Showing posts with label membobok. Show all posts
Showing posts with label membobok. Show all posts

Friday, November 21, 2014

oh why i hate whatsapp so much!!!

Today. At this moment i would like to announce that i hate whatsapp so much. For me a good conversation is to look at each other face and talk.. arghhh tension btol dgn whatsapp ni especially bila ade whatsapp group ofis. Yg penuh dgn ofismate kekwat. Why!!! Kenapa kene ade whatsapp group ofismate. Urghhh

anyway for me. Y is it whatsapp ni jd negatifkan bila mana apa yg kita tulis berbeza dr apa yg org baca. Sebagai contoh bab nak apply intonasi pd ayat kita tu..mungkin kita berniat nak ckp biasaa2 tp org yg baca terfaham yg kita giving orders. Too demand. Or bossy atau lebih teruk lagi budget pandai eh ko.

yg kedua. Bila mana ade manusia jenis whatsapp tenggelam timbul.. dia tanye soklan.dgn statement ringkas. Dan biarkan org dlm tu diskus psl topik yg dia tanye tu.. tp dia silent.. tup2 dia muncul sentap. Ingat org mengata dia.. pdhal itu just discuasion on the topic yg dia bangkitkan. And all of the statement is general n not pointing at her pon.. aduyaii lain kali nak tanye problem cerita terang2 la deyyyy

yg ketiga. Bila mana ade sp3sis yg suke sembang berdua dlm tu..ewahhh ko dah tau ko nak tanya direct pd person A for example. Y not ko personally whatsapp dia..xyahla guna platform general ni..annoying k..annoying..

yg keempat... i just hate whatsapp. Hate it for today coz i hate it so muchhhhhhhhh. Itu je.

Tq

Monday, July 4, 2011

pagi2 sudah ada rasa mau muntah

hari ni puasa.InsyaAllah...

seawal jam 5.00pg da bagun makan nasi. nak praktis sahur utk bulan depan.kan da start ramadhan.
nasi dah masak mlm td. so just buat telur masak kicap.paling senang.paling mabeles.paling bukak selera..
sedang enak makan nasi. tiba2 rasa kain batik mcm kene tarik2.. ada sedikit ngeri la kan
ku pandang bawah. rupunye maira dah hulur tgn suh dukung nak duk atas kusi. 
sambil aku makan suap skit kat mulut dia. nak juga lah 3,4 suap. 
settle sahur. aku gosok baju. maira plak main2 sambil nyanyi2 ala2 senang hati.
hasilnya...pagi ni pergi kerja sambil mengangkut maira yg laloq.xbleh bukak mata..
1st time ke rumah BS tido.slalunya diala yg bising pagi2 dlm kete.

tp.................... ape kes baru kol 10pg
aku dah rasa mcm nak muntah sgt2 ni
seingat aku rasa ni aku pnah rasa sebelum ni
waktu peknant maira..
adakah? 
jeng..jeng..jeng...

puasa la wey..mmg camni kot ye...

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0 budak 5 tahun pon pandai buat kesimpulan

BERSIH.. ye aku akan join bersih on 9 julai ni.. tp ade skit perubahan utk program bersih aku. aku nak bersihkan kawasan rumah aku supaya bebas nyamuk aedes. tiada aedes tiada denggi. ni cara aku nak ajar anak aku.bersihkan diri,rohani,peribadi.baru sibuk2 nak bersihkan hal2 lain. lebih baik kita lenturkan rebung2 muda.dr kita cuba nak bentukkan buluh2 tua. bukan ke mereka ni semua bakal pemimpim negara.

kau tunjuk pada mereka peribadi yg mulia baru kau boleh yakin masa depan mereka lebih terjamin.kau xkan ada sepanjang masa dia membesar. ntah bila ajal kau akan tiba, xde sapa yg tau.sementara ada masa lebih baik kau didik dia. bukan kau sibuk didik sistem negara.didik org tua2 sekeliling kau.akhirnya bila kau dah xde. anak2 zuriat kau memerintah lebih zalim dari apa yg kau nafikan. sedih mmg sedih.

nasib baik anak aku baru pandai nyanyi lagu '1,1 saya syg ibu' saja. kalau dia dah pandai ckp.pasti banyak persoalan yg dia akan ajukan pada aku. letih pulak aku nak menjawab. cukupla teringatkan peristiwa semalam.sewaktu bersantap selepas mendengar ceramah israk mikraj;

alif berkata  "'kita pelikla time ade makanankan ramainye org lelaki kat surau...time solat hari2 biasa xramai camni...mungkin diorang lapar agaknye kan"
haikal menjawab 'iyelakan'..maksudnya mengiyakan kata2 alif tadi.


kanak2 mudah memahami situasi sekeliling melalui penglihatan dan kemudian membuat kesimpulan mengikut kefahamannya sendiri.aku sendri terdiam bila alif tanya pada aku 'kenapa ye cik'.. pantas aku membidas.. mungkin sbb nak dgr ceramah kot..td ustaz 2 cerita best kan?? nasib baik point aku kene pada tempatnye..


bayangkan kalau anak2 kau lihat demonstrasi jalanan sebagai satu norma hidup. xpuas hati demonstrasi.apa2 hal saja demonstrasi. sbb mak ayah dia pon bleh buat demonstrasi..so bila anak kau buat demo di Universiti nti..kau jgn marah2 ye... diorang just nak suarakan pendapat sja...demonstrasi pon aman2 ja bah...

aku? aku xnak didik anak aku cara tu. kalau kau rasa cr kau 2 betul silakanlah. aku masih ada rasa kasian kpd org lain yg bakal dpt tempias -ve drpd perarakan aman ni. aku xkan buat sesuatu yg bakal hanya memuaskan hati aku tanpa memikirkan nasib org lain.org awam yg punya hak bersuara juga.dan yg punya hak untuk hadapi hari2 normal dan aman.

so utk korang yg BERSIH 2.0. selamatla berarak.selamatla didik anak dgn berarak..harap2 maulidur rasul, sambutan kemerdekaan jangan lupa pulak untuk join perarakan ye!!!

jgn marah2..ni namanya juga kebebasan bersuara..[artikel 10 perlembagaan persekutuan]





aku bukan nak emphazise yg demonstrasi ni haram..just nak tekankan kesan -ve yg akan terjadi based on past experience...banyak -ve kan...

ciri2 demonstrasi aman dan harus dalam islam
- objektif yg jelas dan tidak bertentangan dgn islam
- berlangsung di kawasan yg bersesuaian.
- berlaku dlm keadaan terkawal,tiada makian..tiada fitnah
- tidak bercampur gaul antara lelaki dan wanita.

