen masing2 ye..kalau xpaham..huhuuu

6.pastikan bebanan kenderaan dlm keadaan minimum
maksudnya xperlulah mengangkut barang2 yg berat dlm kereta sepanjang masa.. n kalau nak bawak org tumpang kereta pon sialalh pilih yg kurus2.. but make sure yg kurus ni pon xberat tulangnya..wakakaka!!!

7.pastikan tekanan tayar dlm keadaan yg mencukupi
tayar yg kurang angin akan menyebabkan rintangan berlebihan ketika pemanduan. dan hasilnya lebih banyak petrol digunakan untuk menghasilkan tenaga.. so pastikan tayar di pam pada kadar yg mencukupi..

last but not least... cara paling baik nak jimatkan minyak kenderaan anda adalah dengan menumpang kenderaan kawan2 anda ketika minum pagi dan makan tengahari.... jimatla beberapa mililiter petrol.. tumpangla kawan2 yg bujang..sbb diorang ni xbyk sgt tanggungan cam org dah kawin..so after this org2 bujang watch out!! aku nak tumpang keta korang lak ye..hahahaha

ok selamat mengamalkan petua2 ini ye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...