Tuesday, June 21, 2011

isteri berkerjaya..saya seorang drpdnya!

terpanggil untuk berkongsi pendapat saya mengenai isu wanita berkerjaya.. b4 that just wanna let u know..i am a working mom,i have a daughter. Alhamdulillah, baru2 ni suami sy dpt posting berhampiran dgn rumah..so kami xperlu duduk berasingan.. previously..we r weekend husband n wife..

back to the issue,zaman skrg semua benda perlukan duit.dan untuk dapatkan duit tu..kita perlu berkorban.antara yg perlu kita korbankan adalah masa dgn keluarga..masa dengan anak. aku ucapkan tahniah kepada mana2 lelaki yg mampu menyara anak isteri seorang diri..dan aku ucapkan tahniah jugak pada isteri yg dgn rela hati duduk dirumah menjaga keperluan anak dan suami.. bukan semua keluarga boleh dpt stay-at-home mum.. tambahan pulak dengan keperluan dan kenaikan harga brg yg mendesak kedua ibu bapa utk keluar bekerja..aku jgak kagum melihat working mum.sbb aku as working mum yg punya anak seorang..sgt faham dgn ke'chaos'an yg perlu dihadapi.dan aku bangga jd working mum!

source:google
 for me...kita semua ibu yg bekerjaya ni adalah SUPER MUM!!

pd aku.xsalah untuk seorang isteri itu bekerja,dengan izin suami. bukanlah sesuatu yg menyalahi hukum agama pon.dan bg aku,aku bekerja bukan untuk menunjukkan yg aku mempunyai tahap pelajaran yg tinggi,bukan jua untuk bermegah2 dgn kerjaya yg ada,jauh sekali hendak membandingkan pendapatan aku dgn suami.sebaliknya aku rasa semua wanita yg bekerja mempunyai niat yang sama iaitu untuk sama2 menyara keluarga..walaupon pada hakikatnya menyara keluarga itu tanggugjawab suami.. tidakkan tindakan ini sangat mulia wahai para lelaki diluar sana????...... dan tidak pula bermakna semua wanita yg bekerjaya akn mengabaikan tggjawab terhadap keluarga. aku akui..menjadi wanita yg bekerjaya dan mempunyai keluarga bukan tugas yg senang.. perlu seimbangkan dan bahagi masa. penat di tempat kerja dan penat dirumah mmg berbeza. tp walau mcm mana pon.tanggungjawab perlu dilaksana sebaik mungkin. bangun seawal jam 5.30 menyiapkan keperluan suami,kemudian terus ke tempat kerja.balik dr kerja jam5.30 beriadah dan terus memasak untuk keluarga.. ye mmg penat. tp jauh skalila hendak merungut..sbb sedar akan tggjawab yg sememangnya perlu digalas.

xadil kalau kita labelkan anak2 yg mempunyai ibu berkerjaya cenderung untuk menjadi anak2 yg bermasalah.kerana kurang tumpuan daripada ibu bapa. for me..it's not the quantity of time yg perlu diambil kira.tp kualiti masa yg kita spend dgn anak2 lebih penting. apa maknanye kalau 24jam duduk dgn ibu.tp ibu sibuk memask.kemas rumah.n bila ada waku lapang ibu sibuk menonton telenovela marimar dan tidak menghiraukan anak2??? lebih baikla kita spend 2-3jam sehari dgn anak.n during that time kita baca buku sama2 dgn dia..kita nyanyi sama2 dgn dia.kita dgr apa yg dia nak ceritakan seharian disekolah.. kalau ada yg xsetuju mintak maafla.tp ini pendapat aku...

ibu atau isteri yg sudah setuju untuk berkerjaya,mesti tahu atau mesti ada garis panduan untuk mem'balance'kan kehidupan sbg isteri dan sbg pekerja..
sumber:google

senang ckp sendri mau ingat. pada aku,setiap isu yg timbul,kita harus pilih mengikut keutamaan.asalkan tidak menjejaskan kedua2 kerjaya dan keluarga. tp keutamaan yg berat haruslah pada keluarga. dan sebelum apa jua keputusan yg kita ambil..kita haruslah mintak pendapat suami..sbb dia jugalah yg telah mengizinkan kita untuk bekerja. kalau semua ni kita titik beratkan maka aku rs xde isu/masalh sekiranya wanita bekerja..

mengenai isu aurat wanita..pada aku..xkira dimanapon seseorang wanita itu berada.dia masih terdedah pada risiko untuk mendedahkan aurahnye..walaupon sbg housewife. ye mungkin isteri bekerjaya,bermake-up ke tempat kerja boleh menimbulkan fitnah,..maka disini terletakla pada kebijaksanaan seorang wanita.xperlula nak bermakeup tebal bak rozita che' wan kan?? tp ingat..perlu juga bermakeup.sbb nak jg ketrampilan seorang pekerja yg seharusnya diambil berat. maafla kalau ape aku nak ckp ni cam pedas..tp aku rasa korang pon mungkin setuju.. bila seorang wanita 2 duduk dirumah..kdg2 bab aurah ni kurang dititikberatkan.sbg contoh..p buang sampah xtotop kepala..sidai baju pon xpakai tudung..nampak x? sdgkan kalau nak ke tempat kerja..xpenah skali pon terlupa nak pakai tudung..btol x??? renung2kanla apa yg aku ckp ni...

so the conclusion is.. no matter u are a working mom or u are just housewife...what u should do is..be the best mom  for your child. spend the most quality time with them,.let them know that we love them.n i sure they would do the same to us. dan insyaAllah anak2 yg dapat perhatian yg berkualiti dr ibunya..pasti akan senantiasa berfikir panjang bila nak melakukan maksiat dan perkara mungkar..

n some more..jgn lupa..ayah n suami jlnkan tanggungjawab anda juga...peace...no sexiest here!!

Monday, June 20, 2011

PRODUKTIF

produktif maksudnye terlebih aktif..keh3... kalau nak lebih tepat sila rujuk kamus dewan yg berhampiran. weekend yg lalu adalah wekend paling produktif bg aku.. produktif bab memasak ye.. xtau psl pe mood memasak dtg mencurah2.sehingga kami xpegi ke pasar malam.pertama kali dlm sejarah ye..slalunya sabtu malam mmg WAJIB pg pasar malam..

ni nak bgtau hari sabtu 2 aku masak siput sedut masak lemak cili api..
kredit:google

aku xmakan siput tp husband aku mkn.so makan xmo skit2. beli pon sekilo kire mcm nak buat kenduri kesyukuran la... sbb aku rasa siput 2 mcm banyak jd aku sedekahkan pada jiran jemiran.. aku bg si mama chamil..sbb da amek serai kat umah dia..sat g dia i gat xkenang budi palk..keh3... gurau2 aje.. then aku bg cikgu sblh umah..psl awal2 lagi laki dia da sound "uiiii sedap 2 siput kalo masak lemak dgn keladi.." emm..sorry bang keladi xbeli..tp masak lemak is YES..tp agak mengecewakan skit masakan aku hari 2.. rasa xumph! mcm slalu..mungkin sbb beli santan sikit sgt... maapla ye jiran2 ku kalau xselera nak mkn :P

resepi siput sedut masak lemak ekspress cara nad:
-blendkan bahan2 berikut; cili padi (nak pedas buh banyak), serai yg telah dipotong (2 btg), kunyit (besar ibu jari)
-panaskan minyak..tumiskan bahan2 td..ala2 dah naik bau.. masukkan siput..
-gaul sampai sebati... masukkan air.. dalam 3 cawan..2 keping asam keping,n garam secukup rasa
-last sekali masukkan santan...tutup je periuk dah biarkan mendidih dlm 15 minit gitu..
mudah,cepat dan sedap..insyaallah...

sampingan siput sedut adalah..sup ayam berempah then ikan terubuk masin..makan sampai jilat jari ye 2 beranak.. maira plak xbenti2 nak nasi dgn 'yish'..yish 2 fishla..dia nak makan nasi dgn ikan terubuk je..saboooo jela...

ptg 2 aku ckp dgn suami aku teringin nak maka buah melaka..rupanya dia pon teringin benda yg sama..maklumla sehati sejiwa..teringin pon sama..hahaha silalah muntah kalau nak... keh3.... malam tu jugak aku abiskan sekampit  tepung pulut 2..dapatla dlm 50 biji...lagi skali aku sedekahkan pada jiran2.. harap2 mlm2 ni diorang blehla mkn.kalau idak simpan wat bekpes je..kol9 mlm 8.30 settle mengentel buah melaka... gula melaka agak terhad..so dpt skit2 je dlm buah melaka 2..xpe..kata laki aku jaga kesihatan... huhuuuu

esok pagi plak.seawal jam 10 aku dah siap masak sume lauk n sidai baju.. pergh...mantap kan..sgt produktif..slalunya dlm kol 9 baru lah bermalas2san sambil duduk depan peti sejuk yg terbukak n pk nak masak ape...hehehee

ari ahad aku buat ayam masak lima rasa.. nak resepi??? haaa.... nti akak bagi ye... rasa dia mcm ala2 claypot punye kuah n ade rs blackpaper.. then buat petola masak air.n udang bersalut telur... tidak dilupe cencalok sbg pembuke selera.. ok..jgn tanyela napa aku n laki aku makin sihat...inilah sebabnye......

overall last wekend mmg dlm sejarah..sbb xbeli makanan kat psr malam..n xpegi berjalan..stay kat rumah je.. hasilnya..maira buat perangai serb xkene.yela budak kecik 2 dah biasa merayap on weekend..so bila xjalan..dia buat perangaila..akhirnya bwk jugalah dia ke proton city ptg ahad.tp apakan daya hujan turun..xpatla main kat playground.... huhuuu

Tuesday, June 14, 2011

cakap mcm org xde agama

sesapa yg blom penah tgok video klip prema yin dgn shah jaszle aka asmara..xpayahla tgok.sbb jijik. aku pon psl dah TERtengok..trus samak mata dgn eyemo 3 botol.nak2 plak sabtu ari 2 aku tertengok movie kat TV3..bila mamat ni jd ustaz.aku tros muntah darah dpn TV.. bek aku tgok konsert kenangan AF n selang2 dgn piala FA..

ape yg aku nak korang nilai hari ni..korang perlu bc respond si gambit..sebut betol2..gamebeat ye..wek! apa dia ckp pasal video yg dia direct ni .....

"Utk memendekkan cerita,i x kan comment benda yg x berkaitan dgn MV ni. gejala2 sosial kat luar sana ke, rasuah, politik yg melanda ke, penonton2 yg hipokrit ke….i will not comment on that. just purely about shooting this video, thats it.

i will start.
mmg byk yg I kurang puas hati bila shoot this MV, energy level performance, my tight shot, wardrobe, makeup & etc but mmg last min & everybody EVERYBODY really works hard for it & i appreciate. Tapi semua ni adalah production problem dan u all x perlu tau. Mmg kualiti boleh lebih better, tapi Dgn masa as a main factor dari masa shoot till editing & juga masalah lain, we will try better next time. Everybody tried their best & i really appreciate that.
The Storyline.
cerita dia mudah, pasangan suami isteri yg pada mulanya kita establish seperti ada masalah keluarga-nak divorce ke, x brapa nak ckp with each other ke. tapi sebenarnya mereka hanya bermain ego diantara satu sama lain. Jual mahal etc. Itu adalah cara pasangan ini bermain cinta antara mereka, Green screen adalah bayangan mimpi perempuan itu.
This is a short story for u, i malas nak explain panjang2.
Soalan saya,
saya nak tau, apa salahnya video yg ditunjuk kasih sayang suami isteri ni, bukannya ada adegan cium ke, raba2 ke etc…. yg korang nak jadi isu sgt. x de niat saya nak buat kontroversi. Hanya nak paparkan mainnan ego kasih sayang mereka. Tak brapa nak jadi tu productions problem, korang x perlu nak masuk campur. 
Isunya sebab ade Shahz Jaszle? Gambit Saifullah direct? pasal tu? x de pon cium2, raba2…. knapa crita anu dlm botol ade pasangan Gay main dlm scene ok plak? nampak anu dlm botol ok plak? cerita isteri&…. ade adegan sekian ok plak? mereka hanya memaparkan lakonan cerita. Sama juga saya, bukannya ade kissing ke, raba ke….
please explain."

"uih mmg xde cium2 raba2 bang..tp tang akak cik 2 pakai baju tido..gamaknye org m'sia ramai pakai baju tido kelawar je bang..paling seksi pon nampak ketiak 2 pon psl jahit tepi dah koyak..amareka sgtla bang..."

shit! ko lagi nak salahkan org lain plak! pejadahnye perangai cam ko ni? ape dlm islam kata kalau kita buat salah xpe..asalkan ade org lain buat salah yg lagi besar dr kite.. bull shit!!! aku rasa jantan ni dah ilang akal kot.. aku ade gak baca kat blog2 lain.yg dia samakan bloggers yg kutuk MV ni sbgai ANJING yg hanya tau nak menyalak.. dia tulis semua tu kat twitter dia..oh my..so xprofesional.. biarlah org nak kondem pon hasil kerja ko.. xpayahla nak respond giler2 khinzir!

n aku dpt tau gak dia kata MV ni nak sell ke Amerika..please der... ade ke org nak dgr lagu cam sampah ni.. dr korang tgok MV yg gambit ni buat baik korang layan MV ni...setandingla..cuma xperlu ghairah2 pon dlm MV ni.. ramai je yg preview!!



for u gambit...rilek2 suda... xpayah emo sgt..mmg ramai yg xkenal ko sbb ko ala2 suam2 kuku nye artis.. tp xyahla nak buat isu gempak cam miera liyana kot kalau nak naik.. kalau ko kata ko xsalah..dahla xpayah ego sgt nak mintak org explain la..nak panggil org itu ini...

huhuuuu ape2pon.. go..go miera liyana!! keh3

Friday, June 10, 2011

adab hidup berjiran - manners of living next door

translation tajuk 2 gune google translate.memang janggalkan ayat dia. aku kalau ngantuk kdg2 main2 gak dgn google translate ni sebab....boleh buat aku tergelak bila baca translation dia :P

ok! sape kat cni xde neighbour? sila angkat tangan mcm awok.. huh! bohong sgtkan kalo ade org xde jiran.sdgkan dok dlm hutan pon ade jiran. jiran dgn beruk..kah3.. smlm ade jiran aku bgtau ada majlis jamuan makan wekend ni.lantas aku jawab 'xbleh dtgla kak...maaf ye ade jemputan kawin'.. sepantas kilat juga dia buat muke kerut.. agaknye dia ingat aku ni mude setahn jagung xtau baca air muke..kadang2 org ni xfaham dengan keadaan kita. suka buat kita rasa serba salah. suke desak kita.mungkin itu juga sbb napa org la ni suka beli rumah apartment. senang..xpyh pk pasal neighbour.. masing2 buat hal sendri..

bukan la selama ni aku xpnah join aktiviti kat kejiranan aku. ade je aku pegi.malahan aku salah seorang ajk rekriasi peringkat jalan kemudi 2b/3 tau. akulah yg anjur sukan ptg2 utk budak2 kcik lorong aku..selain pengadil aku jugak penyelamat.. and tiap2 ptg aku mesti update DB dgn info2 dr desperate housewives kat area umah aku 2.. cume kdg2 bila ade event je diorang buat..aku pon dah ade event aku sendri..2 yg xpat nak join 2.

so harap makcik2 senior yg menjadi penduduk tetap kat taman2 seluruh m'sia ni jgnla kuat sentap.asal org2 mude xpat join event kome jgnla cepat sentap.. korang pon tau..yg kami ni bukan pemastautin tetap..bila2 ms aje bakal pindah randah..so~so sudahlaaa..jgn dipaksa2.. nti ade ms kami join. yg penting kami ni xsombong. kalau kome xtau nak instal ink printer kan teman da tolong... xckup mey????

Friday, May 6, 2011

bile cuti sume stress pon ilang..tp bile balik cuti stress dtg lg

last wekend kan satu malaysia cuti. buruh day la ape lagi. so cam biasa ak blk kmpung.. keje kawin berderet dah dijemput.hukumnya wajib2 belaka. dgn berbekalkan perut 3 pax aku ni,,aku cuba hadir sume jemputan..terbaik bukan?? ye..hasilnya naik 2kg..diam2 sudah..

bile balik cuti tgok muke mak..tgok muke anak2 sedara..tenang semacam je.xtau nak ckp camne. tp bile balik cuti xsampai umah dah stress..ape lagi..kene ngadap jem..pjalanan yg 3 jam boleh jadi 5,6jam..yg buat lagi hangin..xde la plak plus highway nak bg diskaun disebabkan perjalana kita delay.kalau bg diskaun kan bagus.tenang skit hati kami berbulan madu atas highway.cet!

aktiviti pebret aku utk cuti kali ni adelah.menikmati sun set kat pantai puteri melaka. budak2 main pasir.aku,wan n mak dok santai ngadap laut.sampai xperasan anak dara dok menempel kat tikar org sebelah.hasilnya dapatla aku kawan baru org melaka.maira..maira...

lagi satu aku stress psl minyak naik.aku bukan stress psl minyak 2 naik sbnanyela..aku stress psl org yg pakai minyak97 stress..sbb dok mekak kat tinge aku. kalau ikutkan aku lagi nak mekak susu anak aku naik RM4 ok!! susu ni makanan utama kalau utk baby 6 bulan kebawah. n yg aku lagi stress psl iklan ni...



katanya "bantulah kami utk memberitahu ibu2 tentang susu untuk membesar yg SESUAI" ada sambungan sebenarnye..yg sesuai untuk org2 kaya!! mana taknya susu satu tin 74.90.. WTH!!

hanya sekadar dia kurangkan kandungan gula..membolehkan dia utk naikkan harga susu sampai rm4++.. aku mmg tensen giler. nape xde org yg pantau harga susu ye? mmgla kalau aku ckp camni ade je yg xpuashati.. ade je yg ckp "kalau xmampu pakaila susu murah" pandailak guna ayat ni.. so gunalah ayat yg sama  bile ckp psl minyak keta..

kesimpulan nye sama.. kita kalau boleh nak yg terbaik utk semua.. utk keta nak yg terbaik.. utk tumbesaran anak pon nak terbaik.apatah lagi susu ni penting utk anak2.. utk perkembangan otak dia. yela jgn pandai sembang je nak wujudkan modal insan yg cemerlang. kalau gol.pertengahan cam aku ni pon ade mslh nak supply susu tok anak.korang bygkan org yg susah..ntah2 anak dia minum susu pekat tu.bancuh skit2.. aku nah tgok kes camni!!!

dgn ini aku trus berazam..for future nye baby..aku akan cuba BF sedaya mungkin..kalau dpt sampai dia 2tahun setengah.insyaAllah!!!

Friday, April 29, 2011

kaki jalan...

nak jalan mestila guna kaki kan..kecuali la korang ade disability mcm usop wheelchar..maka berwelchar la mengkome.. hahaha.. kalau tangan jln 2 lain maksudnya.. nak tau ape rasenye??cube kabo kat org laki..kamu suka org tgn jalan..ramailer add kamu kat fesbuk nti..hahaha

kami anak beranak (camla ramai sgt ahli keluarga..) memang kaki jalan.tiap2 minggu mesti berjalan.. kalau xjalan jauh, jalan dekat2 pon jadilah.paling dekat seperti biasa kami ke kota damansara..ke mana lagi kalau bukan tesco n ikea, kdg2 p naik genting..pusing2 je..n lagi ekstream kalau kami p jln2 cameron.balik hari ok.. suami aku mmg kalau bab jalan ni dia rajin. rajin drive n aku + maira rajin tido.. 3 tempat ni mmg favourite tmpt kiteorg utk bejalan boleh dikatakan tiap minggu.

dalam sebulan pulak mesti sekali balik kampung.means weekend la. kdg2 ade jugak terbalik 2 kali sebulan.depends pada keadaan..kalau rs nak balik..kami blk aje.. hehehe

petua nak membolehkan kita berjalan tiap2 minggu ni senang je ye adik2..
1. sebelum jalan..kasi penuh itu perut..@ makanla dulu. so bleh jimat duit mkn skit.sbb normally harga mkn kat tmpt peranginan mmg MAHAL.
2. make sure dpt tido secukupnya (terutama utk anak) kalau xckup tido kita cpt ;etih n bahaya utk pemanduan.. anak plak kalo xckup tido buat perangai...menjerit2 dlm kereta.. so kalau co-pilot xckup tido xpe..bile husband drive kite leh tdo :P
3. set dlm mind.kita nak p makan angin aje..so makan angin ajela..jgn nak bershoping sakan lak..takat beli belon rm3 utk elakkan anak melalak kire okla 2 kan..
4.last but not least...kalau boleh bertolak seawal mungkin.. n elakkan bermalam..dah dpt jimatkan duit accomodation.n if perlu tido..cariler umah sedara mara..like i used to do...hahaha

so kalo sesapa yg nak dtg umah during weekends..make sure miscall dulu aku..jgn dah sampai tjg malim br nak call..jawabnye tido kat hotel sahara la korang (hotel sahara is the most standard hotel in tanjung malim..) hahahaha..daaaaa
ni pon satu aktiviti paberet..merayap ke melaka bila balik kampung.weee~~~~~

Thursday, April 28, 2011

azam baru

dah bulan 4 baru nak ada azam baru..yela nama pon azam baru.bukan azam tahun baru..tp kire ok la ade gak azam..korang ado?lupes laks naks tanye...amacam ok x template br ni? nama blog pon aku tkar..sbb aku rasa lately aku byk tulis pasal toughts aku.n most of the toughts is -ve.. so blehla kan pakai name ni? hahaha wat ever..

anyway...azam tahun ni adlah "NAK PENTNGKAN DIRI SENDIRI"..dgr cam -ve giler.tp sbnanye xla negatif sgt..sbb certain2 time kita mmg kene dulukan diri kita. sbg contoh kalau nak masuk toilet..xyah nak tunjuk baik nak bg org lain masuk dlu..tkut2 ko yg terkucil kat luar toilet... pergh example xley blah...

lately aku slalu berurusan dgn golongan bijak pandai,cendiakawan.. tp aku frust giler dgn atitude diorang.. bile aku deal dgn diorang aku imagine how people would treat them if the were acting like that.. adakah gol.penerima akan hormat dgn diorang..sdgkan aku pon diorang xhormat.. hormat means that pay attentionlakan bila aku briefing..bukanla hormat cam nak kene tunduk je bila aku ckp dgn ko!!

worst thing worst..yg menunjukkan diorang ni mmg attitude buruk.bila dah nak end of session they ask me question yg jawapanya aku dah terangkan sebelum ni.. dan bukan terang sekali ye..terang dah byk kali.. rase cam nak cekik2 jek.. tp xpe............

disebabkan aku nye azam nak pentingkan diri..so aku jlnkan tugas jela..xkire diorang paham ke idak.xkirela diorang dpt input ke idak.. sbb walau aku cuba utk sampaikan dgn sebaik mungkin.they still sembang2 with each others..n still gelak2.. dok sembang psl gajila..psl bla..bla..bla...

aku xkisah der.. coz at the end of the time..AKU JUGAK YG UNTUNGGG..adios...

Wednesday, April 27, 2011

hari ni lebih baik dari hari semalam

dah sampai ujunh bulan 4.. tp hampir sume sasaran keje tahunan aku dah tercapai..so lepas ni dah xde keje nak buat..dah xtau apa nak sasar..hahaha teruskan ajelah buat training utk pensyarah.masuk tinge kanan kuar tinge kiri..harap2 jgn mcm 2 la kan..abis air liur akak ni mengajor..kalo xbwk pape input kat diorang..xde maknolah...

lately ni life getting better day by day... yg xgeting better my stomach je.. rase cam getting bigger.yela dolu xde dinner..skrg dinner + supper lagi..adoiyai....tensi..tensi.. niat hati nak sambung blk diet atkins..tp bile nak start pon xtau.. puasa xganti lagi..ade 7 hari.. +7hari puasa nazar..

smlm aku wat training..attendance 6 org..hari ni buat training sama tp yg bagusnya attendance 5org..lagi skit dr smlm..2 psl aku kata hari ni lebih baik dr smalam.. dah org pon xramai..aku pon bg training laju jela... dah depa pon xb'tanye..yg penting ptg nti..kene submit tugasan..pergh....mantop x? kursus ade tugasan..barulah leh capai target KPI aku..dtg ksus kene dpt ilmu.bukan takat lopong aje ye...
 "serius dalam pemakanan dan serius dalam pembelajaran " quoted by nadia 2011

ok till then..aku nak sambung membebel lagi 2 jam.. huhuuuu kerja ikhlas kerana Allah taala..duit saguhati pon i terima ikhlas demi anak2... anak2?? ups..terlebey sudaaaa

Friday, March 18, 2011

tak sedar diri atau buat2 xsedar diri?

realiti kehidupan... ade org konfident tinggi,yakin je dgn apa dia buat..xkirela yg dia buat 2 btol ke salah. and ade org plak konfident xde, disuruh buat ape pon xjadi, takutla, xretila.. antara dua jenis org ni. aku lebih suka mingle dgn org yg xde konfident.sbb kita bleh bimbing dia untuk jd konfident.. kalau org yg dah terlebi konfident ni susah skit.nti bila kita ckp kat dia suruh berubah pon dia xnak..sbb dia KONFIDEN sgt yg kita ckp ni sume salah, sume xbtol dan dia aje btol.

ade pulak org yg luarannya suci murni tp dalamannye busuk mcm sampah. ade org pulak yg luarannye mcm pekerja rencam, tp hati dalamanye baik dan rendah diri.. btol kata pepatah don't judge the book by it's cover. sbb org yg luaran nampak suci bermulut manis ni la skrg yg tgh buat onar kat tmpat keje aku...

manusia bila dah terlalu lama berada di suatu tempat, mereka sure akan rasa selesa. nak2 pulak bile dia tau yg dia boleh mengawal situasi. maka dengan itu sewenang2nya lah menggunakan kuasa dan mempergunakan org lain. au rs pihak atasan kene kaji masalah yg dah lama bernanah dlm ptj2 kecil ni. kakitangan yg perlu dirotatekan 2 silalah rotatekan.. kalau dah lebih 5 tahun kat satu tempat 2..sure mereka ni perlu ditukarkan supaya dpt la pengalaman baru dan berusaha untuk perbaiki diri.

dari awal dulu bila org cerita tentang keburukan manusia bermulut manis.. akulah org pertama yg deny sume tu.. mane tak nya... dr raut wajah nan suci uwek dan pertuturan yg sering membahaskan ilmu agama..sapekan sangka dalamannye busuk bernanah. menegur cara aku berwuduk sehingga memberi kesan yg mendalam dlm diri aku.bertapa selama ni aku mugkin lalai dan abaikan cr yg btol berwuduk... yg baik tu aku time..thanks la ye!!

tp kini xlagi..xmungkin aku tertipu dgn mulut manis mu..semakin hari semakinla mcm2 hei yg dibuat oleh manusia ni.kdg2 mencabar kesabaran aku.. tambahan plak bila ade sekutu PBB dipejabat ni..adoiyai... kesian aku kat kwn2 sepangkat dan setugas dgn dia..

yg aku cukup xpaham,..macam mane org macam ni boleh hidup hari2? tanpa rasa bersalah..buat muke seposen jek... buat2 ok je..tatkala org lain sibuk buat koje.. kalau disuruh buat keje yg sememangnye hakiki...memanjang je ade masalah..xreti buatla.. n akalu bnayak sgt keje diberi..mulalah tensen..mengalahkan pegawai2 yg sememangnye byk koje ni.. seriusly,aku pnah gak cuba baut mcm ni..malas2 buat koje..pastu buat2 mcm xnak buat koje.. xboleh wey... kita dah memeang diamanahkan utk jalankan tugas.. buat je la.. xbyk skit pon kene buat hari2...

pesan aku untuk dia..cukup2la berdrama... memang org luar dr pejabat kita xkenal ko siapa.. dia hanya tahu nama ko n yg baik tentang ko.. insaf2lah.. dan ingat ALLAH melihat dan mengetahui apa saja yg kau lakukan...

moga2 aku, ahli keluargaku dan sahabat2 ku dihndari dr sifat keji dan mungkar camni!

Tuesday, March 15, 2011

konon2 peramah

konon-konon adalah kata ganda yg mempunyai maksud yg sama dengan tipu-tipu.. ataupon lebih jelas jika aku katakan tajuk aku 2 sama dgn BUDGET PERAMAH...

arini aku nak kasi tau satu kisah kelakar seram yg terjadi kat aku minggu lepas kot. aku pegi satu meeting ni, as biasa mewakili bos aku la.. then aku masok2 jek..sume pangkat2 bos,bagaikan enggang dgn pipit aku rasakan.. pandang kanan... pandang kiri..aku perasan sorang wanita yg aku rasa aku kenal. so aku pon amek port sebelah dia.

duduk dlm 5minit masing2 buat2 mcm baca minit mesyuarat. aku tau dia pon wakil jugak.sbb 2 aku kata kami buat2 baca minit.sedangkan satu hape pon kami xsure tentang meeting tu.. memandangkan keadaan riuh rendah dgn sume org sambil berbual dgn org bersebelahan..maka aku amek pluangla nak bertegur sapa dgn kakak sebelah aku ni.. aku kompem dia dari PTJ x.. aku pon pikir2la...topik ape aku nak borak.. aku pon nampak dai pregnant.n tanpa segan silu aku pon tegur la dia....

"kak I**, bila due ni??" pergh..selamba kodok aku tabur je nama dia ikut mane dan terlintas kat kepala.. tiba2 rasa yakin n keyakinan tu dtg memuncak yg nama kakak ni mmg kak I**. tp aku perasan dia cam wat muke pelik..aku ulangla soalan aku tp kali ni aku slowkan skit part nama 2.. huhuu...dok lama2 sembang..tibe2 aku rasa nama yg aku bg kat dia cam xbrapa kene sbb dia dok cite perihal kak I** kat aku, mcm nak bg tau aku yg nama dia bukan kak I**.ok sumpah malu mase 2..seb baik tibe2 je pengerus bagi salam tanda mesyurat nak mula..

sepanjang mesyarat 2 aku xborak pon kat kakak 2..sbb terasa kulit muke cam tebal sbb dah tersalah org. then mesyuarat abis.. samapi opis aku trus bukak staff directory n cr kakak 2 punye nama. dan YES nama dia bukan I**..pergh....... malu sey!!!

n td aku jumpa kakak 2 kat medan.ape lagi kasi senyum kelat satu kali!!! hehehhee 2 ler lain kali kalau xtau name org jgn buat KONON-KONON mcm peramah lak.. main belasah je nama org..keh3 aku rase org lain pon penah jd camnikan? kasi angguk anda punya kepala! hahahaha

Tuesday, January 11, 2011

alkisah desktop background

aku rasa sume org pon pnah alami konflik dalaman cam aku kot.. xtau ler..ye ke idak.. citenye camni..arini aku ade la trima kata2 sindiran dr seorang hamba Allah ni..katanya"gmbr desktop 2 gmbar anak ko ke?? bla..bla..bla...bla... oooo ingatkan ko nye macbook"..walaupon kata2nya dlm nada bersahaja..tp disebabkan aku kenal sgt dia ni..so aku sedia maklum PHD yg dia miliki mmg PHD tahap dewa2.. bukan doctorat punye PHD.. tp PERASAAN HASAD DENGKI..

anyway..ape mslh kalau aku letak gambar desktop ni gmbar anak aku, hatta gmbar laki aku atau family aku?? ape mslh ko?? harta kerajaan ni di amanahkan pada aku untuk jaga..untuk guna bagi tujuan kerja aku..iaitu obviously dlm bidang IT. harta kerajaan ni tgg jwb aku..kalau hilang atau rosak yg nyata aku adalah penyebab kerosakan atau kehilangan sudah semestinya aku yg kene ganti..ade libat kan ko ke?? masalah jiwa btol la lu ni.. xpaham gua..

lagi pon ini satu cr wa nak motivate diri wa untuk wat keje hari2.. bukan cam lu..bercucuk tanam dlm fb jek!! hangin satu badan la dgn org cenggini.. atau adekah dia rase kecik hati sbb aku x memahatkan potretnya didesktop ku?? huhuhu pehal? g mamP#$%la.. giler btol.. aku xsuke ar marah2 camni.. tahun 2011 resolusi baru..kalau bleh xmo terlibat dgn golongan2 org PHD tahap dewa2 ni.. mencik2 mencik!!!

kla.. org camni kita xyah amek port sgt kan.. just go to hell je org camni..janji kita wat keje..keje siap..kpi tercapai..pastu markah SKT lebih dr 60%...hahaha n the main point is..gaji tiap2 bulan masyuk..huhuhu
k..la..nti aku pk2 kan nak letak gmbr dia ke x kat desktop aku..tp seyes..kalau korang nampak aku muntah 5 mnit skali 2..bukan sbb aku ngandung k..sbb muke dia kat desktop aku la 2...hahahahaaa...

anyway..korang tau kan..aku dpt macbook pro.. harta kerajaan..harta dunia.. pinjaman semata...

Thursday, January 6, 2011

sasaran koje untuk hari ni tercapai

motif koje arini nak susahkan hidup org lain supaya org lain rasa susah mcm aku tgh rasa skrg ni.... boleh? boleh ke wat cmani..xdptla jack!!! arini siapkan dokumentasi sistem yang dah lama dipinta. bukan xmo buat cuma xtau psl pe kepala jadi tingtong xley pk apemenda nak tulis dlm 2.. bukan sbb xtau..sbb beku..  sbnanye xsusah mane pon....

last aku buat manual sistem masa tahun 2006, tahun akhir diploma dlu...huhuhuu berkurun sudah..kurahsiakan... hahahaha... so mmg serius blur2 sgt..ditambah plak dgn koje lain yg dtg bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..banyak giler serentak.xtermasuk terpaksa memegang watak pelakon tambahan @ timb.pengarah.sbb kene ganti meeting pengarah dgn tnca n dekan2 lagi.. aku pon xpaham..amende kelayakan aku yg membeolehkan aku ni ganti meeting2 besar camni.. kalo org nmpak mesti dia ingat aku ni giler kuasa.. sbnanye bukan aku giler kuasa..tp disebabkan org gila dpt kuasa jd dia gunakan kuasa dia secara giler2.. huh! tekanan ok.

papepon arini dah settle manual sistem.Alhamdulillah..harap2 aku buat dgn betul..xnak nti org pk aku wat kje hentam kromo je..sbb seyes aku xsuke kumpulan kromok.so pehal aku nak wat keje hentam kromo kan. kromo 2 bahasa jawa ke? lantakla...

skrg ni tgh produce video yg dah diedit.aku buat untuk kali ke 2..psl kali pertam td dia kata xckup space nak simpan video.. suke wat aku marah tau.. video takat 564KB xckup space mendanye.. ade je nak wat aku marah..seb bek malaikat sebelah kanan aku ni dah cucuk bahu..so tenang skit..di tambah dgn alunan bacaan ayat suci al-quran yg bos aku bukak..tenang je wat koje.. huhuhuuuu... tp at the same time aku bukak jugak THR.gegar.... suke layan lagu2 kat radio ni... perghhhh banyak ngarut aku ni!!

so esok dgn senang hatila aku kene jalankan watak aku..jam 3 ptg.. ok sengalkan wat meeting jumaat ptg..xtau ke ptg jumaat 2 kdg2 org nak blk kampung..kalau dah start kol 3 sure abis lambatnye..xkan settle kol 5.. aku dah bley agak da.. seb bek maira sporting.. ibu dia blk lambat dia xngamuk..cuma bila nampak ibu dia je dia start buat aksi2 akrobatik ala2 melintuk liukkan badan ke arah simen umah babysitter dia.. kire nak manja2 la 2..damn!! rindu ar kat maira...

k...video aku lagi 5 minit nak settle..mentara ni nak taip soalan..pastu leh produce dah aku nye digital content for dr.syairah... selamatla korang mencapai sasaran koje korang...

anyway arini punch card aku rasa telah dilajukan..sbb pagi td aku lambat 1 minit lol!!!

Wednesday, December 22, 2010

Pesta buku kanak2 kuala lumpur, 2010

alkisah..cik kiah kalau dengan kawan2..pergi kl kalau xmenyimpang xsah ye.. hehe... tp kali ni menyimpng dengan tujuan yg baik..untuk membeli "santapan minda" bak kata dr.syakirah.. ekcelli p kl, nak attend awrd ceremony by TM Smart School.. so hasil dari pembelian saya adalah RM271.00.. tapi......................................................................... lepas diskaun 90%!!! beleive it or not..aku hanya bayar RM27.10..yehaaa!!!!! jimat berganda..  dapatla dalam 9 buah buku.tp nak mencari buku2 ni bukan mudah ye puan2.. kene korek timbunan2 yg ade kat situ.. huhuuu

so inilah buku yg saya dapatkan untuk maira.. some of it..untuk children 3years++ tapi ade banyak gmbr.. foir the time being just kenalkan gambar, bentuk n warna je dgn maira...

 total of 9 books
 TOUCH & LEARN 123 
maira suka yg ni coz picture besar n ade tecture yg dia leh sentuh n rasa.. dia suka bulu kucing dlm buku ni..hehee
 MY 1ST BOOK OF LEARNING
yg ni ade macam weel of fortune dlm nye..banyak gambar jugak..like also
 TOUCH & LEARN ABC
sama mcm buku yg pertama td.. maira suka sgt..especially bile ade aiskrim n strwberry dlm buku ni..huhuuu
 MY ANIMAL STICKER DICTIONARY
yg ni mungkin akan simpan lama sikt.. mungkin bila maira dah 2 tahun lebey baru leh bagi dia handle sendiri. buku ni ade banyak haiwan n penerangan tentang haiwan.. bagus sgt.. briefing sblom bwk p zoo...
 LEARN ABOUT TIME
yg ni pon akan diajar bila dia pandai sikit2 mengenal jam.. wat masa ni tunjuk numbers sahaja.
 EORDS..LEARN WITH THOMAS
pasal maira suke thomas , aku pon belila buku ni.. ade gambar n simple sentence.. wat masa ni baca je untuk maira n tunjukkan objek2 dlm ni..
 LITTLE RED RIDING HOOD
salah satu cite kegemaran aku masa kecit2.. so i bought for maira n i will read for her soon.
 I WILL LIVE IN YOUR HOUSE
yg ni sebenarnye set of vcd yg ade lagu2.. boleh ajar maira soon 2 improve her english
TOUCH N FEEL LITLE PUPPY
ni pon mcm 2 buku yg atas td.. maira suka gak..cuma saiz buku ni agak kecit..so xmemenuhi nafsu maira gaknye.. dia suka BIG BOOK!!...huhuuu

n this is her favorite spot!!
wat masa ni xmampu nak adakan special room untuk maira belajar.. so letak aje depan tv.. sambil2 ajar dia.. bleh jugak ibu jeling tv..hehehe... so...kawan2, ibu2 sekalian..yg duduk area kl,..jgn lepaskan peluang keemasan ini...buku2 ni pon xlah perfect..ade la bit rosak here n there..tp content nye masih boleh dibaca.. kaulitinya around 70 -90%..kene pandai pilih..

so......pegila ke PWTC sehingga 26 dec, kalau xsilap...

Tuesday, October 26, 2010

salah tafsir atau missunderstanding

sangat menjengkilkan bila tiba2 org buzz kita kat ym n tiba2 kata kita sombong...sebab XBUZZ DIA DULU....what?? knapa pulak kita yg sombong? bukan dia pon sombong ke? kalau saya.. senang je jawab camni.."oooo ko pon tau la yg ko pon sombong..tu psl ko x buzz aku kan??" heheh pandai x?? sama hal jugak kdg2 kalau selisih dimana2.. tbe2 nti dpt sms layang yg kata kita sombong sbb xtegur si pulan ni..erm... mcm ni lah wahai sume manusia...apa kata mulai hari ni kita tanamkan dlm diri masing2.. kalau kita nampak je sesapa yg kita kenal..kita tegur dia..walaupon pada hakikat dia 2 sgt glamour waktu skola,sdgkan kamu nerd je...sape pon xknal..hahaha xpe..xpe...

nak mkn x? si minah tanya..
--diam-- si ali diam
jam dah kol 9.15, tiba2 ali ajak pegi mkn
si minah yg mcm xde mood nak g mkn pon tpakse setuju,sdgkan dlm kpala hotak dok ingat baju xgosok, beg tak kemas..esok nak g keje...
tiba di pekan si minah minta ali bawanya ke bank.. sampai di bank
nak kad u..i nak withdraw duit..kata minah
ali jawab..mane ade bwk kad..tinggal kat rumah..td xmo pesan suh bawak..adui..jomla blk
xpe2...i cucuk bank i dlu..esok withdraw yg u punya ...minah jwb sambil dlm hati dok membebel... ade ke kluar rumah xbwk purse..ic? lesen?? der...

lpas cucuk duit..nak g mkn plak..
ali tanya..u nak mkn mana?
minah jwb...nak mkn roti canai jek
dgn slamba kodok si ali drive laju menuju bangsar cr kedai sup tulang yg power 2..
tiba kat kedai...minah kata...xpe u pegi mkn ye...i tgu dlm kereta..lagipon si amad n amin tido ni..sambil tunjuk 2 org anaknya yg dh terlelap...
amin naik angin...ape ni kalau xnak mkn ckpla awal2..kalau nak mkn lain..bg taula awal2..
minah diam..mls nak jwb..dlm hati minah kata...BUKAN TD AKU DAH CKP KE NAK MKN ROTI CANAI???

kisah yg ni..xde kene mnegena dgn sombong..tp ade kene mngena dgn missunderstanding..mungkin.... kenapa kdg2 benda kecik pon perlu diberikan peringatan..sdgkan benda 2 basic dlm idup...benda2 camnila yg bleh bwk gado,merajuk,kecik hati..da sudahnya tido kat ruang tamu rumah dgn perut kosong..erm....macam2 ragam kan dunia ni......

Monday, August 23, 2010

23 Hari lagi..YEAY!!!!!!

musti semua org mcm konfius ape yg 23 hari lagi kan?? hehehe..bukan nak raya, bukan nak gaji, bukan my birthday, n jauh skali bukan hari untuk bonus..cc@PM..hehehe
its the day for my husband to be relocated @ Sungai buloh!!!
yeay!!yeay!! selepas menunggu dan bersabar dan sabar lagi..dan lagi..dan lagi...akhirnya hari itu hampir tiba!! kesian pd cik wan, terpaksa hadap kursus 9 bulan semata2 untuk posting ke Sg.buloh..kursus askar bukan cam kusus kita org gomen ni ye.. leh lagi mandi swiming pool, bilik aircond..makan sodap2... cik wan pegi kursus surelah ber'legam' laki i!!

FYI sg buloh to tanjung malim is around 40 minutes if travel naik motor.. less maybe.. depends pada tahap kepakaran pembawakan moto -ade ke ayat camni??- layanz...

but the thing is.... rasa mcm seriau pulak nak bg cik wan pegi n blk naik motor everyday 360 days - (8x12month) setahun...[tolak cuti okay] dengan kerja dia yg oncall lagilah susah nak predict.. sometime kene keje seawal 2 pagi..psl ade org eksiden kan... askar ni pon bukan pakar sgt bwk kete..terbabas semente, (bahasa kampung).. tambahan pulak higway TM-SGBULOH consider to be laluan panas!! bukan panas berapi..tp panas sbb selalau berlaku kemalangan.. n some more..eksiden kalau libat motor xde yg terselamat..sume mesti meninggal..huhuu tatot nye!!!

so sbgai pilihan lain.. sy cdg nak suh dia naik komuter ke Sg.buloh.. so ape lagi donload la KTM punya time table keretapi..dan buat survey kira2 sape yg hari2 travel guna komuter.. bukan ape, nak kukuhkan hujah, supaya  bila bentangkan kat cik wan, dia x reject je proposal i ni! huhuhuuuu

tp kan..ekcelli semalam dah bagi hint skit kat dia..
saya : abg nti g keje naik komuter jela dr TM ye?
cikwan: erm... nak kene pegi keje pagi2 taw.. pastu kene pakai baju keje siap2..
saya: lor..ape mslhnye..ramaila org g keje naik komuter..biasa je
cikwan: bukan ape..takut nti tergolek kat kaunter tiket..yela kan pakai spike boot 2..licin la..
saya: ahahaa... ade lak gitu..jalanla baik2..
cikwan:bagus gak idea abg ni..okla nti kalau sampai lambat, abg bg alasan psl dah tergolek kat kaunter tiket komuter..leh pakai x yang?
saya: hahahahahahahahah (monolog dlm hati: ade je alasan..xmo naik komuter la 2)
kami ketawa sambil berpandang antara satu sama lain..manakala maira yg dr td terlopong aje..turut sama gelak ketawa!!! :P
gigi saya dah ade 6 batang tau!!

Monday, July 26, 2010

pos malaysia..u do it again!!

sorry 2 say..tp kalau dah benci 2 mmg bencila... [geram mood]
patutla pos malaysia bankrup..servis dia cam hampagas!

for the xxx time[dah byk kali dah] saya diuji dengan karenah makcik,pakcik pos opis yg kureng mesra camni.. dolu waktu packaging sy sampai, then i'm not at home so dia suh pickup kat pos opis tjng malim..bila saya dtg pickup...masyaAllah...dah nak terbarai dah brg saya..koyak rabak [macam ade org cuba nak tgok isinya] lebey kurang camni;
 tanpa rasa susah hati mahupun segan silu..staff pos opis 2 serah je kat saya..xdela nak mintak sorry ke..dam!! saya benci pos opis!!

2day... saya kene pickup brg kat pos opis kkb[kuala kubu bahru].. sape yg familiar around here, dia tau la jaoh ke tidak...nak wat camne nasib..dah dok selangor..kenelah amek kat pjabat pos selangor..WTF! bukan ker pjbt pos tanjung malim lebey dekat..sungguh saya xpaham..padahal mereka ni bawah satu bumbung! pos malaysia gak..ke yg kat tanjung malim ni Pos malaya!!! bo*&& kan?? kan??? geram ai...

ok.fine. saya call mintak dia hantar semula kat rumah..dia kata cannot.. so i have to pick it up myself.. sebagai kakitngan awam yg berdisplain sila angguk kepala yee, saya pegi waktu lunch hour..sampai kat kaunter... ade staff pompuan, sambil menghentak stampad pada kertas, dgn xpandang muka saya, selmaba je jawab "dik..pos laju sebelah sana, tp poslaju tutup, rehat jam 1 - jam 2, jumaat rehat........."membebel panjang lak kat saya..dah la ckp laju.. xpaham...

WTH!! tau x saya no dtg dr TM...about 30minit tau nak kecni ++lori lembap, n keta makan angin byk kat laluan ni!! saya nak tgu dia bukak plak..marahnya daku...kan korang tau waktu rehatla waktu org nak pickup brg..peh!!!!!!

so untuk sekian kalinya...sy mohon pd org yg nak berurusan dgn sy..please don't used.pos malaysia!! used other courier services...

Monday, July 12, 2010

bukit yang tinggi dan sejuk

ok..sebelum mulakan perjalanan..sila isi minyak. cik wan dgn penuh kontrol macho, isi minyak kat shell.. belagak..xmo bg bagla 2 tulung isikan.. dia xtau..kalau dia xde, bini dia ni harapkan bagla 2 la.. malas den nak mengisi sendri..heheee anyway..arini full tank honda saya adalah MYR66.28.


kali ni bukan cameron ok.. kali ni ke genting.. actually dah banyak kali kami p genting.. tp xpenah masuk ke outdoor themepark 2... kali ni cik wan teringin plak.. so masukla.. peak hour punya rate for entrance tickets is MYR44.00 for adults.. n for childreen xperasan. coz maira free of charge..ngeh3....

banyak giler mainan dlm ni.. xtau nak main yg mana satu..kebanyakan mainan tok org tua.. tuk budak2 kuranglaa.. ade 2 mmg ade... masuk2 je dah nampak buaian yang laju giler 2.. peh kecut perut mak nak naik 2... heheee... saya kalau tgok extream game ni.slalu tbayangkan final destination..buatnya rantai 2 tcabut..harus leh tercampak sampai batang kali wey!! hahaaa...


mula2..kami masuk kat coklat factory..bukan ape..kat ctu je yg tak kene beratur..lain tempat sume kene beratur...huhuuu.. maira suka la..coz ade ladybird, strawberry..comey giler benda2 dlm 2.. pas2 ade la cite teknik2 nak buat cekelat..sape2 yg nak bukak kilang..lehla dtg cni.. belajar..hahahaa....







pastu ade buku2 resepi yang besar bagak giler... ade jam besar...bila maira jalan kat ctu, rase cam masuk alam gergasi je.. sbb budak tecit itu sangat tecit... huhuu.. pastu ade satu pintu yang sgt comel..tp gambar dia gegar plak.. kalau x leh share kat cni.. sbblm keluar dr bilik ni,,,kita bleh beli cokelat beryl's.. harga ok je.. xde la mahal sgt..






meneruskan agenda...kene main banyak2 ni..sbb bayar mahal kata cik wan..hahaaa.. so mengimbau kenangan 13 tahun yang lalu..waktu ikut rombongan sekolah dengan mak... saya naik gajah terbang ok. masa 2 umur dlm 12 tahun.. so saya terusla meuru ke arah gajah 2 dgn penuh bangga.. nak naik gajah!!! maira suka la..nampak elephant! kat gajah ni ade red button taw.. kalau tekan..gajah ni terbang tinggi.. saya mula2 xtau..then ade budak 2 jerit kat mak dia..baru akak  tau... heheee... p/s: maira sgt chomelkan degn topi kaler merah kunign 2??


ok pas turn sy naik gajah..ingatkan dah bley pegi..daddy dia pon teringin jugak.. ok..layanzzz... maira lah untung dpt naik 2x. anyway,..pas2 hujan start turun renyai..kami berlari2 anak ke bawah hallway.. then nampak ade budak ni naik kete antik..cam syok je.. keliling thepark ni.. so kiteorng pon p cr mana station nak naik keta antik.. seb baik xjauh... so nampak x maira yang drive..siap lambai lagi..huhuu... mata dia tengah pandang frog kat tepi 2..ngah3...


pastu jalan lagi panjat bukit..hujan masih lagi turun..renyai2.. so nampak ade satu tempat ni..kalau xsilap nama dia mad science lab..lebey kurangla... kiteorg terjah je.. sbb org xberatur sgt kat ctu... rupe2nya..dia macam space simulation @ 0 gravity lab.. rasa cam terapung.. pas2 macam terpusing2. maira diam je... aku ingat dia takut.. tp dia xnangis.. pas kluar 2 wan suruh maira jalan..rupanya dia pening.. mungkin sbb pusing2 dlm 2.. sila lihat maira berpaut pada kipas 2.. sbb dia nampak lantai cam pusing2...hahahaaaa..... sian anak jiaaa....


teruskan perjalanan lagi... sy nampak ade caterpillar yang jalan slow parking kat hujung nuuu.. saya pon berlari sambil bwk umairah..saya ckp kat cik wan..cepat2,,nti dia jalan... org sbelah buat muka toye jek.. rupa2nye..caterpillar ni mmg xgerak..statik jek!! huhuuuuu...malu giles.. tros blah je.. then hujan turun lebat giler.. xsampai hajat cik wan nak naik go cart..xpe next time ye dear!! sempat jugakla pegi buat wax tgn maira.. then p solat.. after solat xsiap lagi.. mentara tunggu 2.. dtg clown bagi maira poodle..she got 2 poodle.. yg pink ni dah SELAMAT!! yang ade sy sembunyikan kaler yellow.. tp pagi td tgok dah kecut..huhuuuuu

ok..dah penat..on dway nak blk..cik wan buat lawak.. ade ke patut dia main terjah je masuk..dia ingat pintu untuk keluar..sbb ade pak guard melayu berdiri tepi pintu..tp dia xbaca sign board atas 2... it's a KASINO!! hahahaaa... p.cik guard 2 pon buat muke blur.. mane de org masuk kasino sambil tolak stroller.. ok xpe.. anda di maafkan.. so dgn perasaan malu trus cik wan blah. na ajak saya pegi kat tempat tangkap gambar sempena world cup 2010.. ok cover line hubby!! muka gelap badan cerah.. asal bley je..layanzzz...


ok.. turun genting sebelum maghrib.. drive dr atas ke batang kali kurang dr sejam... blk 2 singgah mkn ikan siakap masak 3 rasa.. kureng lak..heheee...

okla sume.. 2 je story kami minggu ni.. hilang kejap stress... arini dah start keje stress blk..huhuuu..menghitung hari lagi 2minggu untuk jumpa cik wan lagi......nampak x muke budak tecit 2 kat side mirror..huhuuu...comel! daaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...